Salam
Aku merupakan insan terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang merupakan batch pertama atau batch 'pioneer'. Makanya bila jadi batch 'pioneer' semua yang kami buat adalah menjadi kayu ukur atau pun sebagai bahan uji kaji. Semua benda masih serabut dan sangat banyak kekurangan.
Walaupun aku pernah bersekolah 'multiracial' sewaktu lower form dulu, tapi aku tidak tinggal bermalam bersama-sama bangsa lain. Cuma sekolah harian biasa, pagi pergi dan petang balik. Bagi aku, mungkin objektif PLKN untuk memupuk perpaduan adalah agak berjaya tapi banyak aspek yang gagal disamping kerajaan mengalami kerugian akibat kerosakan banyak harta benda serta wujud juga pergaduhan dalaman antara bangsa di dalam kem itu sendiri.
Ada satu perkara yang amat terkesan sewaktu aku berada di PLKN. MEMBAWA ALQURAN KEMANA SAHAJA KITA BERMASTAUTIN. Adakah kita akan membawa kitab suci kita, Al-Quran bersama-sama jika kita pergi kursus atau kem atau mesyuarat yang mengambil masa lebih 3 hari? Kalau dalam 10 orang ada tak 1 orang? aku pun tanya pada diri sendiri. sebab diri ini pun selalu lupa dan alpa.
Sebelum pergi PLKN, perspektif aku, kat surau mesti ada al-Quran. Guna je yang surau punya kalau nak baca. Tapi malangnya, kem yang aku pergi kem yang baru, di surau cuma ada 1 atau 2 sahaja al-quran yang terpaksa bergilir-gilir untuk membaca. Sebab apa kena bergilir-gilir? sebab mungkin semua orang berfikir sama dengan aku dan mungkin ada menganggap membawa al-Quran akan membebankan dan menambah jisim beg.
Apa yang paling terkesan, bila melihat kebanyakkan rakan-rakan yang beragama kristien membawa kitab mereka sewaktu di kem. mereka membaca kitabnya sewaktu tiada aktiviti dijalankan. sebab apa mereka bawa? sebab mereka telah ditanamkan dalam diri mereka untuk membawa kitab ke mana sahaja. walaupun bilangan mereka kurang daripada orang Islam, tapi dari segi nisbah mereka yang membawa kitab injil dan kita yang membawa Al-Quran, sudah tentulah kita kalah.
Sebab apa kita selalu tidak bawa al-Quran? sebab kita tak rasa kepentingan al-Quran tu dalam diri kita. Tak menjadikan membaca Al quran itu sebagai amalan harian kita. hidup kita jauh dengan keyakinan dan kebergantungan kepada Allah. ada yang bawa Al-Quran tu pun dengan harapan untuk elak hantu ataupun jin. Bukan untuk dibaca. Letak Al-Quran dalam kereta untuk elak kemalangan. tapi malangnya al-Quran tidak dibaca dan diamalkan.
Oleh itu, aku yang banyak dosa ini menyarankan, latihlah diri kita untuk membawa al-Quran ke mana sahaja kita pergi untuk jangka masa yang lama. atau sekurang-kurangnya kitab kecil yang memuatkan surah-surah lazim atau setidak-tidaknya surah Yasiin. Tapi janganlah hanya membawa, baca dan amalkanlah juga Ia. Bagi yang berkeluarga, latihlah anak kita untuk menjadikan al Quran sebagai sesuatu yang penting serta bergantung terhadapnya. Bacalah al Quran sehingga diri terasa kosong bila tidak membacanya.
dari Abu Umamah al-Bahili RA, ia berkata, 'Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bacalah al-Qur`an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat bagi ahlinya (yaitu orang yang membacanya, mempelajari dan mengamalkannya)." HR. Muslim.