Showing posts with label Duniaku Buku. Show all posts
Showing posts with label Duniaku Buku. Show all posts

Friday, July 6, 2012

Harga terbaik dari PTS

Assalamualaikum

Minggu yang sibuk dengan report. Membuat report memerlukan kesabaran. Banyak sangat rasa benda yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ni nak tapi macam tak logik. Cara diorang minta pelbagai jenis report seolah-olah kita di hospital, tak buat benda lain. Kadang-kedang geram, dan rasanya macam nak suruh orang KKM tu duduk hospital buatkan report sebab kami di hospital ni banyak lagi kerja hakiki yang perlu dibuat. Sekian sahaja luahan perasaan berkaitan kerja..

Pernah beli buku online? memandangkan tahun ni adalah tahun pertama aku tak dapat pergi Pesta Buku Antarabangsa (KLIBF) setelah 5 tahun berturut-turut tak pernah ketinggalan, jadinya stok buku baru adalah berkurang. Rasa malas nak beli buku pun ada sebab harga buku di Sabah ni mahal dan susah nak jumpa buku yang kita nak.

Jadinya cara terbaik adalah beli buku secara online. cuma kekurangan beli buku online ni adalah kena bayar duit pos. tak kisahlah yang penting dapat apa yang kita nak. Tapi nak cerita tentang berbaloinya beli beli buku di http://www.bookcafe.com.my. ni kali kedua aku beli buku kat sini. Kenapa memilih bookcafe?

1) Semua buku ada diskaun
2) website yang user friendly
3) Semua buku PTS yang menarik
4) Harga buku ikut harga semenanjung
5) Packaging terbaik

Kesemua buku ada diskaun minima 15%. pergi kedai pun tak dapat diskaun. dan kadang-kadang boleh sampai > 25%. Diskaun ni bila kita beli banyak-banyak boleh cover kita punya duit pos. tak payah fikir duit minyak, duit parking, duit makan dan sebagainya. Semuanya hanya dihujung jari..

Ni dia buku yang aku beli

Harga sebenar kesemua buku ni adalah mengikut harga semenanjung adalah rm122.50 dan harga pos rm18.50 (pos tak laju). Jadinya harga sebenar buku ni + pos =rm141. Tapi berapa yang aku bayar? harga untuk semua buku ni adalah rm92.46. diskaun adalah rm48.54. rm23.88 adalah diskaun buku tu dan lagi rm 23.88 aku dapat diskaun yang aku tak tau sumber. cuma dia cakap diskaun dari Masjid Ampang. Kalau betullah masjid Ampang yang dermakan aku berterima kasihlah kepada yang menderma tu.

Berbaloi-baloi. kepada peminat buku + peminat shopping online, jom kita beli kat website ni.. Entry kali ini bersifat promotion. aku bukanlah ejen dropship. cuma nak share..wassalam..



Saturday, April 10, 2010

Denyut Kasih Medik


Salam

Lama sungguh tak mengulas pasal buku. haha. sebenarnya bukan pasal buku je, update blog pun jarang. almaklumlah, hari-hari bangun je siap-siap pergi kerja. balik kerja rehat-rehat kejap, buat kerja sikit lepas tu terus tidur (alasan je..nak seribu daya..haha). Hari ni tiba-tiba terasa ada masa lapang pula nak update blog.

merujuk tajuk entry kali ini jelaslah yang aku hari ni nak mengulas buku. kerana tajuk buku tu adalah sama dengan tajuk entry. baru habis baca pagi tadi. mengambil masa 1 minggu untuk habiskan. sebenarnya boleh je nk habiskan cepat tapi ter'busy' dan termengantuk. jadinya baca sikit-sikit jelah.

buku ini berunsurkan novel islamik. lain daripada yang lain. aku ni memang tak minat novel sebenarnya. tapi kalau novel itu yang stereotaip je yang memang daripada tajuk dah menggelikan memang aku tak belilah. lagi-lagi cerita pasal cinta yang mengarut-ngarut tu. agak membuang duit kalau beli. aku hanya akan beli novel yang mengutamakan fakta dan tiada kisah cinta pakwe makwe sebagai isi utama.

Novel ni aku tak tau adakah ditulis berdasarkan pengalaman penulis sepenuhnya ataupun tidak. tapi gaya cerita macam ya. Memandangkan aku pun kerja hospital, setiap aspek penceritaan dia adalah memang senario sebenar hospital dan kehidupan seorang doktor HO. Novel menceritakan tentang kehidupan seorang doktor pelatih (housemanship@HO) yang dikenali sebagai Dr Muslih. Dr Muslih menjalani housemaship di hospital Selayang. Dalam kehidupan yang sibuk sebagai seorang doktor beliau juga sempat menerapkan unsur-unsur dakwah terhadap orang yang pesakit, rakan-rakan serta orang sekelilingnya.

