Salam..
bertemu semula kita..hari ini ter'free' pula nak sambung episod 2..hari ni auto off sebab semalam buat A&E call..pada kesempatan ini bolehlah aku ceritakan secara ringkas apa yaang aku nak cerita dulu tapi malas taip.. (siapa suruh buat isi kandungan..kan dah terasa macam hutang bila tak cerita..)
4) Perkahwinan TikaSiapa Tika? makhluk asing mane ni? artis ke?.. sebenarnya Tika ni kakak aku. kakak yang ke-2. umur dah 26, makanya memang patutlah kahwin. bertempat di depan rumah aku, beberapa buat khemah mencucuk langit telah didirikan bagi menyambut kedatangan tetamu pada 17 oktober lalu bersamaan hari keraiian kaum hindu..
Maka telah menjadi suami isteri yang sahlah si Tika ni dengan suaminya (nickname: aceed) selepas dinikahkan pada 16 oktober di Masjid At-Taqwa Banting (lepas ni ko pula
SURYA). Dengan pernikahan ini jugalah, secara automatiknya aku menjadi anak tunggal yang tak berapa tunggal yang kesepian (sedih ayat..). Ini kerana cuma aku seorang sahaja yang masih teruna dalam family aku.
Majlis berjalan dengan lancar dan tiada sebarang hujan. Memandangkan keluarga pengantin adalah berketurunan 'java', makanya majlis telah berlansung sejak selepas tamat majlis akad nikah dan tetamu telah mula hadir sejak dari titik masa itu. ramai tetamu yang hadir adalah terdiri daripada kaum keluarga pengantin, sahabat-sahabat pengantin, jiran-jiran dan beberapa orang sahabat adik pengantin (macam ayat dalam majalah 'pengantin'). Majlis ini ditaja oleh kedua ibubapa mempelai dan makanan tidak ditaja oleh Cik Imah catering. menu pada majlis ini adalah berkonsepkan masakan kampung. Antara menu-menu yang disediakan adalah:
- nasi putih - gulai masam batang keladi
- ikan keli masak sambal - ayam masak palembang
- sambal sotong - ulam + sambal belacan
- lemak nangka -ikan masin
Disebabkan Cik Imah catering adalah all in one (khemah, makanan, penanggah, basuh pinggan etc semua dia buat), makanya aku dan saudara-saudara ku kepenatan melihat tetamu dan sedaya-upaya menghabiskan makanan tetapi gagal. dikesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabah yang hadir bagi memriahkan majlis ini.
antara rakan2 uitm + hosp M yang hadir..
ni dia 2 orang jiran + kawan sek ren + kawan sek men...tak cukup korum ni..
Adik beradik aku
5) Konvo dayPada 27 Oktober 2009, dengan secara rasminya aku telah dinobatkan sebagai graduan UITM yang memegang Ijazah Sarjana Muda Farmasi. setelah menunggu selama hampir 5 bulan selepas tamat belajar dan setelah bekerja tanpa berbekalkan segulung ijazah akhirnya dapat juga aku melihat dengan 'naked eyes' aku sendiri segulung ijazah yang mematerikan nama aku.
Dengan melihat ijazah tersebut maka terubatlah segala pahit getir, lurah badai, suka duka aku belajar selama 4 taun di UiTM dengan bersungguh-sungguh (ye ke?). Hari mengambil jubah adalah pada Jumaat 23 okt. makanya aku mengambil time off pada petang itu semata-mata untuk mengambil jubah yang disewa di UiTM. Bestnya jumpa kengkawan dan borak-borak. Topik yang paling kerap dibincangkan adalah penindasan terhadap PRP dan kerja yang sangat penat di hospital.
Kami dipaksa untuk berkumpul di UiTM sejak pukul 7 pagi lagi. malangnya aku sampai pada pukul 730 tapi yang baiknya tiada sebarang perbazaan. kami dipaksa untuk memakai mask untuk mengelak penyebaran H1N1 (lemas tu). aku merupakan graduan yang ke 48 yang akan menerima ijazah. majlis yang penuh adat istiadat itu bermula pada pykul 7. Dan apa yang paling malang sekali kerja keras kami selama 4 tahun dibayar hanya dengan 5 saat berada diatas pentas.haha..
Apa yang penting konvo ini adalah dapat jumpa rakan-rakan yang dah lama tak berjumpa. habis semua cerita keluar. majlis konvo hanya beberapa jam. tak sempat nak jumpa semua. dan ada yang jumpa pun tak
puas nak borak..bila lah nak dapat jumpa macam ni lagi..semua orang dah busy dengan hal masing2..mudah-mudahan korang semua hidup dengan gembira dan sihat walaafiat..
6) Musim Haji Kembali lagi
Seperti biasa setiap tahun musim haji akan tiba. Gembiranya tengok orang-orang dipanggil untuk beribadat di Tanah Suci untuk melengkapkan rukun Islam ke lima. rasanya macam nak masuk jer dalam beg diorang sebab teringin sesangat nak buat haji. Aku ni teringin sesangat tapi duit tak kumpul.
Mengikut perhitungan tabung haji, aku akan pergi haji pada tahun 2023. lama lagi tu. Apakah cara yang paling cepat nak pergi sana? Ya Allah mudahkan hamba Mu ini menunaikan haji dan menjadi haji muda..Amiin
Raya Haji tahun ni adalah pada 27 Nov bersamaan hari jumaat. Apa yang sedih raya haji tahun ni, aku kene kerja pada 28 & 29 Nov tu. tak adil betul. Nak juga raya lama sikit. tapi Alhamdulillah dapat juga beraya..