Saturday, October 16, 2010

Medical camp

Salam

"Minggu depan kita akan adakan medical camp di kampung Tenanom.. saya juga akan turut serta, setengah akan menginap disana dan selebihnya akan balik hari sahaja. Staf pengurusan pun boleh turut serta. Staf baru, Hazwan awak saya wajibkan pergi." Ucapan pengarah hospital semasa perhimpunan bulanan.
Alamak apa ke bendanya tu medical camp. Dulu-dulu masa kat Melaka tak pernah ada pun macam ni. Aku dahlah baru 2 minggu kerja kat sini dah kena paksa pergi tempat macam ni. nak pergi macam mana? kat mana tenanom tu? ape nak kene buat kat sana?

"Haa..bos pergi ke kem perubatan tu? Tenanom tu jauh juga, 2 jam ada mau sampai sana.. Di sana tu ada jambatan gantung panjang tu..dulu saya tu pernah memancing disitu.." kata salah seorang staf farmasi dengan dialek Sabah. (bos tu gelaran diberi di sini sebagai tanda hormat..bukan untuk takbur @ riya')

"Ait! dalam daerah Ranau pun perjalanan boleh sampai 2 jam ke? jambatan gantung panjang?? bawah dia ada apa? tinggi tak? ada buaya tak? macam mana dibuatnya kalau kaki aku terperusuk lubang terus jatuh sungai. tiba-tiba jambatan gantung tu putus macam mana pula?" banyak persoalan bermain menandakan keresahan. berdebar-debar pulak.

Pada hari kejadian

Memandangkan aku tiada kenderaan nak ke hospital, pada pukul 6 pagi, pacuan 4 roda datang ambil aku di rumah. kami dari farmasi menaiki satu kereta dengan 5 orang staf. kami balik hari je. kami merupakan kenderaan yang pertama bertolak dari hospital. melalui jalan utama KK-sandakan untuk ke kampung Tenanom, udara yang sangat dingin (menyesal pakai lengan pendek) dan jalan yang dipenuhi kabus. walaupun jalannya tidak sehebat jalan di semenanjung tapi keadaan disini dah kira baik lebih-lebih lagi kami disajikan dengan pemandangan gunung-ganang dan sungai-sungai yang sangat cantik.

(kabus tebal disepanjang perjalanan)
(Ni sungai di tepi jalan, cantik tu, tapi orang sini cakap dia dah banyak makan nyawa..)

Setelah berjalan lebih kurang 1 jam, sampailah kami disuatu simpang yang kecil yang menunjukkan tanda 'SK Tenanom 29Km'. MasyaAllah ingatkan dah dekat rupanya jauh lagi. dan apa yang paling mengejutkan bermula dari sini hinggalah ke 29 km berikutnya jalannya tidak berturap. jalan merah dab berbatu-batu siap naik turun bukit lagi beserta simpang siurnya. pening gak kepala dan kebas punggung ni nak sampaikan ke kampung tu.

(ni dia titik permulaan kekebasan bermula)

Sepanjang perjalanan dapat dilihat, keadaan rumah orang disini yang serba daif. seperti tidak dijangkakan tempat sebegini pun masih ada orang tinggal. kalau mereka lihat orang asli di semenajaung pun mesti diorang boleh ingat orang asli tu orang bandar. Boleh juga aku katakan, kalau kru 'Bersamamu' ni datang, mesti semua rumah dapat bantuan. Walaupun sepertinya mereka duduk di hutan dan tiada apa yang boleh mereka lakukan, ada sesuatu persoalan yang timbul dikepala aku. 'Sesungguhnya rezeki Allah dimana-mana dan dialah yang memberikan rezeki kepada kita'. Kalau kita ditempat mereka mungkin kita akan mati kering. Sesesungguhnya Allah maha besar.

Anjing di Sabah ni memang tidak boleh dinafikanlah kebanjirannya. ada dimana-mana sahaja. kalah kucing. tapi bezanya, anjing di sini takde yang kejar-kejar atau gigit-gigit orang. cuma bagi kita orang muslim, kenalah elakkan tersentuh kerana kena samak. sepanjang perjalanan juga kelihatan anjing bermain-main ditengah jalan, sepertinya jalan itu bapak mereka yang punya. terpaksalah kami yang menaiki kenderaan ini mengelak dari terlanggar anjing.

Di Kampung Tenanom

Kami tiba lebih kurang pukul 8 pagi. perkara pertama yang kami cari adalah..dimanakah jambatan gantung yang di hebah-hebahkan itu? rupanya, sekolah yang mana kami jadikan medical kem itu terletak diseberang. memang wajiblah kena lalu jambatan gantung. Fuhh..memang panjang, lebih kurang 100m. wah tidak seperti yang digambarkan. jambatannya sudah diperbaharui. tapi tetap tergantung. kiranya masih selamat. tetapi apabila melintasinya, kecut juga perut, jambatannya terhuyung hayang. Aku melintas tu siap bawa ubat satu kotak tu. kalau silap langkah, mahunya tercampak semua ubat-ubatan ke dalam sungai.
(ni kami tengah menempuh jambatan gantung yang menggayatkan, cuba tengok orang yang angkat gas tu)

(Aku dengan muka gagah angkat ubat tu, ni berpura-pura, dah sampai sebbenarnya)


(sungai dibawah jambatan ni..deras tak?? boleh buat water rafting tu?

