Tuesday, March 30, 2010

Hati, hati dan hati..

Salam..

Kenapalah hati ini kotor.
seringkali berprasangka buruk
seringkali sakit hati dengan orang.
Hati sentiasa terasa ada orang tidak menyukai.
sedangkan itu cuma bisikkan syaitan.

Kadang-kadang cuma salah sangka
Lebih mengecewakan jika sesama muslim
padahal mungkin hanya dengan riak muka
atau memang sifat semulajadi orang itu
itupun cukup membuat hati terasa.

Kenapakah hati ini sering riak dan takbur
Sering sombong dengan sesuatu bukan miliknya
tidak cium bau syurga bahkan azab menanti tiba
Ingatlah nikmat Allah di dunia ini hanya sementara
jangan sampai ia ditarik baru menyesal tak sudah

Ya Allah! sesungguhnya Engkau mengetahui
perkataan yang sering terucap dibibir ini
tidak menggambarkan apa yang sebenarnya di hati.
Jika perkataan yang terkeluar itu mampu mengguris hati
percayalah, hati ini tidak pernah sejahat si lidah
yang sememangnya lagi tajam dari pedang.

Ya Allah aku menyayangi saudara seagamaku,
jangan disebabkan hati ini
kami akan memakan daging sesama kami,
tidak mencium bau syurgaMu serta diseksa di nerakaMu.
Sesungguhnya kami minta perlindunganMu
daripada hembusan nafas neraka jahannam

Sesungguhnya ya Allah aku perlukan nurMu
bagi menyuluh kembali hati yang gelap ini.
Kau lembutkanlah lidah ni
bagi menuturkan zikir-zikir yang ikhlas
agar hati yang gelap ini bersih kembali.
Jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur

Ya Allah sesungguhnya aku lemah dan hina disisiMu,
tapi hamba yang lemah ini memohon
janganlah sesekali Engkau mengabaikan
walau sesaat pun diri hambaMu ini

Nor Hazwan Ali
1/4/10

Sunday, March 21, 2010

Ke KLIBF

salam..

Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) merupakan pesta buku tahunan yang hampir tidak pernah aku ketinggalan. tahun ni bermula dari 19-mac hingga 28 Mac 2010. So, tahun ni aku berjaya menjejakkan kaki aku 2 kali ke KLIBF ni. masa hari pertama dan hari kedua pesta ni berlangsung. terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menemankan aku ke sana..

Apa yang pasti, matlamat utama datang ke sini mencari buku yang sukar untuk ditemui dan mengharapkan harga yang berbaloi. tapi biasalah perkara yang paling tidak digemari pergi ke pesta-pesta seperti ini adalah kesesakan. tak kesahlah kesesakan jalan raya mahupun kesesakan orang ramai. Tapi pesta buku ni memang sesak. kepada sesiapa yang berhajat nak pergi, silalah cari masa yang sesuai bagi mengelakkan kesesakan dan dicadangkan agar menggunakan pengangkutan awam.

Antara buku yang berjaya digarap adalah:


1) Uthman bin Affan dan Bilal bin Rabah, Abdul Latip Talip
Buku penulisan Pak Latip ni memang menjadi matlamat sebelum ke pesta buku lagi. selepas membaca buku tulisannya Khalid bin Al Walid, aku terus terpikat dengan penulisan novel beliau. KLIBF 09 aku telah beli Abu Bakar AsSiddiq dan Umar AlKhattab. Makanya ni adalah buku yang ke4 dan ke5 tulisannya yang aku akan baca. tapi apa yang mengagumkan aku, Pak Latip ni kelajuan dia menghasilkan novel mengalahkan sang pembaca seperti aku.


2) Moga Bunda Disayang Allah, Tere Liye
Selepas membaca novel remaja 'Hafalan Solat Delisa' karangan penulis yang sama, aku terus terpikat dengan tulisan beliau. Tere Liye merupakan seorang penulis Indonesia. Aku ni bukanlah peminat novel tapi jika novel itu tidak berunsur cinta maka aku ada perasaan jugalah nak baca. berdasarkan tajuk aku menjangkakan novel ini tidak berunsur cinta melainkan kepada bondanya. harap-haraplah..sebab belum baca lagi. tunggu ulasannya kemudian bila dah habis baca nanti.

Syabas kepada PTS publication yang mampu menawarkan diskaun hingga 30% (tunjuk kad matrik), 25% untuk yang membawa kupon (sila print kupon DI SINI) dan 15 % untuk sesiapa sahaja.


3) Syeikh Ahmad Yassin bapa intifadah Palestin, Ustaz Maszlee Malik
buku ni agak lama dah keluar dipasaran cuma aku je tiada kesempatan untuk beli dan baca. Sheikh Ahmad Yasin adalah seorang tokoh yang perlu dicontohi semangat juangnya dalam mempertahankan Palestin. So, dengan tu harap-harap banyaklah pengajaran dapat. harga Rm5.10 di booth Krangkraf



4) Muhammad SAW Putera Lembah Bakkah, Zuraimi Ismail
sebenarnya aku memang nak cari buku sejarah Nabi Muhammad dan memandangkan buku ni telah dijual dengan 50% diskaun di booth galeri ilmu, makanya ape yang ditunggu lagi. sambar jelah. buku yang tak berapa tebal dan harap-harap cara penceritaannya menarik.


