Monday, June 8, 2009

Ketika cinta bertasbih the movie


Salam..

ketika cinta bertasbih the movie akan keluar. Sebelum ni aku pernah beri ulasan tentang novel ketika cinta bertasbih yang ditulis oleh Habiburrahman El-Shirazy. kini novel ini telah diadaptasikan untuk menjadi filem pula. Filem ini akan mula ditayangkan pada 11 jun 2009. tetapi pada tarikh ini filem ini hanya ditayangkan di Indonesia sahaja (hanya Tuhan je yang tahu perasaan hati ini menunggu filem ini untuk memasuki Malaysia).

Ketika cinta bertasbih merupakan novel kedua karangan Habiburrahman yang diadaptasi menjadi filem selepas filem Ayat-ayat cinta. Apa yang membezakan Ayat-ayat cinta dan ketika cinta bertasbih adalah penulis novel ini terlibat secara keseluruhan dalam pembikinan filem ini. Dan penerbit menjanjikan kepada pembaca novel yang mereka tidak akan hampa setelah menonton filem ini. ini kerana pada filem ayat-ayat cinta, para pembaca novel agak hampa dengan filemnya kerana agak terpesong dari cerita asal seperti dalam novel. apa yang menarik tentang filem ini, para pelakonnya adalah hasil daripada audition yang ditelah dibuat sebelum pembikinan filem ini.

Kepada sesiapa peminat novel atau peminat filem, aku sarankan supaya membaca novel ketika cinta bertasbih dulu sebelum menonton filemnya. Diharapkan supaya filem ini tidak menghampakan aku dan semua pembaca novel ini. Bawah ni aku ada selitkan beberapa 'trailer' filem ketika cinta bertasbih.







OST ketika cinta bertasbih:


downloah Ketika cinta bertasbih Mp3: Download

Website rasmi filem ketika cinta bertasbih: www.filmketikacintabertasbih.com

Mutiara kata


Pada yang empunya harta yang melimpah
hulurkanlah zakat dan sedekah
Pada yang sihat dan kuat
berilah tenaga dan keringat
Pada yang berbakat dan cengekiawan
pemurahlah dengan hikmah dan pengajaran
Pada yang miskin dan kesempitan
bersedekahlah dengan senyuman
Semua kita harus pemurah
memberi bukan untuk bermegah
Tetapi itulah perintah Tuhan
semai kebaikan dan tuailah keredhaan


sumber:kulit belakang majalah solusi #8

Saturday, June 6, 2009

Ayam Tandoori

Salam.

Dengar je tajuk macam terliur. Inilah realitinya. Aku telah cuba untuk masak ayam tandoori. Kenapa mesti ayam tandoori? Entah, aku pun tak tau. Mungkin terliur tengok ayam tandoori kat kedai mamak yang tergantung-gantung tu takpun dah lama tak pegi gerai mamak (kembang tekak lepas baca macam-macam email). Tiba-tiba nampak ayam dalam peti dan tak ada lauk untuk makan malam, So, aku dengan ‘volunteer’ mengambil posisi sebagai tukang masak. Apa lagi buka computer terus search internet nak cari resepi ayam tandoori.

Macam mane jadi tak? Tak taulah jadi ke tak. Dari segi rupa macam tak berapa jadi. Ayam tandoori kat mamak tu entah macam mana tah boleh warna merah. Letak pewarna agaknya. Kalo nak ikutkan logik, memang susah ayam tu nak berwarna merah hanya dengan memerap bahan-bahannya. Tapi yang aku buat ni, ayamnya dibakar dalam oven tapi tak taulah kalau kat kedai tu kalau dia goreng atau bakar pakai arang. Yang aku peliknya, dalam internet tempat aku ambil resepinya pun ayam dia warna merah. Dari segi rasa ayamnya, aku rasa 87% rasa ayam tandoori (berangan, sedapkan hati).


inilah rupa ayam tandoori aku..(tension tak merah)

Walaupun ayam tandoori aku tak berapa nak jadi, tapi sekali hadap licin. Mungkin semua orang agak kelaparan mennggu ayam tu masak. Antara kesalahan yang aku kenal pasti punca ‘ketakajaian ayam tandoori aku adalah:
1. Ayam tak cukup perap. Aku perap ayam dalam 1jam setengah. Mungkin nak jadi merah kena perap lagi lama agaknya(sehari semalam kot).
2. waktu mengisar bahan-bahan perap aku guna banyak sangat air. Jadinya bahan perapan agak cair.

Lepas ni entah bila lagi nak buat ayam tandoori. Mungkin lagi 5 tahun kot. Bagi siapa yang nak cuba, bawah ni aku letakkan resepi:

AYAM TANDOORI

Bahan
1 ekor ayam (sederhana besar)..potong 4 dan bersihkan

Bahan Perap:
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari
1 cawan yogurt
1 inci halia..........................]
1 labu bawang besar............]
3 ulas bawang putih.............]
2 biji tomato buah................] mesinkan dan gaul rata semua ini
1 pokok daun ketumbar........]
1 sudu besar madu/gula.......]
1 sudu besar minyak............]
garam secukupnya...............]

Cara:
1. Perapkan bahan ni bersama ayam dan bakar dalam oven 200 C sehingga masak (1 jam).
2. Hidangkan bersama salad dan roti atau nasi.


Sumber resepi: http://hanieliza.fotopages.com/

Monday, June 1, 2009

Bertunang juga..






Salam

Alhamdulillah akhirnya bertunang juga. Bukan aku tapi kakak aku. Majlis pertunangan berlangsung pada 29/5/09 selepas Isya'. Rombongan pihak 'sebelah' sampai dalam pukul 9.30 mlm (still lepas isya'). Perbincangan lebih kurang setengah jam yang agak tidak berapa lama mungkin kerana semua orang telah lapar. Majlis yang happening telah dihadiri oleh jiran-jiran, saudara-mara dan kawan-kawan kakak aku. Makanan semua 'catering' memandangkan semua orang tak larat nak masak. Ramai juga yang datang dan berpusu-pusu yang datang masuk dalam rumah menyebabkan keadaan dalam rumah menjadi panas (Nasib baik aku duduk luar).

Pihak lelaki telah membawa 13 dulang dan pihak kami membalas dengan 19 dulang. mungkin jauh beza dulangnya tapi lebihan dulang adalah hasil sumbangan saudara-saudara yang ikhlas menyumbang. Terima kasih kepada yang telah menyumbang isi2 dulang.

Diakhir majlis, ada upacara memotong kek tunang dan kek besday makngah merangkap kek bersara Pak Cik Mi yang bersara pada hari itu jugak. Terima kasih juga kepada kakak aku yang patuh kepada 'perjanjian'..haha