Wednesday, May 19, 2010
Kisah si Pipit
Salam
Ketika Nabi Ibrahim AS dibakar oleh Namrud, seekor burung pipit terbang ke sungai lalu memenuhkan paruhnya dengan air. Air itu diterbangkan dan dicurahkan ke atas api yang sedang membakar Nabi Ibrahim. Berulang kali si pipit mengulangi perbuatannya. Hinggalah ia ditanya, "Wahai pipit, mana mungkin beberapa titis air yang kamu bawa itu akan memadamkan api yang sedang membakar Ibrahim!"
Pipit menjawab, "Ya, aku tahu air itu tidak dapat memadamkan api yang sebegitu besar. Tetapi perbuatanku ini akan melepaskan aku daripada dipersoalkan diakhirat kelak."
Mari kita renungkan kisah pipit diatas..Wassalam ~N~
Saturday, May 15, 2010
Kini ku di KK
Salam
Seronok dan tenang. itulah yang aku rasa sekarang. setelah 3 hari berada di Klinik Kesihatan (KK) Peringgit. Aman dari dunia hospital. Walaupun agak penat kerana patient ramai juga tapi yang penting seronok buat kerja. Dan staf-staf dia agak ramah-ramah dan friendly. tak kira pangkat apa pun semuanya baik.
Di KK, farmasi hanya ada satu department iaitu outpatient. KK ni dibuka dari pukul 730 pagi sampai 930 malam. aku macam biasalah kerja office hour je. dari pagi sampai petang kerjanya dispense je. ubat yang digunakan pun agak 'biasa-biasa' je. kiranya dari pagi dispense ubat yang seakan-akan sama jer.
perkara yang aku tak berapa gemar di KK ni, adalah sesetengah Dr agak sambil lewa tentang management sesetengah penyakit. walaupun aku tak diagnose dan bukan clinical pharmacist tapi ubat-ubat yang diberikan kepada patient bagi aku tak bersesuaian setelah aku bertanyakan masalah pesakit. Antaranya:
1) patient hypertension diprescribed dgn captopril 6.25mg od (daily). walaupun ada ubat hypertension yang lain seperti atenolol n amlodipine tapi captopril tu short duration antihypertensive. walaupun 'chicken dose' tapi at least bagilah bd (twice daily) or tds (3x) dosing (more frequent).
2) patient bagitau dia batuk tapi ubat yang di berikan piriton (ubat selsema), Paraectamol (demam) dan bromhexine (cair kahak). peliknya kenapa tak bagi benadryl, or ammonium ipecac or paling busuk pun bagi linctus simplex yang sememangnya ubat batuk. aku suruh patient jumpa Dr balik untuk minta ubat batuk tapi malangnya dia cakap bromhexine dah cukup..? ape ni?
banyak lagi..tapi malas nk tulis..cuma bagi aku kepada sesiap yang nak kerja di KK especially Dr, tolonglah ingat yang anda masih bermain dengan nyawa orang. dan anggaplah setiap patient tu sebagai ahli keluarga sendiri. dan jangan ingat sudah berada di KK tak perlu nk update ilmu or baca buku lagi..insaflah..nanti nak kena jawab dengan Allah wei..walaupun tension dengan sesetgh patient tapi jangan terbawa-bawa kat patient yang lain. yang paling penting..AKU TAK NAK BALIK HOSPITAL..wahaahaa

Thursday, May 6, 2010
Emak Ingin Naik Haji
Salam..
Ini adalah tajuk cerita Indonesia. Daripada tajuknya pun dah macam sedih. aku tak pernah tengok lagi cerita ni. tapi masih menanti bila lah cerita ni nak masuk Malaysia.
Sebenarnya masa pergi KLIBF masa tu, aku ada terjumpa buku dengan tajuk yang sama. mungkin cerita ni diadaptasi dari buku tu. tapi malagnya harga buku yang agak nipis tu agak mahal menyebabkan aku tak jadi beli memandangkan dengan harga yang sama aku boleh dapat 2-3 buku lain. Jom layan trailer je...

