Saturday, June 8, 2013

Surat Thani - Krabi - Phuket Trip - Part 2

Salam

Bersambung kita daripada part 1

Masa tiba di Krabi night market waktu tu belum malam lagi dan pasar tu baru nak buka. Kami pun dengan gigih menggendong backpack masuk dalam pasar tu. Malu memang malu sebab beg besar asyik sangkut dan langgar orang, tapi abaikan sebab bukan kenal semua orang dekat situ. Disebabkan perjalanan kami bermula dari pagi dan makanan terakhir yang kami makan adalah sewaktu dalam flight tadi. Itu pun aku amik makanan yang macam kebab tu. Perut tu semamengnyalah dah berqasidah. Jadinya teruslah meluru ke arah makanan. Cenderahati ke, apa bagai barang lain semua dah tak nampak dah.

Syukur Alhamdulillah sebab dalam night market ni banyak juga orang muslim yang jual. Macam mana nak tau makanan tu halal ke tak? Senang je, biasanya gerai orang muslim ada tulisan 'halal' dekat papan tanda dia atau nampak peniaga perempuan dia pakai tudung, InsyaAllahlah halal. Banyak makanan menarik sebenarnya, walaupun lapar, nafsu tetap kena kawal sebab matlamat kami nak makan di restoran masa di Aonang nanti. Kami beli 'ais blended', keropok lekor (ingat kat Terengganu je ke ada) dan ayam goreng. Sumpah semuanya sedap. Keropok lekor dia pun sedap sangat mungkin sebab sos Thai tu yang buat sedap. Wah..first impression dah baik!

Sekarang kami nak pergi ke pantai Ao Nang. Masa sampai tadi satu songtheaw pun tak nampak. Bila keluar pasar tu baru nak gelabah cari songtheaw nak ke Ao Nang. Songtheaw ke Ao Nang adalah bewarna PUTIH. Ada je dekat depan pintu masuk pasar tu. Kalau tak nampak, tunggu je depan tu, mungkin belum sampai. Waktu tu ada satu songtheaw dah diisi beberapa orang Mat Salleh. Muat je nak masuk sebenarnya, tapi sombong tak nak naik konon-kononya tak nak sempit-sempit. Kasi jalan dulu yang ni. Lepas setengah jam baru songtheaw yang baru sampai. Bila cakap nama hotel haram jadah driver tu tak paham. Terpaksalah aku menggunakan kehebatan berbahasa aku dengan bercakap bahasa Thai dengan driver tu. Aku cakap je:
'you sai mur, song roi met gorn tung brysanee'
Terus driver tu faham dekat mana. Cuma driver tu tak berapa cam hotel tu dekat mana tapi area mana dia tau. Pada masa sama kami pun pinjam peta dia tunjuk kawasan hotel tu berdasarkan hasil telaah peta sebelum kami datang. Nak tau apa maksud perkataan di atas? maksudnya: On the left hand side, 200 metres before the post office. Mana datangnya keistimewaan aku cakap siam ni? Sebenarnya aku memang ada darah kacuk Siam belah mak aku. Praktis cakap siam bila jumpa sepupu-sepupu je. Cuma kadang-kadang berlatih juga cakap Siam dekat rumah dengan adik-beradik. Ok semua tipu. haha.

Sebenarnya, waktu kami booking hotel di booking.com tu, dalam email booking tu ada tulis perkataan tu suruh kami cakap dekat driver. Walaupun bila aku cakap tu bunyi jawa siam, tapi driver tu tetap paham. Harga tiket naik songthew ke Ao Nang adalah THB50 = RM5 sorang. Tapi kami dipaksa bayar THB60. Mana aci. Rupanya, harga songtheaw ni selepas pukul 5 naik lagi THB10. Bayar jelah. Selain dari kami, ada sepasang Mat Salleh dan waktu tengah jalan tu ada lagi 2 orang minah Thai naik. Kalau tengok gaya pakaian dia memang macam orang Thai yang kurang berkemampuan. Minah Salleh yang perempuan tu tengok je dengan mata sayup ala-ala simpati dekat minah tu. Aku pun pandang je Minah Salleh dan minah Thai tu. Tiba-tiba minah Thai tu keluar iPad, terus minah salleh tu tegak badan dengan muka terkejut sambil siku-siku suami dia suruh tengok. Haa terkejut, baru kau tau, jangan pandang orang dari luar. Aku nak beli iPad pun tak mampu.

