Sunday, December 28, 2014

China - Yunnan Province - Part 3

Assalamualaikum

Bersambung daripada Part 2.

Maaf lama tergendala. Lama tak buka blog. Bila baca komen, rasa macam ada hutang dengan pembaca. Ada pembaca ke?? baiklah kita jangan buang masa, kita teruskan. Aku cuba mengingati cerita selagi tak hilang.

Hari kedua berada di Kunming. Malam tu tidur memang sejuk yang amat. Nasib baik hotel sediakan electric blanket yang boleh panaskan katil. Bangun pagi nak tunggu air panas sampai keluar dari muncung paip punyalah lama. Hotel dah bagitahu siap-siap memang air panas mengambil sedikit masa untuk sampai. Disebabkan malam seterusnya kami tidak lagi menginap di hotel ini, aku siap-siap check out dan hotel bagi letak barang-barang di stor yang disediakan memandangkan keretapi kami lewat malam nanti.

Matlamat kami hari ini adalah untuk ke Shilin a.k.a Stone Forest. Aku tak guna apa-apa pakej trip. Dari hotel memang berusaha sendiri dengan pengankutan awam ke Shilin ni. Kelebihan duduk di hostel backpackers ini, semua tempat-tempat menarik sekitar Kunming ni dia dah siap tampal instruction dekat papan kenyataan dia. Tinggal ikut je. Tak perlulah setiap sorang tourist tanya, diorag nak kena explain. Kami pun mengikut arahan yang telah ditetapkan dengan menggunakan pengangkutan awam.

The Stone Forest or Shilin (ChinesepinyinShílín) is a notable set oflimestone formations located in Shilin Yi Autonomous CountyYunnanProvince, People's Republic of China, near Shilin approximately 90 km (56 mi) from the provincial capital Kunming.
The tall rocks seem to pray to the ground in the manner of stalagmites, with many looking like petrified trees thereby creating the illusion of a forest made of stone. Since 2007, two parts of the site, the Naigu Stone Forest (乃古石林) and Suogeyi Village (所各邑村), have been UNESCOWorld Heritage Sites as part of the South China Karst.[1] The site is classified as a AAAAA-class tourist site (sumber: Stone Forest Wikipedia ).

Kami mengikut satu persatu arahan yang diberikan. Dari mengikut nombor bas, kira bilangan bas berhenti, melintas jalan semua kami ikut satu persatu.  Tapi bila sampai di satu station bus tu, kami cuba cari tempat tiket nak ke shilin. Malangnya, stesen bas yang aku sangkakan itu adalah stesen kereta api malam tadi. Penat tanya orang sekeliling tentang stesen bas ke Shilin, semua tak faham. Mungkin sebutan kami pelik. Nak dipendekkan cerita, instruction hostel tu salah, mungkin tak up to date. Kesalahannya adalah kami patut terus ambil bas ni, ditempat yang kami berhenti. Tetapi dalam instruction tu suruh kami melintas jalan dan ambil bas lain. Jadinya tersesatlah. Akhirnya kami pusing balik dan ambil semula no bas yang sama, sampai juga di stesen bas yang diingini.

Kami sampai stesen bas tu dalam pukul 12 tengah hari. Bayangkanlah keluar hostel tadi dalam pukul 830 pagi. Hampir kecewa dan putus asa. Nasib baik semangat masih kuat. Dan nasib baik juga tiket bas tu murah. Bila sampai stesen bas, ada satu lagi masalah. Kaunter banyak dan semua tulisan China. Orang pun ramai. Tanya orang dekat situ, dia cuma tunjuk pergi je kaunter. Sampai sekarang sebenarnya kami tak tau kaunter tu boleh beli tiket apa2 ataupun memang semua kaunter boleh beli tiket semua destinasi. Sebab kami ikut beratur je seperti yang diarahkan. Sampai kaunter boleh je beli. Tawkkal je banyak-banyak.

Jadinya sampai shilin dalam pukul 2. Mula-mula rasa macam tak nak masuk sebab tiket masuk tu mahal. Diorang pun bijak, nak masuk tempat tu dengan tempat beli tiket punyalah jauh. Jadinya wajib beli tiket tram sekali. Jadinya tiket masuk dan tram harga dia lebih kurang RMB200 (~RM100). Cekik darah betul. Harga tiada beza antara pelancong dan orang tempatan. Tiada deskriminasi. Disebabkan nak situ sampai punyalah susah, kami gigihlah juga melabur duit masuk dalam tu.

