Saturday, March 1, 2014

China - Yunnan Province - Part 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah dengan segala rahmatNya.

Abaikan segala cerita yang tergantung. Kita mulakan yang baru, InsyaAllah kalau sempat nanti aku akan sambung mana yang tergantung tu.

Hari ini adik-adik, abang akan ceritakan tentang perjalanan abang ke negara paling ramai manusia iaitu China (abang?? puiih). Aku ke China pada bulan Januari yang lalu selama 9hari 8malam. Lama beb, kurang sikit daripada pergi umrah. Habis cuti tahunan aku.

Kenapa China? Kan Nabi pernah suruh kita belajar hingga ke negeri China. Walaupun tak jadi pelajar di universiti tempatan, tetapi belajar dalam universiti kehidupan. Selain itu, waktu ni tiket AirAsia pergi Kunming dapat tersangatlah murah. Nak tahu berapa? RM360 return. Murah kan? Ini kali kedua aku pergi China selepas Guangzhou.

Kenapa Kunming? Aku pun tak tau. Pada mulanya beli sebab nampak murah, lepas tu dengan yakinnya beli untuk 9hari. Nak pergi mana area Kunming ni? Dah beli baru nak cari aktiviti dan tempat nak pergi. Sekali geledah banyak pulak tempat best. Kunming ni sebenarnya macam Ibu negeri bagi Yunnan Province. Sebenarnya sebelum pergi ada jumpa dan borak dengan sorang pakcik cina ni pasal China. Dia memang ulang alik China dan banyak Province dia dah pergi. Dia cakap di Yunnan antara tempat paling banyak Muslim. So, aku membuat kesimpulan, jika tak ada tempat nak pergi aku nak tengok kehidupan orang Muslim sana. Sekali dah google, banyak pulak tempat best, jumpa orang Muslim dekat restoran jelah.

Kenapa nak cerita pasal Yunnan ni? Sebenarnya banyak tempat aku pergi tapi tak sempat malas nak cerita. Antaranya Krabi-Phuket (belum habis cerita, baru setengah), Jawa Timur (Yogyakarta, Surabaya, Bromo, Ijen), Guangzhou China, Cambodia (Siem Riep, Phnom Penh). Tapi yang pasal Yunnan ni aku nak cerita sebab tak ramai lagi orang Melayu sampai sedangkan AirAsia & MAS dah lama buka route. Mungkin tak ramai yang bercerita tu sebab tak berani nak pergi. Aku cuba kongsikan segala apa yang aku ingat. Aku ni kadang-kadang banyak juga pelupanya, makan banyak semut.

Berikut adalah route yang aku jelajah sepanjang 9 hari disini:

Kunming - Lijiang - Tiger Leaping Gorge - Shangri La - Lijiang - Kunming


Lokasi Yunnan Province berdasarkan peta China


Ini peta Yunnan Province, bersempadan dengan Myanmar, Laos, Vietnam dan Tibet

Trip ke China ni totally backpacking. Aku cuma guna teksi beberapa kali je. Soalan yang biasa aku terima bila balikdari China ni adalah:

Makan macam mana?
Macam mana nak berkomunikasi?
Berapa banyak spend?
Macam mana nak pergi satu tempat ke tempat lain?
Macam mana nak naik bas dan beli tiket?
Macam mana hotel?
Macam mana toilet? macam mana nak cebuk?
Orang China pengotor tak?
Rasa-rasa pembaca blog ni ada tertanya-tanya tak? (Macamlah ada pembaca) Persoalan-persoalan ini aku akan rungkaikan dalam episod akan datang.

Sebagai permulaan aku bagi sedikit gambar introduction sebagai halwa mata:


Shilin a.k.a Stone Forest, Kunming


Lijiang Old Town

Halal Foods


Tiger Leaping Gorge


Sonzanlin Monastry, Shangri-la


View of Shangri-La Town


Snow Jade Dragon Mountain from Black Dragon Poll


Peak Snow Jade Dragon Mountain


Blue Moon Valley

Sekian Wassalam