Wednesday, September 10, 2008

Bukan ku Pinta...


Salam..

mggu ni aku attach kat HIV clinic hosp Sg Buloh..HIV clinic ni diuruskan oleh pharmacist..selama 2 hari lah blaja kat situ n jumpa patients yg ada HIV..mula2 seram gak nak fikir takut2 menjangkit..banyak gak lah patient yg datang n mostly adalah cina..diorg semua 'open'..tak kesah pun nak cerita pasal diri diorg..ape yg menarik perhatian aku pasal seorang akak ni..cerita ni bukan nk mengaibkan perempuan ni tapi just nak kita semua ambil pengajaran..

mula2 dia masuk bilik tu nampak memang normal..n muka yang baik..kalo jumpa kat tepi jalan tu confirm tak tau yg dia ni ada HIV..jgn salah anggap yg semua pesakit HIV ni kulit terkopek2 n busuk..mereka tak macam tu sebenarnya...pesakit HIV ni terasa hina n merendah diri bila berada dikhalayak ramai..dia terasa setiap kali orang pandang dia dan seakan2 org akan jijik terhadap mereka..

akak ni baru di dignose kene HIV 2 minggu lepas..padahal waktu tu dia dah mengandung 5 bln lebih..ape perasaan korang semua setelah sorak riang gembira apabila mengetahui yg kita mengandung..tau2 dah 5 bulan cakap kita kene HIV..lagi2 suami akak ni sangat mengharap yg diorang dapat menimang cahaya mata bersama..setelah mengetahui perkara ni..fikiran akak ni jadi tak menentu..di terasa macam nak gugurkan kandungan dia je..ini disbbkan kasihnya seorang ibu yg tidak mahu melihat anak yg dikandungnya mempunyai masa hadapan yg gelap, dipinggirkan masyarakat dan hidup dalam penyiksaan disebabkan virus yg dibawa oleh ibunya..

tapi membunuh itu merupakan satu kesalahan yg lg besar..setelah dinasihatkan doktor,akak ini tetap meneruskan untuk mengandung..tapi akak ni tak dapat tidur malam kerana tidak boleh menerima hakikat yg dihadapinya..dan memikirkan anak kecil yg bakal dilahirkannye tidak seperti anak kecil lain yg terpaksa hidup dalam penderitaan yg sepanjang hidupnya hanya bergantung kepada ubat untuk terus hidup..

apa yg membuatkan akak ni lebih sedih kerana dirinya yg masih muda dalam 20an dan baru kematian suami beberapa tahun lalu..tp jodoh ditangan tuhan..akak ni dijodohkan dengan seorg lelaki lain yg lebih penyayang..sebelum diijab kabulkan dengan suami kedua, akak ni n suaminya telah menjalani ujian HIV dan dua2nya di sahkan sihat..tetapi takdir dan ujian Allah tiada siapa yg tahu..

setelah diketahui bahawa arwah bekas suaminya adalah pesakit HIV..dan telah meninggal disebabkan penyakit tu..bagaimana perasaan anda apabila suami yg dikasihi meninggal dunia dan meninggalkan penyakit kepada isteri yg tidak bersalah..isteri yg taat dan tidak pernah mengetahui yg suami nye mempunyai penyakit tu..penyakit yg akan dihadapi oleh kakak ni untuk sepanjang hidupnya dan akan mempengaruhi keseluruhan hidupnya didunia..

tetapi cinta akak ni kepada suami ke-2 dan anaknye tiada batasnya...apabila kakak ni luka dia tidak akan memasak sehingga luka itu benar2 pulih then br dia masak kerana bimbangkan penyakit itu berjangkit kepada keluarganya..dia sanggup menawarkan kepada suaminye agar tinggalkan dia dan cari perempuan lain..nasib baik ada suami yg setia disisinya..suaminya sanggup berkorban menjaga akak ni sehingga keakhir hayatnya..

sewaktu mula2 datang, akak ni terpaksa makan ubat pada pukul 7 yg mana sepatutnya diambilnya pada pukul 9..ini merupakan kesalahan besar kerana ubat HIV mesti diambil tepat pada waktunya..setelah ditanya dia mengatakan yg dia malu untuk ambil ubat pada pukul 9 kerana org akan pandang dia kerana tidak berpuasa..kesian nye akak ni kerana dia terpaksa tidak puasa selama sebulan semata untuk makan ubat tepat pada waktunye kerana penyakit yg datang bukan atas kesalahannya..ape perasaan kita dimana bulan ramadhan yg merupakan bulan pesta ibadah dan kita tidak dapat berpuasa selama2nya..

ape yg aku dapat disimpulkan..janganlah kita anggap semua pesakit HIV ni hina dan jijik..sesetengah mereka dapat penyakit tu bukan atas kehendak mereka tetapi atas kesalahan orang lain dan mereka menjadi mangsa..sesungguhnya semua tu adalah ujian Allah kepada makhluknya..kita yg sihat ni patutnye memberi galakan n semangat agar mereka dapat meneruskan hidup didunia ni..

mari kita sama2 doakan agar akak ni dapat tabah dan sabar dalam menempuh hidupnya akan datang..aminn..~N~

6 comments:

muzamirmahat said...

sian nye dia..Maha Suci Tuhan yang lebih mengetahui segala-galanya..orang kata maybe kita lain kapal,tapi destinasi sama..Moga akak tu dirahmati ,diberikan ketabahan dan kekuatan oleh Allah untuk teruskan hidup yang sementara ni..amiin

hazwanali said...

Aminn..tu org cakap takdir..kalo kita yg kene kita kene redha..Tuhan tak akan uji melebihi kemampuan kita..kita pun tak tau nasib kita nnti..nauzubillah..

INTAN MASYITAH RUMLI said...

seronok korang dapat attach kat HIV klinik..selain dapat belajar ilmu farmasi, dapat tgk mcm2 jenis kondisi org2 yg sedang diuji Allah..semestinya apa yg berlaku kat akak tu ada asbabnya yg kita tak nampak..pasti ada ganjaran yg menanti..Insya`Allah moga dia tabah dan bersabar..

hazwanali said...

Kepada kita yg tidak diberikan ujian macam tu..banyak2kanlah bersyukur..sebelum Allah tarik balik ni'mat Nya balik..

Anonymous said...

salam semua

saya sebenarnya baru diagnosed sebagai HIV positif...dan saya amat terharu dengan kisah ni...

hazwanali said...

Saudara 'akulelakiitu'..banyak2 kan bersabar ye..mudah2an Allah bagi kekuatan terhadap saudara..Allah takkan uji kita melebihi kemampuan kita..yang penting banyakkan berdoa dan redha dengan kehendaknya..