Lama dah tak update blog (ayat sama setiap kali buat entry baru). Kali ini nak berkongsi tentang kecantikkan ciptaan Allah di bumi Semporna Sabah. Setelah menjejakkan kaki di Semporna ini, maka dengan ini aku ingin mengishtiharkan 'AKU DAH HABIS KHATAM SATU SABAH' yahoo..
Tunggu bas dari Ranau hari Jumaat dari pukul 345 dan bas sampai pukul 430 petang. Banyak tu buang masa. Naik terus sampai 'check point' sebab kawan tunggu dekat situ. Rehat dulu di Kinabatangan semalam. Bertolak ke Semporna dari Kinabatangan pada hari Sabtu tengah hari lebih kurang 3 jam perjalanan. Sampai-sampai di Semporna dah lewat petang. Kami tinggal di hotel City Inn di bandar Semporna. 4 katil satu bilik lebih kurang RM80 je. Murah kan? kami sumbat je 5 orang. lagi jimat almaklumlah gaji belum masuk. Lagipun nak tidur je bukan nak 'honeymoon'.
Malam tu kami makan di Restoran Tampi-Tampi. Nak sampai ke sini punyalah susah. Banyak kali jugalah sesat. Tiada sebarang papan tanda walaupun menjadi tempat tumpuan ramai. Difahamkan, dekat sinilah juga tempat berlakon Maya Karin yang jadi duyung tu. Tempat yang cantik walaupun malam tu gelap. Mungkin kalau datang siang mesti lagi cantik. Makanan dia boleh tahan jugalah. Kami makan seafood dan lebih kurang RM30 juga lah sekepala kena bayar. Takkan datang jauh-jauh makan nasi goreng ayam pulakan.
Pemandangan di restoran Tampi-tampi. Malam-malam pun boleh nampak kejernihan air.
Antara seafood yang ditawarkan. Semua tu hidup-hidup lagi ba..
Awal pukul 7 pagi keesokan harinya kami telah ditunggu oleh bot yang kami sewa khas. Kami semua berlapan. Kami guna bot kampung je sebab nak jimat . Kalau guna bot komersial tu, dijamin boleh sampai ribuan ringgit. Yang kami dapat cuma RM400 untuk 3 pulau termasuklah permit untuk masuk ke pulau-pulau tu. Kena ada permit nak masuk pulau-pulau ni, bukan suka-suki je datang. Tips nak cari bot kampung macam kami ni, pertama sekali kena tanya pakai enjin bot brapa kelajuan. Lagi banyak nombor lagi laju. Dinasihatkan ambillah yang kelajuannya lebih daripada 100. Kalau tak, tertidur-tidurlah kat dalam bot.
Pulau manakah yang kami pergi?? Mabul? Mataking? Sipadan? Semuanya salah. Pulau yang kami pergi adalah Pulau Boheydulong, Pulau Matabuan dan Pulau Sibuan. Kenapa nak pergi pulau ni? sebab aku bukan penganjur, jadinya ikut saja. Lagi pun pulau-pulau ni tidak ramai penghuni dan masih lagi tidak tercemar. Kalau tak berminat nak tengok gambar yang akan aku tayangkan, silalah guna 'google image' untuk tengok kecantikkan ciptaan Allah ni..Subhanallah..
Menuju ke Pulau Boheydulong
Pemandangan yang teramat cantik
Sangatlah cantik pemandangan sepanjang atas bot. Air laut membiru dan bersih lagi. Boheydulong adalah pulau pertama yang kami pergi. Pulau ni macam tiada penghuni, cuma ada beberapa orang yang buat research pasal hidupan laut di Pulau ni. Pemandangan di Pulau ni sangat cantik. Nak lagi cantik kenalah panjat atas bukit. Nak panjat tu mestilah ada penunjuk arah dan kami kena bayar RM50/group untuk guide ni. 40 minit jugalah nak sampai ke puncak tu. Lepas raya pula tu, badan berat dan dah lama tak bersenam, inilah akibatnya. Pancit, mengah, tak larat, nak muntah.
Tapi bila sampai puncak, nah! hilang semua penat sebab pemandangan tersangatlah cantik. Kalau tengok gambar pun dah cantik inikan pula kalau tengok dengan mata bogel (naked eyes). Tak nak berkelip rasanya mata ni. Selepas puas ambil gambar, kami pun turun. Paling best sekali, jalan licin sebab malam sebelum tu hujan. Banyak kali jugalah nak tergelincir. Lagipun aku pakai selipar je. Konon hebatlah tu, nasib baik tak putus.