Dr Muslih cuba menerapkan kehidupan sebagai seorang muslim sepenuhnya dan sering dipandang sinis oleh rakan dan orang sekeliling. Tetapi beliau tetap dengan caranya tersendiri. cuba memberikan nasihat dan selebihnya berserah kepada Allah serta berdoa. kerana kita kena yakin bahawa hanya Allah sahaja yang mampu memberikan hidayah. apa yang aku kagum dengan watak Dr Muslih ni, beliau seorang yang berani menegakkan kebenaran tidak kiralah seberapa besar pun pangkat orang tu kerana dia yakin bahawa sesungguhnya tiada yang lagi besar dan lagi hebat dari Allah.

Selain itu, Dr Muslih sentiasa redha dengan apa yang berlaku keatasnya serta membuat sesuatu dengan berfikir menggunakan akal. Dia juga tidak melalaikan tanggungjawabnya kepada Allah walau sesibuk manapun. dan yang paling penting, dia sentiasa ingat setiap perbuatan kita akan dicatat dan akan dipersoalkan dihadapan Allah di akhirat kelak.

Dalam novel ini juga diterapkan beberapa fakta dan usul fiqh perubatan yang sering kita ambil bena tak bena je sedangkan perkara itu melanggar perintah Allah tanpa kita sedari. Antaranya; info haid dan istihadah, info khatan anak perempuan, info mahar dll. Novel ini juga menceritakan tentang Dr ini hanya menyerahkan takdir untuk jodohnya dan hanya mencari wanita yang beragama sebagai ciri utama selain paras rupa, harta dan keturunan. Akhirnya dia berkahwin dengan isteri yang tidak pernah bersua muka dengannya melainkan pada hari pernikahannya. beliau juga berjaya menepis hasutan syaitan dan berjaya mengelakkan diri dari bercinta sebelum berkahwin.

Buku ini sesuai untuk mereka yang akan bergelar Dr Ho, berminat dalam perubatan ataupun yang bekerja di hospital. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut macam mana kehidupan seorang Dr HO, kisah cinta serta cabaran dakwah Dr Muslih. dapatkan novel ini tulisan Dr Farhan Hadi. harga Rm23 keluaran Telaga Biru. Dijamin tak rugi.~Wassalam~

Monday, June 8, 2009

Ketika cinta bertasbih the movie


Salam..

ketika cinta bertasbih the movie akan keluar. Sebelum ni aku pernah beri ulasan tentang novel ketika cinta bertasbih yang ditulis oleh Habiburrahman El-Shirazy. kini novel ini telah diadaptasikan untuk menjadi filem pula. Filem ini akan mula ditayangkan pada 11 jun 2009. tetapi pada tarikh ini filem ini hanya ditayangkan di Indonesia sahaja (hanya Tuhan je yang tahu perasaan hati ini menunggu filem ini untuk memasuki Malaysia).

Ketika cinta bertasbih merupakan novel kedua karangan Habiburrahman yang diadaptasi menjadi filem selepas filem Ayat-ayat cinta. Apa yang membezakan Ayat-ayat cinta dan ketika cinta bertasbih adalah penulis novel ini terlibat secara keseluruhan dalam pembikinan filem ini. Dan penerbit menjanjikan kepada pembaca novel yang mereka tidak akan hampa setelah menonton filem ini. ini kerana pada filem ayat-ayat cinta, para pembaca novel agak hampa dengan filemnya kerana agak terpesong dari cerita asal seperti dalam novel. apa yang menarik tentang filem ini, para pelakonnya adalah hasil daripada audition yang ditelah dibuat sebelum pembikinan filem ini.

Kepada sesiapa peminat novel atau peminat filem, aku sarankan supaya membaca novel ketika cinta bertasbih dulu sebelum menonton filemnya. Diharapkan supaya filem ini tidak menghampakan aku dan semua pembaca novel ini. Bawah ni aku ada selitkan beberapa 'trailer' filem ketika cinta bertasbih.







OST ketika cinta bertasbih:


downloah Ketika cinta bertasbih Mp3: Download

Website rasmi filem ketika cinta bertasbih: www.filmketikacintabertasbih.com

Thursday, May 21, 2009

Bidadari Dari Timur


“Aku bukan wanita kafir atau yang leka dan lalai dalam arus dunia. Suka mempamerkan keindahan tanpa batas, pemakaian melampau bagaikan barangan lambak yang murah lagi tidak laku, kemudian dijajakan di kebanyakkan tempat, dapat dilihat dimerata-rata, tanpa nilai dan kehormatan nilai agama”.


Itu adalah antara kata-kata Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri kepada Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Buku ini merupakan epilog bahagia seorang isteri kepada Ulama serta pemimpin berjiwa besar yang menyentuh nurani. Buku ini menekankan tentang disetiap kejayaan lelaki tentulah terdapat wanita dibelakangnya. Wanita itu tidak kiralah sama ada ibu mahupun isteri.

