Salam
Sepanjang berada setahun di Melaka, banyak juga pengalaman yang aku dapat. Apa yang aku nak simpulkan disini adalah beberapa perbezaan antara Melaka dengan negeri kelahiran aku Selangor ataupun tempat-tempat lain yang aku pernah pergi:
1) Kuih Keria dia guna gula melaka
Kuih keria adalah antara kuih kesukaan aku. tapi di Melaka ni, kuih ni tak guna gula putih yang macam keras-keras tu. tapi dia guna gula melaka. biasalah orang Melaka ni obsess sikit dengan gula kelahiran negeri mereka ni. Rasanya: sedaplah jugak. lagi-lagi kat bazaar Ramadhan tu dia jual panas-panas. terliur aku.
2) roti canai dijual ditepi jalan
Biasanya di selangor, roti canai dijual di dalam premis-premis kedai. orang yang datang ke kedai tu boleh menikmati roti canai beserta teh tarik. Selalunya aku pergi kerja, aku selalu tengok di kawasan taman merdeka dan Bachang tu orang jual roti canai tepi jalan. Diorang tebar pastu masak dan terus bungkus. pelanggan tak boleh makan disitu. aku tak pernah beli. sekali dia tebar, lori besar lalu, melekat habuk kat roti canai tu..lu pikirlah sendiri
3) Kedai cd/vcd cetak rompak
Ni memang pelik. kalau aku di Banting, kedai cd/vcd ni memang tinggal sikit jelah. mungkin asyik kene serbu je. kalau ada pun semua pura-pura letak cd/vcd original kat dalam kedai. tu kat Banting, belum lagi di area Selangor yang lain. Tapi di Melaka, terbaik cd/vcd cetak rompak dia. kat pasar malam, berderet-deret orang bentang dan jual cd cetak rompak. Lepas tu, kalau malam tu, lepas kul 12, hanya kedai cd dan 7E je yang masih buka..hebat tak? dimanakah penguatkuasa?
4) Semuanya jauh
Memandangkan negeri Melaka ni kecil, mereka ni kalau boleh tempat kerja tu sebelah rumah. Jarak antara rumah aku dengan tempat kerja adalah lebih kurang 7-8 Km. Bila bagitahu aku duduk mana, semua orang akan cakap :'jauhnya rumah ko'. Jauh ke 7km tu. kalo di Selangor tu, bersyukur lah jika tempat kerja sejauh 7km. tu dah antara paling dekat dah tu.
5) Traffic light
Ni memang tiada tandingan. Traffic light di Melaka ni memang lama. Mungkin mereka agak berteknologi tinggi menggunakan nombor pada traffic light mereka. tapi sekali kena merah nombor pada screen traffic light tu 99 yang tak gerak-gerak. ini bermakna masa menunggu melebihi 100 saat di traffic light. Dan selalunya penentu kecepatan atau kelewatan aku pergi kerja adalah traffic light. Dan disebabkan traffic light terlalu lama, pernah satu hari cermin kereta aku diketuk dengan kuat. Sebabnya, aku tertidur kat traffic light. MasyaAllah..dah berapa kali dah aku terlepas agaknya. kereta depan pun dah kereta lain.haha
6) coconut shake
Coconut shake kat Melaka memang sedap. banyak juga restoran jual cocnut shake di Melaka ni. Kat Selangor jarang jumpa kedai jual coconut shake. Mungkin juga aku yang tak tahu. Tapi yang paling sedap dekat Batu berendam tu dan dekat sebelah Caltex di Klebang. Yang dekat Klebang tu memang ramai orang dan menjadi punca jem (kadang-kadang) area situ. Di restoran ayam percik di area malim tu pun sedap tapi agak mahallah. Wah..rindunya nak sedut coconut shake..
Secara keseluruhannya..duduk di Melaka memang best. makanan pun sedap-sedap.. cuma.....h******* je yang tak best..sekian wassalam
Sunday, October 24, 2010
Saturday, October 16, 2010
Medical camp
Salam
"Ait! dalam daerah Ranau pun perjalanan boleh sampai 2 jam ke? jambatan gantung panjang?? bawah dia ada apa? tinggi tak? ada buaya tak? macam mana dibuatnya kalau kaki aku terperusuk lubang terus jatuh sungai. tiba-tiba jambatan gantung tu putus macam mana pula?" banyak persoalan bermain menandakan keresahan. berdebar-debar pulak.
