Sunday, December 28, 2014

China - Yunnan Province - Part 3

Assalamualaikum

Bersambung daripada Part 2.

Maaf lama tergendala. Lama tak buka blog. Bila baca komen, rasa macam ada hutang dengan pembaca. Ada pembaca ke?? baiklah kita jangan buang masa, kita teruskan. Aku cuba mengingati cerita selagi tak hilang.

Hari kedua berada di Kunming. Malam tu tidur memang sejuk yang amat. Nasib baik hotel sediakan electric blanket yang boleh panaskan katil. Bangun pagi nak tunggu air panas sampai keluar dari muncung paip punyalah lama. Hotel dah bagitahu siap-siap memang air panas mengambil sedikit masa untuk sampai. Disebabkan malam seterusnya kami tidak lagi menginap di hotel ini, aku siap-siap check out dan hotel bagi letak barang-barang di stor yang disediakan memandangkan keretapi kami lewat malam nanti.

Matlamat kami hari ini adalah untuk ke Shilin a.k.a Stone Forest. Aku tak guna apa-apa pakej trip. Dari hotel memang berusaha sendiri dengan pengankutan awam ke Shilin ni. Kelebihan duduk di hostel backpackers ini, semua tempat-tempat menarik sekitar Kunming ni dia dah siap tampal instruction dekat papan kenyataan dia. Tinggal ikut je. Tak perlulah setiap sorang tourist tanya, diorag nak kena explain. Kami pun mengikut arahan yang telah ditetapkan dengan menggunakan pengangkutan awam.

The Stone Forest or Shilin (ChinesepinyinShílín) is a notable set oflimestone formations located in Shilin Yi Autonomous CountyYunnanProvince, People's Republic of China, near Shilin approximately 90 km (56 mi) from the provincial capital Kunming.
The tall rocks seem to pray to the ground in the manner of stalagmites, with many looking like petrified trees thereby creating the illusion of a forest made of stone. Since 2007, two parts of the site, the Naigu Stone Forest (乃古石林) and Suogeyi Village (所各邑村), have been UNESCOWorld Heritage Sites as part of the South China Karst.[1] The site is classified as a AAAAA-class tourist site (sumber: Stone Forest Wikipedia ).

Kami mengikut satu persatu arahan yang diberikan. Dari mengikut nombor bas, kira bilangan bas berhenti, melintas jalan semua kami ikut satu persatu.  Tapi bila sampai di satu station bus tu, kami cuba cari tempat tiket nak ke shilin. Malangnya, stesen bas yang aku sangkakan itu adalah stesen kereta api malam tadi. Penat tanya orang sekeliling tentang stesen bas ke Shilin, semua tak faham. Mungkin sebutan kami pelik. Nak dipendekkan cerita, instruction hostel tu salah, mungkin tak up to date. Kesalahannya adalah kami patut terus ambil bas ni, ditempat yang kami berhenti. Tetapi dalam instruction tu suruh kami melintas jalan dan ambil bas lain. Jadinya tersesatlah. Akhirnya kami pusing balik dan ambil semula no bas yang sama, sampai juga di stesen bas yang diingini.

Kami sampai stesen bas tu dalam pukul 12 tengah hari. Bayangkanlah keluar hostel tadi dalam pukul 830 pagi. Hampir kecewa dan putus asa. Nasib baik semangat masih kuat. Dan nasib baik juga tiket bas tu murah. Bila sampai stesen bas, ada satu lagi masalah. Kaunter banyak dan semua tulisan China. Orang pun ramai. Tanya orang dekat situ, dia cuma tunjuk pergi je kaunter. Sampai sekarang sebenarnya kami tak tau kaunter tu boleh beli tiket apa2 ataupun memang semua kaunter boleh beli tiket semua destinasi. Sebab kami ikut beratur je seperti yang diarahkan. Sampai kaunter boleh je beli. Tawkkal je banyak-banyak.

