Saturday, May 11, 2013

Surat Thani - Krabi - Phuket Trip - Part 1

Salam

Semoga semua sihat dan dalam rahmat Allah. Kali ini aku nak cerita trip aku ke Thailand pula. Cerita ni dah lama, aku pergi hujung bulan Februari. Pada awal perancangan nak cover pantai-pantai terkenal sekitar Thailand ni. Rancangan awal nak pergi Koh Samui, Krabi, Phi-phi Island & Phuket. Tapi malangnya cuma ada 5 hari 4 malam sahaja. Memang boleh tercapai rancangan tu tapi akan terkejar-kejar. Jadinya terpaksa korbankan Koh Samui dan pergi Krabi dan Phuket sahaja. Tapi tiket kapal terbang yang dah beli adalah pergi dari Kuala Lumpur-Surat Thani dan balik dari Phuket-Kuala Lumpur. Nak tak nak terpaksalah turun Surat Thani ni dulu.

Perjalanan kali ni agak pelik juga sebab nak pergi Krabi tetapi turun di Surat Thani. Memang agak susah juga nak dapatkan info tentang perjalanan dari Surat Thani ke Krabi. Tetapi akhirnya kami berjaya juga menempuhi dan tiba di Krabi pada hari yang sama.
     

 Setelah mendarat di Surat Thani Airport, kami menempuhi imegresen yang super duper lembap. Aku rasa ada dalam 1 jam juga untuk kami melepasi imegresen Thailand ni. Surat Thani ni merupakan tempat untuk pelancong ke Koh Samui dan beberapa pulau sekitarnya. (koh = pulau). Jadinya kebanyakan penumpang yang tiba akan terus beli tiket bas dan bot ke Surat Thani. Tetapi kami nak ke Krabi. Cara untuk mendapatkan bas ke Krabi, kita hendaklah ke bandar Surat Thani dahulu.

Airport Surat Thani

Sejurus keluar dari imegresen, akan ada kaunter bas iaitu "Phantip travel" di sebelah kiri. Kebanyakan orang akan terus meluru ke situ sebab tiket ke Koh Samui pun di jual disitu. The one and only. Kemudian, beritahu dengan penjual tiket tu yang kita nak ke  'Talaat Kaset' dengan intonasi Thailand yang sebaik boleh korang buat. Jangan sesekali cakap korang nak pergi Surat Thani Bus Station, sebab haram jadah diorang tak faham. Tiket untuk ke Talaat Kaset adalah THB100 = RM10. Perjalanan ke bandar agak lama juga dalam 45 minit. Talaat kaset ni merupakan stesen terakhir bas ni bawa. Jadinya bagitau siap-siap dengan driver bas tu.

Disebabkan tinggal kami je yang nak turun di Talaat Kaset, bas ni pun hantar kami ke tempat van-van yang ada travel agency. Sebab melalui pembacaan aku, memang ada bas terus ke Krabi ni dengan harga yang murah. Travel agency ni seperti biasalah akan meletakkan harga yang tinggi dan kita boleh tawar menawar.  Jalan ke dalam sikit dari kawasan ni akan ada stesen bas. Tapi kebanyakkan bas ni ke Phuket dan kawasan lain Thailand, tiada yang ke Krabi.

Bas ke Krabi ni terletak di belakang stesen bas tu dan di hadapan sekali lorong tu. Boleh tanya orang sekitar. Dalam internet kata itu merupakan bas kerajaan. Bus krabi ni agak terasing sikit, satu je yang tak parking di stesen bas. Bas Krabi ni spesial sebab warna dia BIRU dan kalau tak silap ada setiap jam. Kebanyakan orang di Surat Thani ni pun tidak sedar keberadaan bas ke Krabi ni di situ. Tiket bas boleh dibeli dengan kondaktor bas dalam bas tersebut. Berdekatan dengan bas tu juga akan ada 'ulat' yang menjual tiket konon-kononnya tiket kena beli dekat kedai dia sahaja. Jangan tertipu..! mahal tiket yang di'offer'. Tiket untuk ke Krabi adalah THB150

Perjalanan ke Krabi dari Surat Thani mengambil masa 3 jam. Bagi aku agak lama jugalah tapi sepanjang perjanan kita boleh lihat kehidupan rakyat Thailand yang saling tak tumpah macam rakyat Malaysia. Dah katanya jiran cuma beza bahasa jer. Di Thailand juga sebenarnya banyak kawasan muslim. Di Surat Thani pun aku boleh jumpa orang pakai tudung dan papan tanda masjid.

Bas ni tidak berhenti di kawasan Krabi Town. Dia akan berhenti di satu kawasan tempat bas yang agak terpencil juga. Dekat kawasan ni hanya ada satu je syarikat yang menawarkan khidmat ke Krabi town atau pantai-pantai sekitar Krabi. Disebabkan kami bercadang untuk ke Night Market di  Krabi town dulu sebelum balik ke hotel yang terletak di Pantai Ao Nang. Syarikat ni menawarkan harga THB50 ke bandar dengan menaiki Songtheaw 'kenderaan rasmi' Thailand. Boleh tahan mahal walaupun tak jauh. Nak pergi ke Krabi Town ni kena spesific dengan orang tu, jangan cakap nak pergi town sebab nanti dia berhentikan dekat lorong-lorng gelap. Habislah.

Songtheaw. Di Thailand, warna Songtheaw berlainan mengikut destinasi yang hendak ditujui.

Disebabkan waktu tu hujung minggu, jadinya ada night market dan pada masa yang sama tempat nak ambil Songtheaw ke Aonang tu dekat je dengan Night Market tu. Secara spesifiknya, cakap nak turun di Maharad Rd. depan Vogue Shopping centre. Sebelah shopping centre inilah terdapatnya night market..Sangat menarik Night Market ni walaupun tak sebesar mana pun..Apa yang ada di Night Market ni?

Kawasan yang ditandakan merah tu merupakan kawasan Night Market dan tempat nak ambil Songtheaw ke Aonang beach

Bersambung...

p/s: kalau korang boleh tawar-menawar hingga THB200+ untuk ke Krabi dengan menggunakan van travel agent ke Krabi, bagus lagi naik van.