Saturday, April 10, 2010

Denyut Kasih Medik


Salam

Lama sungguh tak mengulas pasal buku. haha. sebenarnya bukan pasal buku je, update blog pun jarang. almaklumlah, hari-hari bangun je siap-siap pergi kerja. balik kerja rehat-rehat kejap, buat kerja sikit lepas tu terus tidur (alasan je..nak seribu daya..haha). Hari ni tiba-tiba terasa ada masa lapang pula nak update blog.

merujuk tajuk entry kali ini jelaslah yang aku hari ni nak mengulas buku. kerana tajuk buku tu adalah sama dengan tajuk entry. baru habis baca pagi tadi. mengambil masa 1 minggu untuk habiskan. sebenarnya boleh je nk habiskan cepat tapi ter'busy' dan termengantuk. jadinya baca sikit-sikit jelah.

buku ini berunsurkan novel islamik. lain daripada yang lain. aku ni memang tak minat novel sebenarnya. tapi kalau novel itu yang stereotaip je yang memang daripada tajuk dah menggelikan memang aku tak belilah. lagi-lagi cerita pasal cinta yang mengarut-ngarut tu. agak membuang duit kalau beli. aku hanya akan beli novel yang mengutamakan fakta dan tiada kisah cinta pakwe makwe sebagai isi utama.

Novel ni aku tak tau adakah ditulis berdasarkan pengalaman penulis sepenuhnya ataupun tidak. tapi gaya cerita macam ya. Memandangkan aku pun kerja hospital, setiap aspek penceritaan dia adalah memang senario sebenar hospital dan kehidupan seorang doktor HO. Novel menceritakan tentang kehidupan seorang doktor pelatih (housemanship@HO) yang dikenali sebagai Dr Muslih. Dr Muslih menjalani housemaship di hospital Selayang. Dalam kehidupan yang sibuk sebagai seorang doktor beliau juga sempat menerapkan unsur-unsur dakwah terhadap orang yang pesakit, rakan-rakan serta orang sekelilingnya.

Dr Muslih cuba menerapkan kehidupan sebagai seorang muslim sepenuhnya dan sering dipandang sinis oleh rakan dan orang sekeliling. Tetapi beliau tetap dengan caranya tersendiri. cuba memberikan nasihat dan selebihnya berserah kepada Allah serta berdoa. kerana kita kena yakin bahawa hanya Allah sahaja yang mampu memberikan hidayah. apa yang aku kagum dengan watak Dr Muslih ni, beliau seorang yang berani menegakkan kebenaran tidak kiralah seberapa besar pun pangkat orang tu kerana dia yakin bahawa sesungguhnya tiada yang lagi besar dan lagi hebat dari Allah.

Selain itu, Dr Muslih sentiasa redha dengan apa yang berlaku keatasnya serta membuat sesuatu dengan berfikir menggunakan akal. Dia juga tidak melalaikan tanggungjawabnya kepada Allah walau sesibuk manapun. dan yang paling penting, dia sentiasa ingat setiap perbuatan kita akan dicatat dan akan dipersoalkan dihadapan Allah di akhirat kelak.

Dalam novel ini juga diterapkan beberapa fakta dan usul fiqh perubatan yang sering kita ambil bena tak bena je sedangkan perkara itu melanggar perintah Allah tanpa kita sedari. Antaranya; info haid dan istihadah, info khatan anak perempuan, info mahar dll. Novel ini juga menceritakan tentang Dr ini hanya menyerahkan takdir untuk jodohnya dan hanya mencari wanita yang beragama sebagai ciri utama selain paras rupa, harta dan keturunan. Akhirnya dia berkahwin dengan isteri yang tidak pernah bersua muka dengannya melainkan pada hari pernikahannya. beliau juga berjaya menepis hasutan syaitan dan berjaya mengelakkan diri dari bercinta sebelum berkahwin.

Buku ini sesuai untuk mereka yang akan bergelar Dr Ho, berminat dalam perubatan ataupun yang bekerja di hospital. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut macam mana kehidupan seorang Dr HO, kisah cinta serta cabaran dakwah Dr Muslih. dapatkan novel ini tulisan Dr Farhan Hadi. harga Rm23 keluaran Telaga Biru. Dijamin tak rugi.~Wassalam~

2 comments:

Manar said...

menarik....harus mencari buku ni... i think this is based on a true story. suami kepada penulis buku cinta ku selepas Allah dan Rasul

hazwanali said...

memang menarik...sila lah cari dan baca..betul dia mmg suami penulis buku tu..