Jadinya sampai shilin dalam pukul 2. Mula-mula rasa macam tak nak masuk sebab tiket masuk tu mahal. Diorang pun bijak, nak masuk tempat tu dengan tempat beli tiket punyalah jauh. Jadinya wajib beli tiket tram sekali. Jadinya tiket masuk dan tram harga dia lebih kurang RMB200 (~RM100). Cekik darah betul. Harga tiada beza antara pelancong dan orang tempatan. Tiada deskriminasi. Disebabkan nak situ sampai punyalah susah, kami gigihlah juga melabur duit masuk dalam tu.

Apa yang ada dalam ni?? Memang cantik sebenarnya, sebab ada hutan dan batu-batu yang membentuk hutan dengan semulajadi. Batu-batu ni juga ada yang menyerupai macam-macam bentuk. Dan setiap celah-celah itu ada nama berdasarkan bentuk batu tu. Boleh masuk dan selit-selit celah batu tu seandainya selulit tidak menjadi halangan. Ada juga persembahan dan sewa kostume untuk ambil gambar berlatar-belakangkan batu-batu yang cantik ini. Tengok gambar jelah sebab susah nak cerita menggunakan ayat-ayat.



























Secara keseluruhannya, masuk dalam ni boleh dikatakan berbaloi juga sebab ia agak unik. Dekat sini je ada. Dekat tempat lain tiada. Bagi sesiapa yang sangat cheapskate tu boleh fikir semula lah untuk masuk ke dalam tempat ni. Bagi siapa yang ada lebihan duit, berbaloilah masuk dalam ni sangat cantik dan unik. Untuk makcik-makcik dan nenek-nenek yang sakit lutut tu tidak berapa digalakkan masuk sebab kena berjalan jauh dan panjat-panjat tangga. Boleh je nak naik tram tu tapi tak dapat masuk secara menyeluruh.

Cara nak balik adalah dengan menggunakan jalan yang sama. Silalah kenal pasti dan cam betul2 bas station yang korang ambil dan no bas. Sebab semua menggunakan bas yang sama. Jangan lagha sangat dalam Shilin tu, sebab tak silap aku, bas akhir pukul 4 petang. Bayangkanlah betapa kejapnya kami dalam tu. Tapi tidak apa sebab kami bukan ahli geologi yang nak kaji batu-batu tu. Tengok alar kadar dan ambil-ambil gambar pun dah cukup.

Sampai je Kunming, kami meneruskan ekspedisi untuk mencari masjid dan makanan Halal. Di dalam bandar Kunming ni ada 2 Masjid yang boleh tahan besar jugalah. Sebenarnya dari hotel kami duduk tu boleh jalan kaki je pergi masjid ni. Tapi oklah untuk bersenam-senam. Tak jauh dan tak dekat sangat. Kedua-dua masjid ni ada juala makanan Halal. Jadinya jangan risau. Cuma cari masjid je nak makan. Tapi kalau anda seorang yang kuat berjalan, sebenarnya, sangat banyak kedai halal dalam bandar Kunming ni. Cuma kena carilah.

Makanan kami pada malam tu di Masjid

Selepas kenyang dan selesai solat, Kami meneruskan misi untuk mencari 'windbreakers' di bandar Kunming ni memandangkan kami akan pergi ke tempat lagi sejuk selepas ini. Memang aku galakkan korang beli je windbreaker ni dekat China je sebab murah. Kalau korang nak beli kat Universal traveller kat Malaysia tu, suka hatilah kalau ada lebihan duit.

Lepas jumpa windbreakers, kami bergegas ke hotel dan mengambil beg untuk ke train station. Kali ni naik teksi je sebab dah lambat. Sebelum naik train tu sempat lagi pergi luar train station tu makan sate kambing dulu. Sedap yang amat ditambah lagi dengan kepedasannya. Macam tak kenyang-kenyang kan. Lepas makan, makan lagi.