Bot kami berjaya mendarat di jeti Pulau Boheydulong
Kami ambil keputusan nak snokerling di pulau ni je. Almaklumlah pemandu bot kami lupa bawakan kami snokerling set yang telah dijanjikan. Ni pun pinjam-pinjam orang dekat pulau tu. Hasil snokerling di pulau ini adalah biasa-biasa. sebabnya adalah 1) banyak batu 2) tak banyak ikan 3) coral pun tak banyak yang lawa 4) banyak landak laut (sea urchin).
Pemandangan dari jeti
Tapak sulaiman yang menjadi mangsa kajian
Clamp ni pun mangsa bahan uji kaji (tak ingat orang tempatan panggil apa binatang ni)
Wah..pemandangan dari atas puncak pulau Boheydulong..ternganga sekejap
Lagi dari atas
Dan lagi..
Dan lagi lagi..
Bukti..Selipar yang digunakan untuk mendaki puncak..
Kami bertujuh..missing: cameramen
mungka bersunggung-sungguh snokerling air cetek
Pemandangan dari jeti juga
Pulau Matabuan
Pulau Kedua yang kami pergi. Pemandangan memang Superb. Cuma pulau ni tak berapa sesuai nak beriadah. Maksudnya nak bermandi-manda di gigi-gigi air adalah kurang menarik. Sebab pantai dia ada rumput yang hidup di bawah air. Tapi kami celup jugaklah nak merasa.
Di pulau ni ada beberapa keluarga Bajau laut yang tinggal. Jika ditengok keadaan kehidupan orang ni, macam nak menitik air mata pun ada. Ada lagi orang yang macam ni kat Malaysia ni. Manalah pergi pemimpin yang telah diamanahkan ni? Menyesal pula sebab tak bawa apa-apa untuk budak-budak dekat pulau ni. Tapi cuma terasa rendah diri pun ada, sebab walaupun dalam keadaan daif dan serba kekurangan tetapi masih ada rezeki Allah kepada mereka untuk teruskan hidup. Kita yang terlebih cukup ni pernah tak bersyukur?
BBot berjaya mendarat di Pulau Matabuan
Pemandangan indah lagi
Pusing-pusing satu pulau
Tu na..perempuan panjat pokok kelapa..kau boleh?
Antara rumah tempat tinggal orang di pulau ni..kesian deh
Pemandangan dipersisiran pantai
mmmm..
Ni pun salah satu rumah penduduk tempatan? tak reti lagi ke korang nak bersyukur?
Pusing lagi pulau
Pulau Sibuan
Pulau terakhir kami pergi. Pulau ni pun tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tersangatlah cantik. Hanya ditumbuhi dengan pokok-pokok kelapa dan pasir yang mengunjur ke laut. Dekat pulau ni pun ada penghuni. Penduduk yang tinggal di pulau ni lebih ramai daripada pulau Sibuan tadi. Tapi cara kehidupan mereka masih sama juga. Penghuni pulau ni pandai juga berniaga. Mereka jual buah kelapa kepada pelancong yang datang. Difahamkan, mereka perlu dapat kebenaran daripada askar dulu baru boleh panjat pokok kelapa. Ramai jugalah bot dan orang yang singgah di pulau ni dan sambil-sambil berpicnic.
Nak snokerling dekat area sini pun menarik juga. Banyak juga coral yang cantik-cantik cuma kena pergi tengah laut sikitlah. Masa kami datang air masih cetek lagi paras-paras lutut je. Agak-kecewalah mula-mula tu. Nak tak nak layan jelah sebab ni dah pulau terakhir. Sekali bila nak balik, air dah pasang paras-paras dada, waktu nilah syok nak mandi manda. Kalau tidak disebabkan pemandu bot tu ajak balik, mau je kami balik malam tapi tak nak bermalam. Kami tak tau nak makan apa kalau bermalam kat pulau ni.
Berjaya mendarat di Pulau Sibuan..Kebanyakkannya pokok kelapa je yang tumbuh
Papan tanda selamat datang
Rumah penduduk Pulau Sibuan ni? berapa bilik ni?
Pemandangan lagi
Penduduk tempatan..nah tak payah pakai seluar..
Ikan masin..kat mana pun boleh jemur..bot tu ditaja Sengheng ke?
Disebalik bumbung yang bocor, ada lagi yang beralaskan kotak. Disebalik mata yang rabun, ada lagi mata yang buta. Disebalik tiada kenderaan, ada lagi yang tiada kaki. Disebalik tiada lauk yang sedap, ada lagi yang tidak makan. Wassalam