Saturday, February 14, 2009

Cinta di rumah Hasan Al Banna


“Aku ingin menyampaikan dakwah ini hingga kepada janin di perut ibunya”.

Itulah ungkapan oleh Imam Hasan Al Banna yang menunjukkan semangatnya yang tinggi untuk menyebarkan dakwah. Imam Hasan Al Banna merupakan pengasas gerakan dakwah Al-Ikhwanul al-Muslimun yang mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan dunia Islam.

Umur Imam Hasan Al Banna tidaklah begitu panjang sehingga waktu dia meninggal, anak sulungnya baru berusia 17 tahun dan mempunyai anak yang masih dalam kandungan. Namun, umur yang singkat itu sudah cukup untuk Imam Hasan Al Banna menyebarkan dakwahnya dengan meluas serta membesarkan anaknya dengan penuh nilai kasih sayang.

Ketokohan Imam Hasan Al Banna dalam mendidik anaknya harus dijadikan teladan untuk para ibubapa sekarang. Ini kerana disebalik kesibukan beliau menyebarkan dakwah, tidak pernah sekali beliau mengabaikan tanggungjawab beliau terhadap keluarga. Cara didikan beliau adalah seperti yang telah diwariskan oleh nabi Muhammad S.A.W. Jika membaca buku ini kita boleh kagum dengan cara didikan Imam Hasan Al Banna, bagaimana pula jika kita ketahui cara didikan nabi Muhammad.

Dalam mendidik anaknya, Imam Hasan Al Banna tidak pernah memarahi dan juga menggunakan kekerasan bahkan beliau lebih mengutamakan teknik psychology. Apa yang perlu ditanamkan adalah kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Anak-anak akan lebih cenderung melakukan kebaikan apabila dia mengetahui ada seseorang yang sangat menyayanginya dan berasa malu untuk membuat kesalahan kerana teringat terhadap orang yang dicintainya.

“Jika engkau ingin mengenali seseorang, kenalilah daripada buku-buku diperpustakaanya”.ungkapan yang dikeluarkan oleh Imam Hasan Al Banna Beliau juga menasihatkan agar setiap rumah mempunyai perpustakaannya sendiri. Ini menunjukkan betapa pentingnya sikap menuntut ilmu dan membaca buku dalam kehidupan kita.

Buku yang ringkas dan padat ini lebih menceritakan tentang kehidupan tokoh ini di rumah berbanding kegiatan dakwahnya. Aku nasihatkan agar sesiapa yang bakal mendirikan rumah tangga atau yang telah berumah tangga supaya baca buku ni. Keperibadian Imam Hasan Al Banna menunjukkan sesibuk manapun kita, masa untuk anak-anak perlu diluangkan walaupun sedikit. Buku ini juga ditulis hasil temuramah penulis (Mohammad Lili Nur Aulia) dengan anak-anak beliau. Buku ini adalah keluaran Alam Raya Enterprise dan berharga RM13 jika tiada diskaun.~N~

10 Nasihat Al-Imam Hasan Al-Banna (click pada gambar utk besarkan & save)

4 comments:

nobody2somebody said...

aku ke 1st comment???wan ko pun bakal mendirikan rumah tangga ke dalam masa terdekat???seswai la ko dah baca buku ni..huhu..

hazwanali said...

aku?? lambat lagi..ko tu calon dah ade..hahaha

~nEmo~ said...

“Aku ingin menyampaikan dakwah ini hingga kepada janin di perut ibunya”.

adik saya menelefon saya semata2 hnya mahu membacakn petikan ayat di atas daripada buku hasann albana yg baru dibelinya.

Hebat..sy tidak sabar mahu membacanya.

setakat mana usaha kita agaknya dalam menyampaikn da'wah islam ini? ilmu dan amal pula entah ke mana. Jika ditakdirkan bertemu Rasulullah saat ini, apakah agaknya khabaran gembira yang mahu kita khabarkan kepada baginda?

malu..kelu tanpa kata

Manar said...

i saw this book smalam...nak beli tapi duit dah habes..waaaa...inhsaAllah dah ada income akan ku beli buku2 yg x dpt nak beli skrang...hehe