Kemudian masuklah kami ke Stesen keretapi Kunming untuk ke Lijiang. Stesen ni memang besar yang amat. Sila masuk pintu dan tunggu seperti dalam tiket. Bila masuk dalam tu baru kita tau ramainya manusia dekat china ni. Untuk ke Lijiang je ada beberapa train dan pastikan kita punya train tu tak salah. Untuk pengetahuan semua, Train ke Lijiang ini,  masa kami naik tu ada 17 gerabak. Diulang 17 GERABAK!! Sila masuk dan baring seperti katil yang telah ditetapkan. Kalau setakat kereta api kat KL sentral tu tak de apalah sangat jika nak compare dengan kereta api di China ni. Dan setiap kali train ni jalan, tiket habis dijual. Bayangkanlah berapa ramai umat manusia. Belanja gambar train dan stesen keretapi sikit...








 Bersambung....


Thursday, June 5, 2014

China - Yunnan Province - Part 2

Assalamualaikum

Bersambung daripada Part1

Maaf pembaca-pembaca sekalian. Ikutkan hati memang malas nak sambung. Report banyak tak buat tapi sibuk nak tulis blog pula. Tapi atas permintaan 'pembaca', daku gigihkan juga.

Syarat pertama nak pergi China adalah mesti ada VISA. Macam mana nak buat visa, silalah google kerana dah banyak blog cerita.

Perjalanan dari Malaysia untuk sampai ke Kunming mengambil masa lebih kurang 4 jam. Waktu aku pergi ni adalah musim sejuk. Jadinya bila sampai tu memang semua penumpang sibuk mengeluarkan pakaian sejuk masing-masing. Dalam flight masa aku pergi tu cuma beberapa orang je Melayu. Aku cuma bawa jaket je sebagai persiapan di Kunming. Suhu di Kunming lebih kurang 8 - 15 darjah celcius. Jaket atau sweater dah cukup sebenarnya. Tapi kalau kulit sehalus Che Ta tu kenalah pakai Windbreakers atau Padding.

Setelah sampai, waktu nak cop passport tu, mata aku tertangkap satu perkataan yang menghilangkan segala keresahan, hati berbunga-bunga dan terasa lega dengan perjalanan yang bakal ditempuh. Nak tau apa, ada satu restoran di bahagian atas airport tu ada tulis HALAL dalam jawi (tak sia-sia mak aku hantar sekolah rendah agama dulu). Ini satu petanda baik. Kemudian memandangkan hari dah petang, aku dah macam nak nekad untuk solat je dekat bucu mana-mana airport. Sebab ikut jangkaan, aku memang akan sampai hotel malam. Tak sempat nak solat Jamak Qasar Zohor dan Asar.

 Maaf gambar tak terang. Tapi signboard tu adalah tanda halal. Tapi tak sempat cuba pun makan dekat restoran tu.

Allahuakbar!! Kagum sebentar bila mata aku dihidangkan satu lagi kelegaan. Ada signbord Musolla dalam jawi. Bagusnya. Jadinya sesiapa yang nak pergi sini tak perlu risau. Surau yang disediakan di airport ni memang besar cuma kongsilah antara Lelaki dan Perempuan. Tapi yang paling tak tahan bila nak sembahyang adalah masa nak ambil air wuduk. Air dia sejuk yang amat. Terpaksalah meminimakan penggunaan air. Biasalah orang Malaysia ni kalau buka paip air masa ambil wuduk, memang terbayang-bayang dekat niagara fall. Padahal jelas memang ada hadis tak bagi kita bazirkan air masa ambil wuduk. Kita ni kena jimat-cermat sikit pasal air, lagi-lagi orang Selangor sebab air percuma.

Papan tanda yang menyatakan terdapatnya Musolla @ Surau. Maaf gambar surau terlupa ambil.

Selesai solat, kami pun memulakan misi pertama mencari hotel berdasarkan arahan dalam itinerary booking hotel yang diberikan. Hari pertama kami menginap di Kunming Upland Youth Hostel. Harga hotel ni waktu tu lebih RM80 semalam untuk private room & toilet. Cabaran jugalah nak selesaikan misi pertama ni. Sebab orang jaga kaunter semua tak faham english. Jadinya cuba jaya jelah. Mula-mula naik bas pergi ke terminal West inn. Kaunter tiket bas ni dekat luar airport. Sampai West Inn menggagau sebab semua orang wajib turun. Jalanlah kami sampai tepi jalan besar untuk tahan teksi. Kemudian tunjuk alamat hotel, sampai lah kami ke sana. Bagi yang poket tebal tu sebenarnya boleh je naik teksi dari Airport. Tapi cheapskate macam aku ni terpaksalah naik bas.