Pada hari kejadian
Memandangkan aku tiada kenderaan nak ke hospital, pada pukul 6 pagi, pacuan 4 roda datang ambil aku di rumah. kami dari farmasi menaiki satu kereta dengan 5 orang staf. kami balik hari je. kami merupakan kenderaan yang pertama bertolak dari hospital. melalui jalan utama KK-sandakan untuk ke kampung Tenanom, udara yang sangat dingin (menyesal pakai lengan pendek) dan jalan yang dipenuhi kabus. walaupun jalannya tidak sehebat jalan di semenanjung tapi keadaan disini dah kira baik lebih-lebih lagi kami disajikan dengan pemandangan gunung-ganang dan sungai-sungai yang sangat cantik.
(kabus tebal disepanjang perjalanan)
(Ni sungai di tepi jalan, cantik tu, tapi orang sini cakap dia dah banyak makan nyawa..)
Setelah berjalan lebih kurang 1 jam, sampailah kami disuatu simpang yang kecil yang menunjukkan tanda 'SK Tenanom 29Km'. MasyaAllah ingatkan dah dekat rupanya jauh lagi. dan apa yang paling mengejutkan bermula dari sini hinggalah ke 29 km berikutnya jalannya tidak berturap. jalan merah dab berbatu-batu siap naik turun bukit lagi beserta simpang siurnya. pening gak kepala dan kebas punggung ni nak sampaikan ke kampung tu.
(ni dia titik permulaan kekebasan bermula)
Sepanjang perjalanan dapat dilihat, keadaan rumah orang disini yang serba daif. seperti tidak dijangkakan tempat sebegini pun masih ada orang tinggal. kalau mereka lihat orang asli di semenajaung pun mesti diorang boleh ingat orang asli tu orang bandar. Boleh juga aku katakan, kalau kru 'Bersamamu' ni datang, mesti semua rumah dapat bantuan. Walaupun sepertinya mereka duduk di hutan dan tiada apa yang boleh mereka lakukan, ada sesuatu persoalan yang timbul dikepala aku. 'Sesungguhnya rezeki Allah dimana-mana dan dialah yang memberikan rezeki kepada kita'. Kalau kita ditempat mereka mungkin kita akan mati kering. Sesesungguhnya Allah maha besar.
Anjing di Sabah ni memang tidak boleh dinafikanlah kebanjirannya. ada dimana-mana sahaja. kalah kucing. tapi bezanya, anjing di sini takde yang kejar-kejar atau gigit-gigit orang. cuma bagi kita orang muslim, kenalah elakkan tersentuh kerana kena samak. sepanjang perjalanan juga kelihatan anjing bermain-main ditengah jalan, sepertinya jalan itu bapak mereka yang punya. terpaksalah kami yang menaiki kenderaan ini mengelak dari terlanggar anjing.
Di Kampung Tenanom
Kami tiba lebih kurang pukul 8 pagi. perkara pertama yang kami cari adalah..dimanakah jambatan gantung yang di hebah-hebahkan itu? rupanya, sekolah yang mana kami jadikan medical kem itu terletak diseberang. memang wajiblah kena lalu jambatan gantung. Fuhh..memang panjang, lebih kurang 100m. wah tidak seperti yang digambarkan. jambatannya sudah diperbaharui. tapi tetap tergantung. kiranya masih selamat. tetapi apabila melintasinya, kecut juga perut, jambatannya terhuyung hayang. Aku melintas tu siap bawa ubat satu kotak tu. kalau silap langkah, mahunya tercampak semua ubat-ubatan ke dalam sungai.
(ni kami tengah menempuh jambatan gantung yang menggayatkan, cuba tengok orang yang angkat gas tu)
(Aku dengan muka gagah angkat ubat tu, ni berpura-pura, dah sampai sebbenarnya)
(sungai dibawah jambatan ni..deras tak?? boleh buat water rafting tu?
Ada beberapa staf yang memang orang tempatan, dengan muka selamba bawak kotak ubat tu melintasi jambatan tu tanpa memegang atau memaut kat tepi jambatan tu. kagum aku. macam dah biasa. kalau dilihat disebelah tu ada jambatan lama. kalau guna jambatan lama tu, tentu aku tak lalu dah. tarik diri. tunggu kat kereta jer. memang menakutkan. siap ada lubang-lubang tu kat jambatan tu.
