Salam
Hospital M merupakan hospital yang agak besar almaklumlah nama pun Hospital Besar. Apa yang berbezanya hospital M ni dgn hosp lain adalah dengan terdapatnya bangunan baru dan bangunan lama. Kebanyakan hospital besar dibina bertingkat-tingkat contohnya Hosp klang mempunyai 8 tingkat dan beberapa hosp lain. Hosp M ni tidak dibina sebegitu, paling tinggi pun 4 tingkat sama ada bangunan baru atau lama. dengan itu jarak antara bangunan baru dan bangunan lama agak jauh dan boleh berpeluh juga nak jalan kaki.
Farmasi Satelit 5 terletak dihujung bangunan lama manakala farmasi utama terletak paling hadapan pada bangunan baru. maka keraplah aku berulang alik dari hujung ke hujung (tak payah exercise dah). Tapi syukur sepanjang perjalanan itu terdapat bumbung yang melindungi dari panas dan hujan. Kantin letaknya di bangunan lama. Ditengah-tengah antara bangunan ini, terdapat satu laluan yang mana pejalan kaki akan bertembung dengan laluan kenderaan.
Bagi mengelakkan kenderaan lalu lalang melanggar pejalan kaki yang kebanyakkannya adalah staf hosp dan pesakit, syarikat kawalan keselamatan telah meletakkan seorang pengawal keselamatan (guard) bagi mengawal lalu lintas. Dan guard itu merupakan seorang pakcik melayu yang agak berumur dan aku jangka umur dia lebih 65 tahun. Setiap kali lalu disitu, makanya semua org mesti bertembung dengan pakcik tu. Aku ni memang ada masalah komunikasi sikit. setaip kali lalu dan bertembung dengan pak cik tu, aku hanya senyum. hingga beberapa bulan aku senyum maka pakcik tu balas dengan senyuman juga. walaupun ada masalah komunikasi tapi aku ni masih ada rasa hormat kat orang tua. Sekurang-kurangnya senyum jugak. Senyum tu kan sedekah. banyak je orang lalu kat situ menganggap pak cik tu tak wujud kat situ.
selama beberapa minggu lalu kat situ, aku upgrade sikit perangai aku. kali ni setiap kali lalu situ aku cakap 'Pakcik' sambil angkat tangan. dan setiap kali aku menegur pak cik tu, dia tak pernah lupa utk balas sambil angkat tangan semula. sampai lah beberapa minggu aku buat macam tu. Lepas tu adalah jugak aku borak sikit-sikit dengan pakcik tu bila habis kerja. Dan setelah lama angkat tangan dan sambil tegur 'pakcik', makanya pakcik ni mesti akan tanya soalan yang sama. "Nak, dah makan?", "Dah sarapan?", "Dah minum"... itulah soalan hari-hari yang pak cik tu akan tanya bila aku lalu situ. macam biasa sambil jalan aku menyahutlah pertanyaan pak cik tu, "Dah cik", "Nak gi makan lah ni", "baru je lepas makan".. sambil menonong jalan.
Sampai satu hari, bila aku lalu kat situ, pak cik tu tanya soalan yang biasa " Dah Makan?" aku yang jalan perlahan-lahan menyahut jawapan pak cik.." Dah cik". tiba-tiba pakcik tu sambung cakap "Pak cik pun dah makan, minum air milo dengan makan nasi lemak baru je kejap tadi". Tap Tap Tap..sentakkk sangat. Ya Allah ampun kan dosa aku. Sepanjang berbulan-bulan aku lalu situ, pak cik tu tanya "Dah Makan?" aku hanya jawab "dah". tapi tak pernah pun sekali aku tanya pak cik tu balik dia dah makan ke belum? pentingkan diri betul aku ni. lepaskan tekak sendiri jer.
Lepas kejadian tu, aku cuba jadi lebih ramah sikit. bila seseorang tu tanya kita, kita kene tanya dia balik. dia pun akan rasa seperti ada orang ambil berat pasal dia dan lebih rasa dihargai. dan bukan dengan pak cik ni saja, tapi kepada semua orang. aku akan cuba sedaya upaya meringankan mulut menegur orang lepas ni. mungkin kita tak rasa kita ni sombong tapi pada pandangan orang kita ni sombong.
buat pengatahuan semua, pakcik ni dah lah umur >65 (pada pandangan aku)..tapi dia kerja sebagai pengawal keselamatan ni selama 12 jam sehari. keluar rumah gelap balik ke rumah pun gelap.. semata-mata nk cari duit nk makan dan sara diri. Kita kerja cuma 8 jam je sehari lepas tu gaji beribu-ribu tak pernah nak bersyukur asyik merungut jer..(peringatan utk diri sendiri)..muhasabah diri..