Sampai hotel terus check in. bagi yang keluarga tak berapa sesuai menginap di hotel ni. Sebab nama di youth hostel. haha. Sebab hotel dia kena naik tangga sikit kemudian baru jumpa lif. Tapi bila dah masuk bilik, sangatlah berbaloi-baloi. TV, Heater, Kettle  dan electric blanket pun ada. Lengkaplah. Waktu sampai hotel ni dah malam. Cuaca dah semakin sejuk. Lepas siap-siap tu kami terpaksa keluar semula sebab nak kena dapatkan tiket keretapi ke Lijiang untuk malam esok.

Gambar hotel dari luar. Hotel ni ada 7 ke 8 tingkat. Nampak dari luar memang kecil. 

Gambar dari dalam bilik. 

Gambar tandas dalam bilik.


Dari hotel nak pergi stesen keretapi aku naik teksi je sebab penat dah. Malas nak bermisi-misi di malam hari. Awal-awal nak bagitahu yang stesen keretapi dia memang semua bahasa cina. Tiada maaf bagimu orang kampung yang mengharap papan tanda english. Jadinya petua nak beli tiket. Suruh orang hotel tuliskan butir-butir tiket yang kita nak beli tu dalam bahasa cina. Yang wajib sekali make sure receptionist tu faham english. Dan jangan lupa juga suruh tuliskan 'stesen keretapi' dalam bahasa cina untuk tunjuk dekat driver teksi nanti. Nak beli tiket tu kena bagi tau detail sikit. Boleh rujuk website http://www.seat61.com  untuk rancang perjalanan anda.

Lepas beli tiket tu, aku pun jalan-jalan dekat luar stesen keretapi tu. Sekali nampak pakcik pakai kopiah jual sate kambing dekat kaki lima. Terus bersorak gembira. Yeay. Hari pertama dah jumpa sate kambing. Siapa pernah pergi China mesti tau yang sate kambing dekat China ni memang sedap. Sebagai appetizer sebat je 5 batang dulu. Sedap hingga jilat lidi tapi pedas. Harga sebatang dalam RM1.  Makan dengan gembira.

Sate kambing yang lazat!! Model tiada kepala.

Lepas tu, kami jalan je ikut kaki dan naluri je. Cuma tanamkan dalam diri, kalau dah sesat-barat sangat nanti, tahan teksi terus balik hotel je. Tapi Allah sayang kami. Dia gerakkan kami berjalan di belakang-belakang kedai dan kawasan perumahan orang tempatan. Tiba-tiba ada pasar buah-buahan. Belilah buah Lai, buah naga dengan buah orange. Semua buah dekat China memang sedap. Silalah rasa. Jangan fikir dia pakai baja apa, tanam kat mana, inject genetik binatang semua. Yang penting buah-buahan halal.

Kemudian kaki kami digerakkan lagi dengan melalui kawasan kedai kecil-kecil. Waktu ni perut dah lapar. Sate tadi tak cukup. Tiba-tiba nampak kedai makan kecil je masih buka. Sekali tengok macam ada lambang masjid. Terus berhenti. Mari skodeng dalam kedai. Yeay ada orang pakai tudung dengan pakai kopiah. Kedai makan halal detected. Dah duduk, tak tau nak order macam mana. Pelayan dia haram jadah tak faham langsung english. Pasrah je. Masa nak order tu, aku tunjuk je makanan mamat meja belakang tu dengan satu pinggan macam mee terdedah tak habis tu sebagai menu malam tu. Sampai je makanan, sebat je terus. Biasa-biasa je rasa makanan dia. Yang penting halal. Restoran kat China ni kebanyakannya tak jual air. Jadinya siap-sedialah bawa air dimana-mana.

Perut sudah kenyang, jadi kami pun balik hotel. Cari jalan besar, tahan teksi, tunjuk kad hotel dan sampai hotel. Tamatlah malam pertama kami di Kunming.