( Ni dia jambatan lama, ada siapa berani lalu?)
Sampai ke di sekolah yang serba daif itu, kami terus menyediakan kaunter farmasi disalah satu bilik darjah yang telah diberikan. sekolah tu ada satu bangunan sahaja. cikgunya ada beberapa orang. respect sama cikgu yang mengajar disekolah tu. murid ada 50 lebih. tiada line telefon, tiada bekalan elektrik. elektrik cuma menggunakan beberapa cell sahaja. jika habis cell tu berpanas dan bergelaplah mereka.
(ni lah sekolah itu, hanya satu bangunan sahaja)
Pesakit yang datang, dari balik bukit dan kebanyakkannya hanya jalan kaki dan mengambil masa beberapa minit hingga berjam-jam. kami pun membawa ubat-ubatan yang biasa-biasa sahaja untuk penyakit seperti, demam, batuk, gatal-gatal, kutu dll. tapi sebenarnya mereka berhak untuk mendapat kemudahan kesihatan yang lagi bagus kerana mereka juga manusia dan mereka juga rakyat Malaysia.
(ni kaunter farmasi yang kami buka di sekolah..muka-muka ceria dan kepanasan)
Kami pula disajikan dengan makanan yang kebanyakkannya ayam yang dipelbagaikan masak dan beberapa jenis sayur. ada juga nasi yang dimasak didalam daun yang merupakan cara tradisi orang disini. Sedapkah? Jawapannya: aku tak makan. Almaklumlah, orang disini belum tentu Islamnya. dan adakah itu betul-betul ayam? sembelih tak? semua tu aku ambil kira. aku cuma bawa roti dan beberapa orang staff yang muslim telah membawa makanan mereka sendiri. Aku apalagi, tolong makan je.
Perjalanan pulang
Perjalanan pulang kami terpaksa menempuhi semula 29km jalan tak rata tu. lepas je sampai dikawasan yang berturap, terus terasa sakit-sakit badan dan sebagainya. baru masa nilah penat sebenar terasa. tapi pulang bukan terus pulang. sempat lagi nak berjalan. kami singgah di kampung Luanti. Ada apa kat kampung ni? nak sambung medical camp lagikah? tidak- tidak. Di kampung nilah terletaknya sungai yang menyediakan spa ikan yang macam selalu kat supermarket tu. ikan yang gigit-gigit kaki tu.
(ni dia ikan-ikan yang sangap nak mengurut tu..)
Sapa yang ada sakit kulit boleh datang. Tapi yang ini lain, kita boleh celup kaki dan juga boleh celup SATU BADAN.wow. kalo terasa nak dimanja-manjakan oleh ikan tu celuplah sebadan. dan lagi menggelikannya ikan dia saiz macam ikan siakap tu. besar wo. menjerit-jerit orang yang mencelup badan tu sebab geli. aku celup apa? tak celup pun tengok jer. lain kali yer sebab dah penat. harga kalau tak silap aku lah rm2 kanak-kanak dan rm5 dewasa. Dan lepas tu aku terus balik kerumah. dah takda singgah-singgah lagi. sebab esoknya aku perlu balik semenanjung untuk menghadiri BTN di JB.penat tuh..~N~
NI video bukan aku yang buat..pasal spa ikan ni..
(Gambar ni semua buakan aku yang ambil..curi dari camera orang..terima kasih zai..=)
"Minggu depan kita akan adakan medical camp di kampung Tenanom.. saya juga akan turut serta, setengah akan menginap disana dan selebihnya akan balik hari sahaja. Staf pengurusan pun boleh turut serta. Staf baru, Hazwan awak saya wajibkan pergi." Ucapan pengarah hospital semasa perhimpunan bulanan.Alamak apa ke bendanya tu medical camp. Dulu-dulu masa kat Melaka tak pernah ada pun macam ni. Aku dahlah baru 2 minggu kerja kat sini dah kena paksa pergi tempat macam ni. nak pergi macam mana? kat mana tenanom tu? ape nak kene buat kat sana?