Ada beberapa staf yang memang orang tempatan, dengan muka selamba bawak kotak ubat tu melintasi jambatan tu tanpa memegang atau memaut kat tepi jambatan tu. kagum aku. macam dah biasa. kalau dilihat disebelah tu ada jambatan lama. kalau guna jambatan lama tu, tentu aku tak lalu dah. tarik diri. tunggu kat kereta jer. memang menakutkan. siap ada lubang-lubang tu kat jambatan tu.


( Ni dia jambatan lama, ada siapa berani lalu?)

Sampai ke di sekolah yang serba daif itu, kami terus menyediakan kaunter farmasi disalah satu bilik darjah yang telah diberikan. sekolah tu ada satu bangunan sahaja. cikgunya ada beberapa orang. respect sama cikgu yang mengajar disekolah tu. murid ada 50 lebih. tiada line telefon, tiada bekalan elektrik. elektrik cuma menggunakan beberapa cell sahaja. jika habis cell tu berpanas dan bergelaplah mereka.


(ni lah sekolah itu, hanya satu bangunan sahaja)

Pesakit yang datang, dari balik bukit dan kebanyakkannya hanya jalan kaki dan mengambil masa beberapa minit hingga berjam-jam. kami pun membawa ubat-ubatan yang biasa-biasa sahaja untuk penyakit seperti, demam, batuk, gatal-gatal, kutu dll. tapi sebenarnya mereka berhak untuk mendapat kemudahan kesihatan yang lagi bagus kerana mereka juga manusia dan mereka juga rakyat Malaysia.
(ni kaunter farmasi yang kami buka di sekolah..muka-muka ceria dan kepanasan)

Kami pula disajikan dengan makanan yang kebanyakkannya ayam yang dipelbagaikan masak dan beberapa jenis sayur. ada juga nasi yang dimasak didalam daun yang merupakan cara tradisi orang disini. Sedapkah? Jawapannya: aku tak makan. Almaklumlah, orang disini belum tentu Islamnya. dan adakah itu betul-betul ayam? sembelih tak? semua tu aku ambil kira. aku cuma bawa roti dan beberapa orang staff yang muslim telah membawa makanan mereka sendiri. Aku apalagi, tolong makan je.

Perjalanan pulang

Perjalanan pulang kami terpaksa menempuhi semula 29km jalan tak rata tu. lepas je sampai dikawasan yang berturap, terus terasa sakit-sakit badan dan sebagainya. baru masa nilah penat sebenar terasa. tapi pulang bukan terus pulang. sempat lagi nak berjalan. kami singgah di kampung Luanti. Ada apa kat kampung ni? nak sambung medical camp lagikah? tidak- tidak. Di kampung nilah terletaknya sungai yang menyediakan spa ikan yang macam selalu kat supermarket tu. ikan yang gigit-gigit kaki tu.


(ni dia ikan-ikan yang sangap nak mengurut tu..)

Sapa yang ada sakit kulit boleh datang. Tapi yang ini lain, kita boleh celup kaki dan juga boleh celup SATU BADAN.wow. kalo terasa nak dimanja-manjakan oleh ikan tu celuplah sebadan. dan lagi menggelikannya ikan dia saiz macam ikan siakap tu. besar wo. menjerit-jerit orang yang mencelup badan tu sebab geli. aku celup apa? tak celup pun tengok jer. lain kali yer sebab dah penat. harga kalau tak silap aku lah rm2 kanak-kanak dan rm5 dewasa. Dan lepas tu aku terus balik kerumah. dah takda singgah-singgah lagi. sebab esoknya aku perlu balik semenanjung untuk menghadiri BTN di JB.penat tuh..~N~

NI video bukan aku yang buat..pasal spa ikan ni..


(Gambar ni semua buakan aku yang ambil..curi dari camera orang..terima kasih zai..=)

5 comments:

SuryaRahman said...

bos,kau macam dah enjoy duduk sabah kan. naa. kan aku da ckp. tak kenal maka tak cinta.

bestnya hospital kau buat med camp. hospital ak dulu besenya church yg organize med camp ni,

Anonymous said...

bos..ko mmg sesuai jd org sane..mcm da sebati..bak kata pepatah:bagai aur dan tebing..=)hikhik

Anonymous said...

http://insuranceinstates.com/oklahoma/Norman/Oklahoma%20Insurance%20Group/73072/

irshadian said...

tahniah!

hazwanali said...

surya-so far oklah..best je ranau ni..tapi kalo makanan tak sedap macam ko, aku dah takleh nak lari mane..kfc jelah

bin-tidaklah..amik pengalaman jer..pastu balik

irshadian-thanks..tp tah niah untuk ape?