5) Bertemu Janji Allah, Nik Abdul Aziz Nik Mat
Buku karangan Tok guru. ni adalah buku pertama yang aku baca antara semua buku yang aku beli.baru baca beberapa bab. buku yang menerangkan tentang kehidupan selepas dunia.dan ada juga menerangkan maksud nama-nama hari akhirat yang berlainan. agak menarik. cuma sewaktu pesta buku kali ni ada terperasan yang buku ni sudah ada episod kedua. makanya akan diusahakan untuk menghabiskan dan mencari episod ke2.



6) Denyut Kasih Medik, Dr Farhan Hadi
ini merupakan buku pertama aku rasa bagi penulis ni. buku yang menceritakan tentang kehidupan seorang doktor dalam usaha menyampaikan dakwah. berminat nak beli buku ni kerana mungkin ada kaitan dengan kehidupan sekarang (kalau tak banyak sikit pun jadilah)


7)Doa Zikir Harian, Ustaz Zahzan Mohamed
buku yang mengandungi doa-doa yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian. sebenarnya pernah beli buku kecil ni sebelum ni, cuma yang mula-mula tu dah bagi orang. lepas tu tak ganti-ganti untuk diri sendiri. tu bila terjumpa ni terus beli.


8) CD Keagungan Zikrullah, Ustaz Dzulkarnain
last but not least, ni yang paling best. Zikir yang dialunkan oleh Ustaz Dzulkarnain. yang selalu dengar dekat Astro Oasis dan dalam radio IKIM. sesuai untuk didengari didalam kereta mahupun dirumah. mudah-mudahan dengan cd seperti ini, dapat meningkatkan kekerapan kita berzikir. InsyaAllah..

Apa yang menyedihkan, semasa datang ke Pesta buku kali ni, gaji belummasuk. makanya tak dapat lah nak borong buku yang mahal-mahal.terpaksa berjimat cermat sikit. last gaji 8 Feb lepas tu. hampir 2 bulan tu.

semasa berada di pesta buku ni, terdapat beberapa perkara yang mengecewakan. Antaranya, diskaun yang ditawarkan oleh penerbit adalah lebih sedikit ataupun sama dengan harga gerai-gerai yang lain. Selain tu, syarikat ling*****ne yang annoying sentiasa tidak senang melihat orang lalu lalang berdekatan dengan booth mereka. Awas! setiap dewan pameran terdapatnya booth ling*****ne . pastikan anda melihat dulu nama booth sebelum menjawab sapaan mereka..tapi bagi yang berminat sila duduk dan dengar tentang produk mereka.Wassalam.

*sorry kalau gambar tak clear, kerana menggunakan camera hp yg xsampai 1MP..huhu

Saturday, March 13, 2010

KLIBF datang lagi!!


Salam

KLIBF 10 atau Kuala Lumpur International Book Fest 2010 akan berlangsung lagi pada 19-28 Mac 2010 bertempat di PWTC. Inilah saat yang ditunggu-tunggukan aku. Pesta buku gilang gemilang yang biasanya diadakan setahun sekali sudah beberapa tahun ni aku tak pernah tinggal. dah jadi macam acara tradisi.

InsyaAllah, minggu depan aku akan pergi menerjah PWTC. Aku dah atur aku punya jadual kerja bagi membolehkan aku pergi ke sini. Khamis malam aku akan buat A&E dan secara automatiknya aku akan bercuti pada hari jumaat. huhu..tapi rasanya pergi hari sabtu kot..(kan best kalau gaji masuk minggu ni..aku merinduimu gaji!!)

Sebelum ni aku datang sebagai pelajar dan kali ni datang sebagai orang yang bekerja. tahun tahun sblm ni KLIBF sering diadakan pada waktu study week yang sememangnya busy. tapi aku gagahkan juga untuk pergi. tahun ni dah tiada lagi istilah study week lagi..huhu..sebelum ni pergi naik komuter je..adakah tahun ni akan pergi naik krete terchenta?? owh masih tertanya-tanya..aku ni walaupun dibesarkan di Selangor tapi jalan area KL ni mmg fail..nak sesak-sesak dalam komuter atau sesak dalam trafic jam? owh dua-dua tak sanggup..macam mana ni..?

Sekarang sedang mencari teman yang nak temankan aku pergi sana. kalau tiada kawan pun aku redah je pergi seorang macam tahun-tahun sebelum ni. ada siapa nak ikut?? tapi sebelum ni aku pergi weekdays bagi mengelakkan kesesakan (sesak juga). tapi malangnya oleh sebab kerja, aku terpaksa pergi weekend tahun ni..terpaksalah meningkatkan stamina emosi dan fizikal.

Buku apa nak beli?? sekarang dalam tempoh mencari tajuk-tajuk buku yang menarik untuk dibeli. dan yang paling pasti, buku Abdul Latip Talib mesti aku beli..huhu..history lover aku ni..sesiapa ada cadangan buku-buku yang best, jangan lupa bgtau aku k..wassalam