Salam
semalam tengah boring-boring tekanlah siaran 106 astro. astro oasis lah. tajuk cerita dia seperti tajuk entry ni. mula tengok cerita macam cerita lama. tiba-tiba dah tengok sikit terus layan sampai habis. pada pendapat aku cerita ni sangat menarik dan banyak pengajaran yang boleh diambil.
Cerita ni sebenarnya telah diterbitkan pada tahun 2004. mungkin orang lain dah pernah tengok dan dah muak. tapi aku baru je tengok. cerita yang sangat menarik. mempunyai banyak pengajaran. berkisahkan tentang hubungan seorang ayah dan anak. ayahnya seorang yang taat kepada agama Islam sedangkan anaknya seperti cenderung kepada budaya barat. Si ayah mengajak anaknya menunaikan haji tetapi ditolak. tetapi akhirnya bersetuju untuk membawa bapanya dengan menaiki kereta dari France ke Mekah.
Perjalanan lebih kurang 5000km merentas Italy, Slovenia, Serbia, Bulgaria, Turkey, Syria dan Jordan sebelum sampai ke Arab Saudi. Sepanjang perjalanan banyak dugaan yang ditempuh. Antaranya kereta mereka ditumpangi oleh wanita misteri yang ingin menumpang mereka. selain itu, mereka berada dikawasan salji yang teramat sejuk hingga menyebabkan bapanya di masukkan ke dalam hospital.
Semasa di Turki juga, mereka diselamatkan oleh seseorang semasa ingin melepasi Imigresen.Kemudian orang ini bercadang untuk mengikuti perjalanan mereka menunaikan haji. Tapi malangnya orang yang disangkakn baik ini telah menyebabkan wang mereka dicuri. sehingga menyebabkan perjalanan haji bapanya tergendala. mereka terpaksa mengikat perut untuk meneruskan perjalanan. tetapi disebabkan kebijaksanaan bapanya, bapanya masih lagi menyimpan wang ditempat yang lain (wang untuk perjalanan pulang). Dalam cerita ini juga, bapanya seorang yang mempunyai 'instinct' yang kuat terhadap setiap perkara yang berlaku. Bapanya seperti tidak menggemari lelaki yang mengekori mereka semasa di Turki ini yang mana bapanya langsung tidak melayan lelaki itu.
Adakah mereka berdua berjaya sampai ke Mekah? Dari manakah mereka dapat duit untuk meneruskan perjalanan? Apakah lagi dugaan yang mereka terima sepanjang perjalanan? Apakah yang akan terjadi kepada si anak ini nanti? Apakah 'ending' cerita ni? Kenelah tengok sendiri...nanti cerita semua jadi tak best pulak.. Sangat-sangat recommend untuk tengok cerita ni (chef recommendation).
Quote menarik dalam cerita ni (lebih kurang macam nilah bunyinya):
Apabila air laut yang masin naik kelangit ia akan menjadi tawar.cuba kita fikirkan apa kaitan ayat pertama dengan ayat kedua quote atas ni..
Kalau kita nak pergi haji lebih baik berjalan kaki, jika tidak boleh hendaklah menaiki kuda, jika tidak boleh menaiki kuda naiklah kereta, jika tidak dapat menaiki kereta naiklah kapal laut jika tadak dapat naik kapal laut naiklah kapal terbang...
antara perkara yang menjadi persoalan aku dalam cerita ini:
1) apakah motif perempuan misteri dalam cerita ni. sepertinya tiada motif...
2) Bapanya seorang yang soleh, tapi biar je anak dia tak sembahyang..
3) Cerita ni tiada ending..ending kena buat sendiri
No comments:
Post a Comment