Perjalanan ke Aonang dari pekan Krabi tu ambil masa dalam 30 minit. Perjalanan tu pun agak menarik dengan pemandangan bukit batu kapur yang cantik dan jalan di Krabi ni agak tiada lubang dan tampal-tampal macam dekat Malaysia ni. Dalam perjalanan tu banyak juga perkampungan muslim kami lalu sebab ada beberapa buah masjid tersergam indah. Jadi bila sampai kawasan pantai Ao Nang tu kami mula alert sebab takut hotel terlajak. Sorang tengok kanan sorang lagi tengok kiri. Sekali tiba-tiba Mat Salleh tu ketuk-ketuk besi tepi sontheaw tu kuat-kuat cakap 'stop''stop'. Owh rupanya diorang dah sampai hotel. Lepas tu jalan depan sikit, ternampak pula signboard hotel kami. Kami pun ketuk besi tepi tu kuat-kuat cakap 'stop''stop' macam mat salleh tadi. Sekali Minah Thai tu tunjuk syiling songtheaw tu. Aku ingatkan apalah, rupanya ada loceng kat syiling tu. Macam dalam bas tu. Haha, yakin je ketuk. Kalo 10 orang penumpang sengal macam mat salleh dan kami confirm kemek songtheaw tu.


Antara view sewaktu perjalanan

Di Krabi, kami tinggal di hotel seperti alamat di bawah dan rate dia agak murahlah sebab dalam RM70 je. Tapi dalam hotel agak complete. Ada wifi, tv, aircond, fridge, waterheater dan kemudahan hotel lain. Cuma tiada lif je. Pemilik dia orang putih, jadinya tak perlulah segan nak email dalam english. Kedudukan dia agak stategik sebab tak jauh daripada pantai tapi pancit jugalah kalau jalan kaki. Tapi jalan kaki lalu depan kedailah. Yang bagusnya kawasan ni banyak kaum muslim jadinya banyak restoran halal. Tengok review kat tripadvisor ni:

Ao Nang VIP Hotel
470/1 Moo 2, Ao Nang
Krabi
Krabi Ao Nang
Thailand

p. 00 66 87 592 4511
f. 00442031375853


Selepas tu, terus masuk bilik rehat kejap,mandi-mandi dan kemudian plan nak turun semula untuk cari pakej untuk rancangan esok pagi. Memandangkan waktu daftar tadi, hotel tu ada bagi pamphlet tentang harga pakej yang hotel tawarkan. Setelah mentelaah dalam bilik tadi, kami rasa harga dia agak berbaloi berdasarkan pembacaan dalam blog. Kami bercadang untuk ke island hoping 4 island esok. Suruhlah reception tu tolong bookingkan. Bila siap booking, sekali dia cakap naik ikut longtail boat dan tak banyak seat yang tinggal. Alamak, kami nak naik speed boat. Suruh dia telefon dan tukar semula. Dia cakap speedboat punya tiket semua dah habis. Pasrah je, suruh call balik cakap setuju je naik longtail boat. Sekali telefon lagi, longtail boat pun dah habis. Menangis tak berlagu.

Plan B?? apa plan B ni? tanya reception tu, dia bagi cadangan pergi Railay beach sebab tiket dia walk in pun boleh beli. Baca internet kejap, cakap Railay beach ni pun cantik dan antara tempat yang tak boleh ketinggalan bila datang Krabi. Oklah setuju, lagi pun Railay ni dekat je dan murah. Jadinya kami hanya ke sana setengah hari dan belah petang boleh merayap. So tiadalah booking apa-apa. Kemudian kami terus mencari kedai makan. jalan kaki je. Nampak kedai muslim terus singgah sebab dah tak tahan lapar. Menu ada bahasa Thai dan English. Jadinya pilihlah makanan spesial Thai. Antara menu Thai yang famous green curry, tomyum, som tam, padthai dll. Makanan kat Thai memang super delicious. Pergi je kedai mana-mana mesti sedap. Meleleh dah air ni bila nak cerita pasal makanan Thai ni. Tapi, makanan dia agak mahal lah. Kalau hari-hari makan kedai, gaji 5k pun boleh bankrup.

Antara menu kedai kampung yang kami makan malam tu

Daripada menu menjadi realiti..nah sedap

Dalam keadaan mengah kekenyangan, kami gigihkan juga berjalan nak sampai tepi pantai, jauh juga.  Lalu depan kedai-kedai sebab matlamat utama nak cari selipar. Lalulah kedai-kedai makan yang halal dan tak halal. ada liveband, ada pertunjukan api, dan ada juga orang panggil untuk massage. Jalan punya jalan, tiba-ti sampai depan Mc Donald. Terus keluar nafsu buas. Sebab melalui pembacaan, depan McD ni ada pancake yang sedap yang wajib rasa. Sekali ramai lah pulak orang beratur. Kecewa. Matlamat tidak tercapai. Esok mesti cari. Tapi sempat juga bantai iceblended walaupun kenyang tahap gaban. Kemudian misi mencari selipar tercapai dan terpaksalah menapak balik hotel dalam keadaan tak larat, mengah, penat dan kalori terbakar (3% je terbakar daripada kalori intake..haha).
Fruit shake @ ice blended

Ikuti kisah selanjutnya tentang Railay Beach dan apa yang kami buat pada hari kedua..

Bersambung...