Monday, December 27, 2010

My current status

Salam..

Currently i'm a clinical, outpatient, inpatient, TDM and MTAC pharmacist. really exhausted being a multitasking person. one of my colleague just got transferred back and her jobs totally hand over to me. To my becoming colleague please help me to lapor diri immediately.

it's already end of the years, i have to send all the reports early of January.huhh.. But what i want to emphasize here is I still punch my card at about 5.00pm..lalala..jgn jeles..

Sunday, December 26, 2010

Muhasabah Sebentar..

Salam..

memandangkan aku bekerja di hospital, dah tentulah hari-hari kerja aku mengadap orang sakit. Bila fikir-fikir balik, mungkin ada hikmahnya Allah menghantar aku bekerja di tempat orang supaya aku boleh muhasah diri sendiri. Selalu aku duduk di kaunter untuk bagi ubat pada masa yang sama aku akan melihat gelagat orang.

Syukur Alhamdulillah, bila kita tengok diri kita susah, sesungguhnya ramai lagi orang susah daripada kita. Aku paling tersentuh bila tengok nenek tua yang datang hospital tu. mungkin disemenanjung, kebanyakkannya tiada banyak masalah. mereka selalunya datang ditemani anak atau cucu mereka.

Tapi berlainan di Sabah, banyak nenek tua ni datang berseorangan terbongkok-bongkok dengan bertongkat yang dibuatnya sendiri daripada batang pokok. Tidak dapat diketahui juga dengan apa mereka datang. Cuba kita fikirkan, berapa jauh mereka terpaksa keluar berjalan kaki daripada rumah mereka, semata-mata untuk mendapatkan kenderaan untuk ke hospital. mungkin perjalanan mereka ke hospital dengan menaiki kereta sewa dengan tambang rm10 pergi dan balik. rm10 tu bagi kita mungkil kecil, tapi besar nilainya untuk nenek ini.

siapa tahu rm10 yang diperlukan untuk tambang ini, nenek ini terpaksa kumpul berhari-hari atau mungkin berbulan-bulan. Sementara menunggu duit mereka cukup, pernah kita terfikir macam mana nenek ni menanggung penderitaan kesakitan itu. Aku juga selalu terfikir, macam mana nenek ni berjalan jauh daripada perhentian untuk sampai dikaunter pendaftaran dan seterusnya mendapatkan rawatan.

Cuba juga kita bayangkan, dengan langkah yang perlahan-lahan mereka terpaksa berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Alangkah malangnya sekiranya, nenek tua ini datang diwaktu orang tengah ramai. Staf juga manusia, memangkan semua kerja perlu dilakukan dengan cepat pada waktu puncak dan pada masa yang sama penat, lapar mengantuk pasti ada pada setiap manusia, sudah tentu rawatan yang dia terima boleh dikatakan ala kadar sahaja. bila rawatan yang diteriam ala, kadar, sudah tentu ubat yang mereka dapat pun ala kadar. penyakit yang dihadapi mereka mungkin akan berkurang, harap-harap pada masa yang lama. bagaimana jika penyakit itu datang menyerang kembali atau langsung tidak berkurang?

Pada masa yang sama, setelah mendapat rawatan perubatan, sudah tentu mereka sudah kelaparan kerana keluar dari awal pagi dengan perut yang kosong. adakah mereka mempunyai duit untuk makan? atau mereka terpaksa balik dengan menempuhi kesusahan yang sama sepertimana dia datang tadi untuk memakan sayur pucuk hutan yang mereka cari beberapa hari yang lepas?

Ya Allah, aku memohon keampunan daripada Mu, sekiranya aku tidak menggunakan kemampuan yang Engkau telah berikan untuk membantu orang-orang yang sepatutnya. Daripada cerita ni, kadang-kadang aku bermuhasabah diri, macam mana jika keadaan seperti berlaku pada kita. mungkin kita selesa dengan kehidupan kita sekarang, tapi masa akan datang siapa tahu. bila kita senang kita akan dikelilingi ramai orang. bila kita susah, ada ke orang akan bantu kita? Nasib kita pada masa tua tiada siapa yang tahu melainkanNya. Sesungguhnya aku bersyukur pada mu ya Allah atas segala nikmat yang telah engkau berikan..Alhamdulillah..~N~

Saturday, December 11, 2010

Cuti-cuti Ranau tak hengat dunia 2

Salam

Kita sambung lagi entry ni sehingga semua terasa hendak mengambil maxolon dijadikan kacang ataupun haloperidol cicah dgn sambal atau sambil baca sambil cucuk granisetron(yang tak paham tu buat-paham istilah farmasi ni). Mari kita sambung berjalan di Ranau yang macam seronok sangat tu.. sekurang-kurangnya korang semua tau kat mana nak honeymoon..ececeh..

