Thursday, March 12, 2009

Petua Pelik??


salam..

kali ni aku nak cerita pasal majlis walimatul urus (majlis perkahwinan) lagi. kali ni lagi pelik daripada artikel yang aku post sebelum ni. biasalahkan kalau dah ramai sangat orang datang majlis perkahwinan, makanya makin banyaklah pendapat keluar. masing-masing mengeluarkan petua sendiri. Petua pelik ni aku dapat dari majlis perkahwinan yang aku datang minggu lepas. Petua ni memang pertama kali aku dengar..tak tau pula dah menjadi kebiasaan..

Ceritanya bermula disini..

"Man, ko cuba balingkan baju pengantin (perempuan) yang dia pakai semalam ni kat atas bumbung..ni hari nak hujan ni" kata emak pengantin

"Eh kenapa pulak?" aku dengan selamba tanya.

"Entah..makcik ikut je..nenek yang suruh buat..dia cakap tak kasi hujan" sambung mak pengantin..

tepat jam 1245, pihak lelaki pun datang betandang..maka bersandinglah sang pengantin..masuk je pengantin dalam rumah untuk bersanding di atas pelamin..maka hujan turun dengan lebatnya..dimanakah aku?..aku berada di khemah basuh pinggan..

"haa..kan dah hujan lebat..tak boleh nak buat kerja...apesal lah tak baling 'seluar dalam' pengantin perempuan kat atas bumbung?" mengeluh Abang N.

dalam hati aku.. "lagi ganas petua ni"

Dalam hujan-hujan aku berlari ke khemah lauk-pauk..dan sampai je aku kat khemah tu..

"Laa..pengantin perempuan ni tak baling ke 'seluar dalam' kat atas bumbung? kan dah hujan lebat" Mak cik W

So, aku terkejut lagi..aku ingatkan abang N tu gurau-gurau dan nak buat lawak je..rupa-rupanya petua ni ramai juga yang tahu..maksudnya ade majlis-majlis sebelum ni memang ada yang buat benda pelik ni..

Apa aku nak simpulkan dekat sini..sedarlah orang melayu beragama Islam..cukup-cukuplah percaya perkara mengarut ni..Hujan tu turun semuanya atas takdir Allah..bukannya dengan membaling benda mengarut-mengarut ni atas bumbung..setiap yang terjadi tu semua takdir Allah dan ada hikmah disebalik sesuatu kejadian..hukum mempercayai petua mengarut ni aku tak nak komen..tu lebih baik tanya org yang pakar..tapi personally, aku tak percaya pada petua mengarut ni dan percayalah pada ketentuan Allah..

p/s: why not before majlis tu buat sembahyang hajat atau berdoa minta jangan diturunkan hujan..bukannya susah sangat kan..

4 comments:

INTAN MASYITAH RUMLI said...

memang pelik..aku pun penah dgr dan tgk ada masyarakat yang buat dan pecaya amalan ni..

Entah di mana signifikannya amalan ni..apepun, macam kepercayaan jahiliah je..

byk je lagi amalan2 lain yg mcm tak relevan kan..

Al-Ibrah said...

owh..ko pun pernah dgr..mmg ramai lah org buat benda ni..ish2..mengarut je org dulu2 ni.. yg pelik tu org sekarang main ikut je membabi buta benda ngarut ni...

SuryaRahman said...

aku pun penah dengar. tade kaitan langsung ngan ujan. kan ke ade doa tak nak ujan. bace sudah.yang ko nak baling baju, suar dalam kat atas bumbung tu pehal. ko ingat free ke ape suar dalam tu. KAHKAH.

tapi kalau aku kawin rasenye tade orang kot buat macam ni. sape sanggup nak baling baju kat bumbung umah aku. tingkat 5 tu. KAHKAH.

INTAN MASYITAH RUMLI said...

mungkin org yg pecaya benda ni tak tahu kepercayaan tu tidak relevan..sebabnya mungkin tidak pernah ada yang menegur..atau untuk mengelak dikata org..dia buat je..thats a very typical attitude dalam masyarakat kita..

So, bg kita yang faham..alhamdulillah..jalankan kewajipan memberitahu..sabda Rasulullah,"sampaikan dariku walaupun satu ayat.."=)