"Haa..bos pergi ke kem perubatan tu? Tenanom tu jauh juga, 2 jam ada mau sampai sana.. Di sana tu ada jambatan gantung panjang tu..dulu saya tu pernah memancing disitu.." kata salah seorang staf farmasi dengan dialek Sabah. (bos tu gelaran diberi di sini sebagai tanda hormat..bukan untuk takbur @ riya')
"Ait! dalam daerah Ranau pun perjalanan boleh sampai 2 jam ke? jambatan gantung panjang?? bawah dia ada apa? tinggi tak? ada buaya tak? macam mana dibuatnya kalau kaki aku terperusuk lubang terus jatuh sungai. tiba-tiba jambatan gantung tu putus macam mana pula?" banyak persoalan bermain menandakan keresahan. berdebar-debar pulak.
Pada hari kejadian
Memandangkan aku tiada kenderaan nak ke hospital, pada pukul 6 pagi, pacuan 4 roda datang ambil aku di rumah. kami dari farmasi menaiki satu kereta dengan 5 orang staf. kami balik hari je. kami merupakan kenderaan yang pertama bertolak dari hospital. melalui jalan utama KK-sandakan untuk ke kampung Tenanom, udara yang sangat dingin (menyesal pakai lengan pendek) dan jalan yang dipenuhi kabus. walaupun jalannya tidak sehebat jalan di semenanjung tapi keadaan disini dah kira baik lebih-lebih lagi kami disajikan dengan pemandangan gunung-ganang dan sungai-sungai yang sangat cantik.
(kabus tebal disepanjang perjalanan)
(Ni sungai di tepi jalan, cantik tu, tapi orang sini cakap dia dah banyak makan nyawa..)
Setelah berjalan lebih kurang 1 jam, sampailah kami disuatu simpang yang kecil yang menunjukkan tanda 'SK Tenanom 29Km'. MasyaAllah ingatkan dah dekat rupanya jauh lagi. dan apa yang paling mengejutkan bermula dari sini hinggalah ke 29 km berikutnya jalannya tidak berturap. jalan merah dab berbatu-batu siap naik turun bukit lagi beserta simpang siurnya. pening gak kepala dan kebas punggung ni nak sampaikan ke kampung tu.
(ni dia titik permulaan kekebasan bermula)
Sepanjang perjalanan dapat dilihat, keadaan rumah orang disini yang serba daif. seperti tidak dijangkakan tempat sebegini pun masih ada orang tinggal. kalau mereka lihat orang asli di semenajaung pun mesti diorang boleh ingat orang asli tu orang bandar. Boleh juga aku katakan, kalau kru 'Bersamamu' ni datang, mesti semua rumah dapat bantuan. Walaupun sepertinya mereka duduk di hutan dan tiada apa yang boleh mereka lakukan, ada sesuatu persoalan yang timbul dikepala aku. 'Sesungguhnya rezeki Allah dimana-mana dan dialah yang memberikan rezeki kepada kita'. Kalau kita ditempat mereka mungkin kita akan mati kering. Sesesungguhnya Allah maha besar.
Anjing di Sabah ni memang tidak boleh dinafikanlah kebanjirannya. ada dimana-mana sahaja. kalah kucing. tapi bezanya, anjing di sini takde yang kejar-kejar atau gigit-gigit orang. cuma bagi kita orang muslim, kenalah elakkan tersentuh kerana kena samak. sepanjang perjalanan juga kelihatan anjing bermain-main ditengah jalan, sepertinya jalan itu bapak mereka yang punya. terpaksalah kami yang menaiki kenderaan ini mengelak dari terlanggar anjing.
Di Kampung Tenanom
Kami tiba lebih kurang pukul 8 pagi. perkara pertama yang kami cari adalah..dimanakah jambatan gantung yang di hebah-hebahkan itu? rupanya, sekolah yang mana kami jadikan medical kem itu terletak diseberang. memang wajiblah kena lalu jambatan gantung. Fuhh..memang panjang, lebih kurang 100m. wah tidak seperti yang digambarkan. jambatannya sudah diperbaharui. tapi tetap tergantung. kiranya masih selamat. tetapi apabila melintasinya, kecut juga perut, jambatannya terhuyung hayang. Aku melintas tu siap bawa ubat satu kotak tu. kalau silap langkah, mahunya tercampak semua ubat-ubatan ke dalam sungai.
