Saturday, June 12, 2010

Keserabutan

Salam

dah lama tak post. Sebenarnya sekarang tengah agak serabut. Tak taulah kerja ni yang buat serabut atau aku yang menyerabutkan diri. Memandangkan tinggal lagi 2 bulan je lagi aku akan menamatkan PRP. makanya segala jenis requirement yang kerajaan minta untuk kami patuhi sepanjang bergelar PRP harus dihantar.

Sejak dari awal PRP, requirement merupakan perkara yang paling leceh sekali. semua aktiviti tersekat DEMI mencukupkan requirement. lebih-lebih lagi kesukaran meminta cuti, kerana jika cuti maka kononnya requirement tak akan cukup. Jujurnya, aku tak pernah MC and EL lagi sepanjang 10 bulan kerja. Cuti biase baru beberapa hari je. Time off dah >120jam. tak tau nak buat ape.

Sebenarnya aku rasa kebanyakkan PRP memang cukup segala requirement, cuma dari segi documentation yang menjadi masalah. manakan sempat ditengah kaunter OPD yang sibuk dan serabut tu, tiba-tiba kita nak mencatitkan segala kaunseling, medication error, no of screened prescription dll. bukan di kaunter tapi hampir semua department.

Bagi aku, requirement perkara kedua. yang penting kerja hakiki tu mesti dibuat. ada sesetengah orang, sibuk mengejar requirement tapi kerja tunggang langgang dan ada juga bila requirement dah cukup, dah tak perlu dah buat kerja. duk borak je dan buat "colleague round". Walaupun aku letakkan requirement di tempat kedua, tapi bila nk hantar ni menggelepor jugaklah nak mencari benda yang kita buat berbulan-bulan lepas untuk direkod balik. tulah siapa suruh suka tangguh-tangguh..ambil padah..haha

Setelah sebulan aku meninggalkan Hospital mencari ketengangan di KK dan enforcement. Akhirnya ketenangan yang di cari ditemui (chewah..). dan baru 2 hari aku datang balik hospital. dan 2 hari ni cukup banyak perkara berlaku yang membengangkan aku. arghh penatnya nak layan karenah manusia..

Ya Allah bagilah aku kekuatan..Aku dah isi borang penempatan walaupun banyak liku ditempuhi semasa nak isi borang tu..mudah-mudahan segala keputusan yang dibuat adalah yang terbaik..kita merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang..

(Dalam mood melayan lagu Maher Zain..superb!!)

1 comment:

muzamirmahat said...

hospital banting..amin2
kaya2..hehe