Apa yang ada dalam ni?? Memang cantik sebenarnya, sebab ada hutan dan batu-batu yang membentuk hutan dengan semulajadi. Batu-batu ni juga ada yang menyerupai macam-macam bentuk. Dan setiap celah-celah itu ada nama berdasarkan bentuk batu tu. Boleh masuk dan selit-selit celah batu tu seandainya selulit tidak menjadi halangan. Ada juga persembahan dan sewa kostume untuk ambil gambar berlatar-belakangkan batu-batu yang cantik ini. Tengok gambar jelah sebab susah nak cerita menggunakan ayat-ayat.



























Secara keseluruhannya, masuk dalam ni boleh dikatakan berbaloi juga sebab ia agak unik. Dekat sini je ada. Dekat tempat lain tiada. Bagi sesiapa yang sangat cheapskate tu boleh fikir semula lah untuk masuk ke dalam tempat ni. Bagi siapa yang ada lebihan duit, berbaloilah masuk dalam ni sangat cantik dan unik. Untuk makcik-makcik dan nenek-nenek yang sakit lutut tu tidak berapa digalakkan masuk sebab kena berjalan jauh dan panjat-panjat tangga. Boleh je nak naik tram tu tapi tak dapat masuk secara menyeluruh.

Cara nak balik adalah dengan menggunakan jalan yang sama. Silalah kenal pasti dan cam betul2 bas station yang korang ambil dan no bas. Sebab semua menggunakan bas yang sama. Jangan lagha sangat dalam Shilin tu, sebab tak silap aku, bas akhir pukul 4 petang. Bayangkanlah betapa kejapnya kami dalam tu. Tapi tidak apa sebab kami bukan ahli geologi yang nak kaji batu-batu tu. Tengok alar kadar dan ambil-ambil gambar pun dah cukup.

Sampai je Kunming, kami meneruskan ekspedisi untuk mencari masjid dan makanan Halal. Di dalam bandar Kunming ni ada 2 Masjid yang boleh tahan besar jugalah. Sebenarnya dari hotel kami duduk tu boleh jalan kaki je pergi masjid ni. Tapi oklah untuk bersenam-senam. Tak jauh dan tak dekat sangat. Kedua-dua masjid ni ada juala makanan Halal. Jadinya jangan risau. Cuma cari masjid je nak makan. Tapi kalau anda seorang yang kuat berjalan, sebenarnya, sangat banyak kedai halal dalam bandar Kunming ni. Cuma kena carilah.

Makanan kami pada malam tu di Masjid

Selepas kenyang dan selesai solat, Kami meneruskan misi untuk mencari 'windbreakers' di bandar Kunming ni memandangkan kami akan pergi ke tempat lagi sejuk selepas ini. Memang aku galakkan korang beli je windbreaker ni dekat China je sebab murah. Kalau korang nak beli kat Universal traveller kat Malaysia tu, suka hatilah kalau ada lebihan duit.

Lepas jumpa windbreakers, kami bergegas ke hotel dan mengambil beg untuk ke train station. Kali ni naik teksi je sebab dah lambat. Sebelum naik train tu sempat lagi pergi luar train station tu makan sate kambing dulu. Sedap yang amat ditambah lagi dengan kepedasannya. Macam tak kenyang-kenyang kan. Lepas makan, makan lagi.

Kemudian masuklah kami ke Stesen keretapi Kunming untuk ke Lijiang. Stesen ni memang besar yang amat. Sila masuk pintu dan tunggu seperti dalam tiket. Bila masuk dalam tu baru kita tau ramainya manusia dekat china ni. Untuk ke Lijiang je ada beberapa train dan pastikan kita punya train tu tak salah. Untuk pengetahuan semua, Train ke Lijiang ini,  masa kami naik tu ada 17 gerabak. Diulang 17 GERABAK!! Sila masuk dan baring seperti katil yang telah ditetapkan. Kalau setakat kereta api kat KL sentral tu tak de apalah sangat jika nak compare dengan kereta api di China ni. Dan setiap kali train ni jalan, tiket habis dijual. Bayangkanlah berapa ramai umat manusia. Belanja gambar train dan stesen keretapi sikit...








 Bersambung....