(ni kami tengah menempuh jambatan gantung yang menggayatkan, cuba tengok orang yang angkat gas tu)
(Aku dengan muka gagah angkat ubat tu, ni berpura-pura, dah sampai sebbenarnya)
(sungai dibawah jambatan ni..deras tak?? boleh buat water rafting tu?
Ada beberapa staf yang memang orang tempatan, dengan muka selamba bawak kotak ubat tu melintasi jambatan tu tanpa memegang atau memaut kat tepi jambatan tu. kagum aku. macam dah biasa. kalau dilihat disebelah tu ada jambatan lama. kalau guna jambatan lama tu, tentu aku tak lalu dah. tarik diri. tunggu kat kereta jer. memang menakutkan. siap ada lubang-lubang tu kat jambatan tu.
( Ni dia jambatan lama, ada siapa berani lalu?)
Sampai ke di sekolah yang serba daif itu, kami terus menyediakan kaunter farmasi disalah satu bilik darjah yang telah diberikan. sekolah tu ada satu bangunan sahaja. cikgunya ada beberapa orang. respect sama cikgu yang mengajar disekolah tu. murid ada 50 lebih. tiada line telefon, tiada bekalan elektrik. elektrik cuma menggunakan beberapa cell sahaja. jika habis cell tu berpanas dan bergelaplah mereka.
(ni lah sekolah itu, hanya satu bangunan sahaja)
Pesakit yang datang, dari balik bukit dan kebanyakkannya hanya jalan kaki dan mengambil masa beberapa minit hingga berjam-jam. kami pun membawa ubat-ubatan yang biasa-biasa sahaja untuk penyakit seperti, demam, batuk, gatal-gatal, kutu dll. tapi sebenarnya mereka berhak untuk mendapat kemudahan kesihatan yang lagi bagus kerana mereka juga manusia dan mereka juga rakyat Malaysia.
(ni kaunter farmasi yang kami buka di sekolah..muka-muka ceria dan kepanasan)
Kami pula disajikan dengan makanan yang kebanyakkannya ayam yang dipelbagaikan masak dan beberapa jenis sayur. ada juga nasi yang dimasak didalam daun yang merupakan cara tradisi orang disini. Sedapkah? Jawapannya: aku tak makan. Almaklumlah, orang disini belum tentu Islamnya. dan adakah itu betul-betul ayam? sembelih tak? semua tu aku ambil kira. aku cuma bawa roti dan beberapa orang staff yang muslim telah membawa makanan mereka sendiri. Aku apalagi, tolong makan je.
Perjalanan pulang
Perjalanan pulang kami terpaksa menempuhi semula 29km jalan tak rata tu. lepas je sampai dikawasan yang berturap, terus terasa sakit-sakit badan dan sebagainya. baru masa nilah penat sebenar terasa. tapi pulang bukan terus pulang. sempat lagi nak berjalan. kami singgah di kampung Luanti. Ada apa kat kampung ni? nak sambung medical camp lagikah? tidak- tidak. Di kampung nilah terletaknya sungai yang menyediakan spa ikan yang macam selalu kat supermarket tu. ikan yang gigit-gigit kaki tu.
(ni dia ikan-ikan yang sangap nak mengurut tu..)
Sapa yang ada sakit kulit boleh datang. Tapi yang ini lain, kita boleh celup kaki dan juga boleh celup SATU BADAN.wow. kalo terasa nak dimanja-manjakan oleh ikan tu celuplah sebadan. dan lagi menggelikannya ikan dia saiz macam ikan siakap tu. besar wo. menjerit-jerit orang yang mencelup badan tu sebab geli. aku celup apa? tak celup pun tengok jer. lain kali yer sebab dah penat. harga kalau tak silap aku lah rm2 kanak-kanak dan rm5 dewasa. Dan lepas tu aku terus balik kerumah. dah takda singgah-singgah lagi. sebab esoknya aku perlu balik semenanjung untuk menghadiri BTN di JB.penat tuh..~N~
NI video bukan aku yang buat..pasal spa ikan ni..
(Gambar ni semua buakan aku yang ambil..curi dari camera orang..terima kasih zai..=)
Subscribe to:
Posts (Atom)