Kita merantau pula ke kawasan Kundasang dan kawasan selain poring. Kundasang ni memang famous dengan sayur-sayuran dia yang fresh. ok tak nak cerita pasal-sayur-sayur tapi nak cerita tempat best. di kundasang ni sebenarnya bayak tempat best tapi cuma kurang di komersialkan sebab tiada sign board besar-besar. kecuali yang ada google atau dapat berita dari orang yang pernah pergi sebelum ni..ok mari kita teruskan..

6) Kinabalu National park
Ni antara yang tempat yang komersial juga. sebab sign board dia banyak ditepi jalan. disinilah tempat kebanyakkan orang memulakan pendakian mereka ke Gunung Kinabalu. Disini juga banyak chalet, resort dan juga hotel yang mana semuanya menjanjikan pemandangan yang sangat cantik. nak masuk ni kena bayar rm3. disini cuaca dia agak sejuk lagi-lagi waktu pagi dan lewat petang. anda juga boleh mengambil gambar berlatar belakangkan gunung kinabalu. anda boleh juga picnic di sini sebab banyak kerusi dan pondok-pondok untuk berehat. kalau nak ambil gambar berlatar belakangkan gunung, janganlah datang pada waktu tengah hari, sebab gunung ni hanya jelas pada waktu pagi dan jika bernasib baik dia akan menampakkan diri pada waktu petang juga.

bersama kawan di kinabalu park..

posing kesejukan berlatarbelakangkan gunung kinabalu, tapi tak nampak sebab awan@kabus

makanan yang kami makan di Balsam buffet restaurant di kinabalu park..air dia mahal gila..

berposing di board kinabalu park..

7) Desa Kettle
OK. tempat ni aku bagi 5 bintang. tersangat-sangat cantik. orang selalu ambil gambar di sini dan mengaku ambil gambar di new zealand. memang macam new zealand. kat sini nak masuk kena bayar rm 3 juga. ni sebenarnya tempat mengembala lembu tenusu. sebab lembu kat sini lembu yang tompok2 hitam putih tu, tu yang buat dia cantik. dengan padang meragut untuk lembu disini yang hijau dan sejuk mata memandang ditambah lagi dengan berlatar belakangkan gunung kinabalu..subhanallah..sangat cantik..sejuk jugak dekat sini. susu lembu fresh pun ada jual di sini. Lembu ini akan diperah susunya lebih kurang pukul 3 petang. kita juga boleh saksikan macam mana lembu-lembu ni beratur untuk makan dan pada masa yang sama susu mereka diperah ;)
waktu nilah lembu beratur nak diperah susunya..bijak tul lelembu tu..


secantik mata memandang...

Align Centerlembu sedang meragut..ni lembu jantan kot sebab tak di perah..


padang meragut..

posing di batu@ sign board ke desa kettle ni

8) Mesilau
Mesilau ni adalah salah satu tempat selain dari kinabalu park untuk menaiki gunung kinabalu. mesilau ni macam dah hujung kundasang ni. nak meletop jugaklah enjin kereta masa nak datang sini. sebab nak kena naik turun bukit. kat sini ada resort. sangat cantik tapi rasanya mahal kot nak menginap di resort dia. ada jugak padang golf di sini. ada jugak air terjun. tapi cuma anda yang berkulit beruang kutub je yang tahan nak mandi kat sini. air dia tersangatlah sejuk. macam letak ais. celup kaki seminit pun dah macam kebas2 dah. masuk sini tak silap aku kena bayar rm 3 juga. tapi masa tu ntah kena ntah tak yah bayar. kecantikan alam ciptaan Allah kat sini memang tiada tandingan..2 thumbs up!!
ni dia air terjun yang cantik tapi atookoi osogit (sejuk sangat)


padang golf mesilau

on the way ke mesilau..

9) Kundasang memorial war
ni macam tugu peringatan lah. aku malas nak baca sejarah ni. mungkin ni tempat peperangan zaman british dulu. yang penting dalam dia cantik. tengok dari luar memang macam takda apa-apa, tapi belah dalam memang cantik. sesuai nak ambil gambar. nak masuk kalau rakyat malaysia kena bayar rm2. tengok gambar jelah..

abaikan jer model-model tu..

pemandangan dari memorial war ni..


kamilah..