Bersambung....


Saturday, March 1, 2014

China - Yunnan Province - Part 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah dengan segala rahmatNya.

Abaikan segala cerita yang tergantung. Kita mulakan yang baru, InsyaAllah kalau sempat nanti aku akan sambung mana yang tergantung tu.

Hari ini adik-adik, abang akan ceritakan tentang perjalanan abang ke negara paling ramai manusia iaitu China (abang?? puiih). Aku ke China pada bulan Januari yang lalu selama 9hari 8malam. Lama beb, kurang sikit daripada pergi umrah. Habis cuti tahunan aku.

Kenapa China? Kan Nabi pernah suruh kita belajar hingga ke negeri China. Walaupun tak jadi pelajar di universiti tempatan, tetapi belajar dalam universiti kehidupan. Selain itu, waktu ni tiket AirAsia pergi Kunming dapat tersangatlah murah. Nak tahu berapa? RM360 return. Murah kan? Ini kali kedua aku pergi China selepas Guangzhou.

Kenapa Kunming? Aku pun tak tau. Pada mulanya beli sebab nampak murah, lepas tu dengan yakinnya beli untuk 9hari. Nak pergi mana area Kunming ni? Dah beli baru nak cari aktiviti dan tempat nak pergi. Sekali geledah banyak pulak tempat best. Kunming ni sebenarnya macam Ibu negeri bagi Yunnan Province. Sebenarnya sebelum pergi ada jumpa dan borak dengan sorang pakcik cina ni pasal China. Dia memang ulang alik China dan banyak Province dia dah pergi. Dia cakap di Yunnan antara tempat paling banyak Muslim. So, aku membuat kesimpulan, jika tak ada tempat nak pergi aku nak tengok kehidupan orang Muslim sana. Sekali dah google, banyak pulak tempat best, jumpa orang Muslim dekat restoran jelah.

Kenapa nak cerita pasal Yunnan ni? Sebenarnya banyak tempat aku pergi tapi tak sempat malas nak cerita. Antaranya Krabi-Phuket (belum habis cerita, baru setengah), Jawa Timur (Yogyakarta, Surabaya, Bromo, Ijen), Guangzhou China, Cambodia (Siem Riep, Phnom Penh). Tapi yang pasal Yunnan ni aku nak cerita sebab tak ramai lagi orang Melayu sampai sedangkan AirAsia & MAS dah lama buka route. Mungkin tak ramai yang bercerita tu sebab tak berani nak pergi. Aku cuba kongsikan segala apa yang aku ingat. Aku ni kadang-kadang banyak juga pelupanya, makan banyak semut.

Berikut adalah route yang aku jelajah sepanjang 9 hari disini:

Kunming - Lijiang - Tiger Leaping Gorge - Shangri La - Lijiang - Kunming


Lokasi Yunnan Province berdasarkan peta China


Ini peta Yunnan Province, bersempadan dengan Myanmar, Laos, Vietnam dan Tibet

Trip ke China ni totally backpacking. Aku cuma guna teksi beberapa kali je. Soalan yang biasa aku terima bila balikdari China ni adalah:

Makan macam mana?
Macam mana nak berkomunikasi?
Berapa banyak spend?
Macam mana nak pergi satu tempat ke tempat lain?
Macam mana nak naik bas dan beli tiket?
Macam mana hotel?
Macam mana toilet? macam mana nak cebuk?
Orang China pengotor tak?
Rasa-rasa pembaca blog ni ada tertanya-tanya tak? (Macamlah ada pembaca) Persoalan-persoalan ini aku akan rungkaikan dalam episod akan datang.

Sebagai permulaan aku bagi sedikit gambar introduction sebagai halwa mata:


Shilin a.k.a Stone Forest, Kunming


Lijiang Old Town

Halal Foods


Tiger Leaping Gorge


Sonzanlin Monastry, Shangri-la


View of Shangri-La Town


Snow Jade Dragon Mountain from Black Dragon Poll


Peak Snow Jade Dragon Mountain


Blue Moon Valley

Sekian Wassalam