Sunday, May 2, 2010
Le grand voyage
Salam
semalam tengah boring-boring tekanlah siaran 106 astro. astro oasis lah. tajuk cerita dia seperti tajuk entry ni. mula tengok cerita macam cerita lama. tiba-tiba dah tengok sikit terus layan sampai habis. pada pendapat aku cerita ni sangat menarik dan banyak pengajaran yang boleh diambil.
Cerita ni sebenarnya telah diterbitkan pada tahun 2004. mungkin orang lain dah pernah tengok dan dah muak. tapi aku baru je tengok. cerita yang sangat menarik. mempunyai banyak pengajaran. berkisahkan tentang hubungan seorang ayah dan anak. ayahnya seorang yang taat kepada agama Islam sedangkan anaknya seperti cenderung kepada budaya barat. Si ayah mengajak anaknya menunaikan haji tetapi ditolak. tetapi akhirnya bersetuju untuk membawa bapanya dengan menaiki kereta dari France ke Mekah.
Perjalanan lebih kurang 5000km merentas Italy, Slovenia, Serbia, Bulgaria, Turkey, Syria dan Jordan sebelum sampai ke Arab Saudi. Sepanjang perjalanan banyak dugaan yang ditempuh. Antaranya kereta mereka ditumpangi oleh wanita misteri yang ingin menumpang mereka. selain itu, mereka berada dikawasan salji yang teramat sejuk hingga menyebabkan bapanya di masukkan ke dalam hospital.
Semasa di Turki juga, mereka diselamatkan oleh seseorang semasa ingin melepasi Imigresen.Kemudian orang ini bercadang untuk mengikuti perjalanan mereka menunaikan haji. Tapi malangnya orang yang disangkakn baik ini telah menyebabkan wang mereka dicuri. sehingga menyebabkan perjalanan haji bapanya tergendala. mereka terpaksa mengikat perut untuk meneruskan perjalanan. tetapi disebabkan kebijaksanaan bapanya, bapanya masih lagi menyimpan wang ditempat yang lain (wang untuk perjalanan pulang). Dalam cerita ini juga, bapanya seorang yang mempunyai 'instinct' yang kuat terhadap setiap perkara yang berlaku. Bapanya seperti tidak menggemari lelaki yang mengekori mereka semasa di Turki ini yang mana bapanya langsung tidak melayan lelaki itu.
Adakah mereka berdua berjaya sampai ke Mekah? Dari manakah mereka dapat duit untuk meneruskan perjalanan? Apakah lagi dugaan yang mereka terima sepanjang perjalanan? Apakah yang akan terjadi kepada si anak ini nanti? Apakah 'ending' cerita ni? Kenelah tengok sendiri...nanti cerita semua jadi tak best pulak.. Sangat-sangat recommend untuk tengok cerita ni (chef recommendation).
Quote menarik dalam cerita ni (lebih kurang macam nilah bunyinya):
Apabila air laut yang masin naik kelangit ia akan menjadi tawar.cuba kita fikirkan apa kaitan ayat pertama dengan ayat kedua quote atas ni..
Kalau kita nak pergi haji lebih baik berjalan kaki, jika tidak boleh hendaklah menaiki kuda, jika tidak boleh menaiki kuda naiklah kereta, jika tidak dapat menaiki kereta naiklah kapal laut jika tadak dapat naik kapal laut naiklah kapal terbang...
antara perkara yang menjadi persoalan aku dalam cerita ini:
1) apakah motif perempuan misteri dalam cerita ni. sepertinya tiada motif...
2) Bapanya seorang yang soleh, tapi biar je anak dia tak sembahyang..
3) Cerita ni tiada ending..ending kena buat sendiri
Subscribe to:
Posts (Atom)