10) Kg Luanti
yang ni pernah cerita di entry sebelum-sebelum ni. kampung nilah terletaknya spa ikan yang besar-besar tu. aku dah dua kali datang sini. masuk rm3 untuk org tempatan dan rm5 untuk rakyat malaysia yang lain. ikan yang buat spa di sini tak mainlah yang kecil-kecil macam di kipungit atau di spa-spa ikan si semenajung tu. kalau baru mula masuk tu memang geli. tapi bila dah lama masuk tu memang tak nak keluar. kadang-kadang sakit tapi tak adalah sampai berdarah. tapi banyak lagi geli. ikan dia besar yang amat. kalau nak bagi makan tu belum turun tangan lagi semua kepala ikan dah terpacak. yang aku pelik tu, ikan ni dah tak kenyang-kenyang. walaupun datang petang pun, mereka masih kebuluk macam tak pernah makan.haha
ni dia ikan-ikan yang nak mengurut tu..

kaki sape tu eh?

beratur ikan tu..

ada brani?


11) Sabah tea
Sabah tea ni memang famouslah sebab teh ni pun dah boleh didapati di semenanjung. ada yang kata sedap ada yang kata tak sedap. tapi lidah masing-masingkan. teh ni tak gunakan pesticide. tapi ladang teh dia boleh tahanlah cantik tapi cantik lagi ladang teh cameron. mungkin dalam masa 2@3 tahun ladang ni akan cantik jugak kot. kat sini juga ada restoran yang korang boleh menikmati teh dia. ada juga kedai yang jual teh ni. orang kata murah tapi aku tak pernah pun beli teh sabah sebelum ni.


ni dia ladang sabah tea..



tulah antara tempat-tempat menarik di Ranau. mungkin ada lagi yang aku jelajah. kalau ada nanti aku update. ok bah..sekian

Mari Berillusi Optik

Salam

Pagi-pagi ni surf internet ternampak pula game ni kat yahoo page. game ker? ntah lah.. yang penting ia meguji mata dan otak kita..selamat mencuba..( nak lebih jelas, tekan pada gambar untuk mendapat image yang lebih besar)

Cuba tengok lama-lama, bulat-bulat biru tu akan bergerak..tapi ia hanya gambar statik..


renungkan pada titik merah tu, lama-lama belangan kelabu tu akan hilang..


tengok lama-lama pada titik hitam tu, semua warna tu akan hilang dan background tu tinggal kelabu sahaja


mari makan lobster..!! haha tengok pada mata lobster tu, nanti pinggan pecah tu akan bercantum..


cuba kira berapa batang pensil ni..

Sekian..
nak tengok selebihnya boleh tengok di: http://games.yahoo.com/braingames/brain-teasers

Saturday, December 4, 2010

Cuti-cuti Ranau tak hengat dunia..

Salam

mmm..lamanya tak menaip..lebih sebulan tu dari post terakhir...nak kata busy, macam tak.. tapi malas menguasai diri, nak buat macam mana. haha. So far kehidupan aku kat sini semakin lama semakin baik jika nak dibandingkan masa mula-mula dulu. Walaupun belum baik sepenuhnya, tapi alhamdulillah mungkin segala kesulitan yang kita hadapi akan menjadikan kita lebih kuat dan tabah. Tapi walau macam manapun, BANTING tetap menjadi pujaan hati aku..

sekarang ni macam setiap minggu ada aktiviti. Almaklumlah dah dapat geng semenanjung yang tiada mak bapak dan keluarga di negeri bawah bayu ni. Hujung minggu kerja kami adalah pergi melancong. Orang semua macam nak muntah kot, tengok gambar aku yang tak habis-habis berjalan di FB. orang tag aku k..Aku ni hanya mengikut jer, kalau ada orang ajak jalan, aku pergi je. banyak orang cakap aku tengah long vacation lah, jalan tak ingat dunia lah.. kalau tak buat macam ni apa lagi aku nak buat. Tak kan aku nak ikut cara sesetengah orang Sabah berhibur kot.uii Nauzubillah hi minzalik..

nampak macam gembira selalu, memang macam gembira tapi ada gak yang tak gembira juga. yang tak gembira tu biarlah aku simpan sendiri. biarlah Allah je yang tau segalanya..Ok penatlah nak membebel.. memandangkan aku duduk Ranau sekarang, meh aku cerita apa yang menarik dekat Ranau ni..macam promosi cuti-cuti Malaysialah pula..

1) Poring Hot Spring.
Ni tempat air panas semulajadi. ramai pelancong yang datang ke Ranau ni akan singgah di Hot Spring ni. Nak masuk bayar RM3. jangan tertipu dengan nama dia. tempat ni bukan sahaja ada air panas, banyak lagi benda menarik dalam ni. nanti aku akan huraikan satu persatu. Kalau nak datang dan jelajah hot spring ni, tak cukup 1 hari. Kolam air panas sini dibahagikan kepada kolam kecil-kecil. tapi nak tunggu kolam ni penuh agak jenuh jugaklah. dia ada 2 paip, satu air sejuk, satu lagi air panas. tapi lepas sorang dah guna kolam tu, kenalah buang air tu kecualilah kalau korang lalu nak guna air celupan orang lain tu.

