Tuesday, April 28, 2009

3 in 1

Salam..

Alhamdulillah 1 paper dah habis..maka tinggal 2 paper lagi untuk aku menamatkan pengajian dan menamatkan degree aku InsyaAllah..

2 papers yang menyeramkan yang belum diambil:
1. Clinical Pharmacy II - 3 Mei 09
2. Pharmacy Practice IV - 7 Mei 09

Doakan kami dimudahkan jawab exam dan lulus dengan jayanya..Amiin.

--------------------------------------------------------------------

Pagi tadi (28 April 09) dalam pukul 730, aku dapat panggilan dari family aku..tapi tak jawab..Almaklumlah handphone silent 24jam..(dah 2 tahun aku tak on ringtone..).
Biasanya family aku jarang call pagi-pagi ni..mesti ada benda penting. So, aku pun call balik dan aku dikejutkan dengan pemergian jiran sebelah rumah aku kat Banting..yang telah kembali kerahmatullah malam tadi, di Tanah Suci Mekah kerana sedang melakukan umrah..Innalillah wainna ilaihirajiuun..

Sama-sama kita sedekahkan Al fatihah kepada Cikgu Mohd Nor (tak ingat nama penuh)..

--------------------------------------------------------------------

Aku telah menambah koleksi buku aku yang dibeli di KLIBF09. Adakah aku pergi buat kali kedua?? jawapannya tidak. Aku hanya memesan kepada Balkis yang pergi pada hari terakhir KLIBF iaitu selepas exam..Terima kasih tak terhingga kepada Balkis dan kawan-kawan..mudah-mudahan korang dimurahkan rezeki..Amiin. Dikatakan pada hari terakhir, buku-buku dijual dengan harga yang lebih murah. Rugi tak pergi. Antara buku yang aku pesan dan menyesal tak beli waktu datang sebelum tu ialah:

1. Bidadari Dari Timur - Tuan Hjh Sabariah & Ili Sarah
2. Catatan Hati Nik Nur Madihah - Nik Nur Madihah & Ummu Hani Abu Hasan
3. Nota hati Seorang Lelaki - Ust Pahrol Mohd Juoi

Buat pengetahuan semua aku dah khatamkan buku Bidadari dari Timur dan Catatan Hati Nik Nur Madihah..kesimpulannye: dua-dua buku ni best!!

Sunday, April 19, 2009

Setengah Hari di Pesta Buku ~ KLIBF2009

Salam..

Setelah setahun menunggu..akhirnya hari yang dinanti-nantikan tiba. Ape lagi kalau bukan 'Kuala Lumpur International Book Fair 2009' atau Pesta buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009. Pesta buku ni berlangsung dari 17 April hingga 26 Mei 2009 di PWTC. Aku terpaksa pergi hari Ahad (hari yang maha sesak yang biasanya akan aku cuba elakkan) setelah memikirkan sedalam-dalamnya selama beberapa hari. Aku memang tak suka berhimpit-himpit, langgar-langar bahu, tersiku, tersentuh, terpijak dan yang paling tak suka terputus selipar (nasib baik tak-pakai selipar mahal).

kali ni aku pergi bukan sorang tapi dengan housemate aku- zahran & rahmat (thanks a lot). Diorang ni nak ikut sebab dia kata kesian kat aku sebab tahun lepas aku pegi ala-ala 'lone ranger' (best sebenarnya pegi sorang senang nak pilih, pegi cepat balik cepat, penat sorang2). Tapi korang ikut best gak boleh gelak2 dan aku tak sipu2 malu (malu ker..??). Nasib baik tak banyak songeh, kalau tak...lagi pun ade diorang ni memudahkan kerja aku sebab ade coursemate tempah buku (kila,manar, mahirah)..korang patut thanks to rahmat n zahran sabab kalau aku sorang tak tentu lagi aku beli.. :P

aku berjaya menggapai (betul ke ayat aku) atau membeli 8 buah buku mengikut bajet yang telah dirancang (overbajet jugak sebenarnya). antara buku yang telah dibeli:

1. Aku Terima Nikahnya- Ust Hasrizal Abd Jamil @ saifulislam.com(buku ni dah ada waktu KLIBF 2008 tp tak beli nasib baik sebab tahun ni lg murah)
2. Bercinta sampai ke Syurga -Ust Hasrizal Abd Jamil @ saifulislam.com
3. Rindu Bau Pohon Tin - Ust Hasrizal Abd Jamil @ saifulislam.com (tiga2 buku ni RM50 jimat ~RM15)
4. Gaza Menangis - Aris HAzlan Ismail & Riduan Mohamad Nor
5. Memoir Jihad Anak Melayu di Afghanistan - Zainon Ismail
6. Umar Al-Khattab - Abdul Latip Talip
7. Ketika Cinta Berbuah Syurga - HAbiburrahman El Shirazy
8. 300 hadis bimbingan ke arah Mencari Redha Allah - Zahazan Mohamed & Ahmad Hasan Mohd. Nazam

Semua buku ni terpaksa disimpan jauh dari pandangan mata kerana 'Final exam just around the corner'. Dan 8 buah buku yang aku beli hari ni telah menjadikan jumlah 15 buku yang masih 'pending' tidak dibaca lagi. Insyallah cuti sem (ko mane ade cuti sem lagi hazwan..) atau cuti menunggu untuk di'post'ing akan aku gunakan membaca semaksimum mungkin (chiyok!!)..

Ape yang menarik pergi KLIBF ni hari ni kerana aku telah jumpa beberapa orang 'famous' kat Malaysia ni. Antaranya:
1. Tuan Guru NIk Aziz - sangat ramai mengerumuni tok guru kesian aku tengok dia. banyak bodyguard and terpaksa dipapah kot (kalo tak silap pandang) penat agaknya n maybe protection kot. Orang ramai semua nak tengok dia sampai Inteam disebelah pun org macam tak perasan.
2. Inteam - ahli group semua cukup
3. Suhaimi ex-Inteam - Ina Naim dan anak tak ikut
4. Ust Nik Azizan (mari bertarannum)- berdiri kat sebelah tapi dah pergi jauh baru perasan (sedih tak dapat ambil gambar)
5. Prof Kamil Ibrahim - penulis buku best seller "Travelog Haji"..nampak dari jauh jer.(sedang menunggu CD ceramahnye yang akan dipost)




So, masih ada lagi 7 hari untuk mereka yang belum datang ke pesta buku untuk memborong buku-buku dengan harga yang meletup..dan kepada mereka yang dah pergi ada masih ada masa lagi untuk pergi lagi sekali untuk menghabiskan duit-duit korang. Tapi takpe, habiskan duit untuk buku itu bukan pembaziran tapi pelaburan yang amat besar. kepada yang masih belum mencintai buku..silalah cintai buku.

Kesimpulan:
1. Orang Malaysia dah ramai yang ulat buku- buktinya KLIBF 2009 sangat sesak
2. KLIBF tempat mencari buku-buku yang susah nak jumpa
3. KLIBF tempat memborong buku dengan harga yang murah
4. Jangan menyesal habis duit dengan beli buku
5. Bacalah buku bila bosan atau takde benda nak buat..tak rugi pun

Dah lah..aku nak gi pulun study untuk final exam aku yang terakhir sebagai seorang mahasiswa..Doakan aku dan kawan-kawan Degree in Pharmacy Uitm 2005-2009 boleh jawab untuk ketiga-tiga paper final dengan jayanya..Aminn..

Wednesday, April 8, 2009

Travelog haji


salam..



dah abis baca buku ni..tapi tak sempat nk komen..nntilah ye..