Di kawasan air panas ni ada jugak macam swimming pool lain yang kene bayar lagi rm3 kalau nak masuk. ala-ala sunway lagoon. walaupun jauh sangat bezanya tapi sekurang2nya adalah juga. ada macam gelongsor tu. Sebenarnya aku pun tak pernah masuk. haha

sinilah tempat nak mandi air panas..ok jugaklah kalau nak privacy..air panas sendirian berhad..


2) Canopy Walk
Yang ini pun dalam poring hot spring. nak masuk sini kena bayar lagi rm3 selain dari rm3 masa masuk tadi. kalau nak bawak camera kena bayar lagi. nak sampai sini agak kena jungle trekking sikit. ada mendaki bukit. Boleh pakai baju kurung bagi perempuan, tapi tanggung sendirilah. agak penak jugaklah nak sampai ke tempat canopy ni. apa yang ada kat sini..? ada jambatan gantung yang menghubungkan dari satu pokok ke satu pokok. menarik. tapi yang tak biasa agak gayat jugaklah. tapi aku dah banyak kali naik jambatan gantung kat sini..dah jadi biasa (guna ayat takbur kejap). Berbaloilah bayar sebab..memang cantik tengok ciptaan Allah.
Merenung sambil berfikir tentang keajaban ciptaan Allah..

Rakan-rakan sedang menyeimbangkan badan..gayat jugak tu sambil jambatan goyang-goyang

ni dia, pandangan bawah jambatan gantung..panjang jugak jambatan ni..terbaekk..

3) Air Terjun Kipungit
Air terjun yang cantik. kena jungle trekking sikit juga nak ke sini. Lebih kurang 400+ meter. Masih dalam poring. tiada bayaran tambahan. Siapa yang teringin nak mandi air terjun, bolehlah mandi dekat sini. Tapi satu je nasihat aku, air di Ranau ni semua sejuk. sangat sejuk. tapi bila dah masuk abis lupa semua. aku tak pernah mandi dekat sini. tapi pernah celup kaki. Yang best dekat sini ada natural fish spa. sambil celup kaki, ade jer ikan kecil yang datang nak makan kulit mati. aku tak paksa. ikan ni yang suka rela. best2x. kalau nak pergi supermarket tu, dah berpuluh2 ringgit aku kena bayar. haha. kalau sesiapa yang datang kejap je ke poring ni, bolehlah cepat2 pergi kipungit ni.
Cantik tak air terjun kipungit..posing jap..

nampak tak ikan kecil2 tu tengah bersantap?..sedap kot..

Kami geng semenanjung sedang berposing berlatar belakangkan air terjun kipungit..

4) Air Terjun Langganan
Ok ni paling best yang ada dekat poring hot spring. tiada bayaran tambahan selain rm3 masa masuk mula-mula tadi. emm.. rasanya cerita air terjun langganan ni nak tulis di entry berasingan..akan bersambunglah..jangan marah..teruskan membaca blog ini..sebab sangat best dan cantik...jap tunjuk gambar satu jer..
Amacam? cantik tak? MasyaAllah paling cantik..

5) Bunga Refflesia
Semua tau kan pasal bunga ni. bunga paling besar di dunia kot (kalau tak salah). Banyak kat Sabah. Bunga ini ada kat ranau. ada dekat poring. nasib-nasib je dapat tengok sebab bunga ni hanya berkembang dalam masa 7 hari. masa kami datang sini, ada pulak bunga ni kembang. tapi bukan dalam kawasan hot spring.. kat kawasan kampung-kampung kat luar poring tu. kena bayar juga lah..mahal rasenye..kene naik van masuk kat hutan, pastu kene kebun trekking pulak. bunga ini orang kata busuk macam bau bangkai. mungkin masa aku datang tu dia baru kembang, takdelah bau busuk. cantik ok bunga tu..banyak serangga area bunga ni sebab bunga ni pun makan serangga rasanya..
Ni dia refflesia yang kami jumpa..

ni dia kebun trekking..mencabar juga

aku dan refflesia..BESHH!!

Ok entry ni dah melimpah ruah..orang nanti malas nak baca. Ada lagi tempat menarik di kawasan poring, antaranya taman rama-rama, muzium poring..tapi tak menarik minat aku..ikutilah kisah seterusnya, tempat menarik di ranau ni selain dari kawasan poring ye..harap bersabar..sekian