Buku ini disarankan untuk dibaca lebih-lebih lagi kaum wanita yang mengidamkan kehidupan bahagia. Buku ini menerapkan tentang tanggungjawab seorang wanita terhadap suami dalam mencari redha Illahi disamping tanggungjawab sebagai seorang ibu. Kaum Adam juga disarankan untuk membaca kerana daripada buku ini kita dapat menghargai kaum Hawa yang mungkin perit jerihnya tidak kita nampak terutama sekali ibu kita.

Tuan Sabariah telah dilamar menjadi isteri kepada Nik Aziz sejak umurnya 14 tahun. Beliau mengorbankan masa remajanya yang mana bagi kebanyakan wanita lain pada umur itu sebagai masa untuk menikmati kemanisan dunia demi menjadi isteri lantas mencari redha Allah. Beliau bukan sahaja sebagai isteri kepada seorang ulama dan juga pemerintah, malah merupakan ibu kepada 10 orang anak yang didik dengan kedua belah tangannya sendiri.

“Tidak perlulah pembantu rumah untuk memastikan rumah tangga kami ini aman, teratur kemas dan bersistem. Aku senang melakukannya sendiri. Dengan dua tangan ini. Bukan bibik yang mengharapkan redha Allah SWT dengan redhanya suami ke atas pengorbanan dirinya, tetapi akulah yang mendambakan redha itu saban waktu. Aku selaku seorang isteri yang syurganya terletak di bawah tapak kaki suaminya”.


Bergelar ‘Datin’ bukanlah bermakna kehidupan mestilah bergaya dan sentiasa mewah seperti yang dipaparkan dalam cerita-cerita dalam tv. Kehidupan beliau serba sederhana seperti suri rumah yang lain tanpa memerlukan banglo mewah, menghabiskan wang dengan ‘shopping’, bersolek dll. Beliau lebih gemar bergaul bersama jiran tetangga, melakukan kerja-kerja rumah, mendidik anak dan membela haiwan ternakan seperti ayam serta bercucuk tanam.

Buku yang kecil dan ringkas ini menceritakan tentang kehidupan Tuan Sabariah sejak beliau remaja, bergelar isteri sejak Tok Guru menjari guru sehingglah menjadi menteri besar. Buku ini diterbitkan oleh Anbakri Publika Sdn Bhd berharga RM12.90 (KLIBF 09 berharga RM10 shj). Ditulis oleh Datin Tuan Sabariah sendiri dan disusun oleh Illi Sarah Annual Bakri seta mempunyai 107 muka surat..Wallahu’alam.

Saturday, February 14, 2009

Cinta di rumah Hasan Al Banna


“Aku ingin menyampaikan dakwah ini hingga kepada janin di perut ibunya”.

Itulah ungkapan oleh Imam Hasan Al Banna yang menunjukkan semangatnya yang tinggi untuk menyebarkan dakwah. Imam Hasan Al Banna merupakan pengasas gerakan dakwah Al-Ikhwanul al-Muslimun yang mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan dunia Islam.

Umur Imam Hasan Al Banna tidaklah begitu panjang sehingga waktu dia meninggal, anak sulungnya baru berusia 17 tahun dan mempunyai anak yang masih dalam kandungan. Namun, umur yang singkat itu sudah cukup untuk Imam Hasan Al Banna menyebarkan dakwahnya dengan meluas serta membesarkan anaknya dengan penuh nilai kasih sayang.

Ketokohan Imam Hasan Al Banna dalam mendidik anaknya harus dijadikan teladan untuk para ibubapa sekarang. Ini kerana disebalik kesibukan beliau menyebarkan dakwah, tidak pernah sekali beliau mengabaikan tanggungjawab beliau terhadap keluarga. Cara didikan beliau adalah seperti yang telah diwariskan oleh nabi Muhammad S.A.W. Jika membaca buku ini kita boleh kagum dengan cara didikan Imam Hasan Al Banna, bagaimana pula jika kita ketahui cara didikan nabi Muhammad.

Dalam mendidik anaknya, Imam Hasan Al Banna tidak pernah memarahi dan juga menggunakan kekerasan bahkan beliau lebih mengutamakan teknik psychology. Apa yang perlu ditanamkan adalah kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Anak-anak akan lebih cenderung melakukan kebaikan apabila dia mengetahui ada seseorang yang sangat menyayanginya dan berasa malu untuk membuat kesalahan kerana teringat terhadap orang yang dicintainya.

“Jika engkau ingin mengenali seseorang, kenalilah daripada buku-buku diperpustakaanya”.ungkapan yang dikeluarkan oleh Imam Hasan Al Banna Beliau juga menasihatkan agar setiap rumah mempunyai perpustakaannya sendiri. Ini menunjukkan betapa pentingnya sikap menuntut ilmu dan membaca buku dalam kehidupan kita.

Buku yang ringkas dan padat ini lebih menceritakan tentang kehidupan tokoh ini di rumah berbanding kegiatan dakwahnya. Aku nasihatkan agar sesiapa yang bakal mendirikan rumah tangga atau yang telah berumah tangga supaya baca buku ni. Keperibadian Imam Hasan Al Banna menunjukkan sesibuk manapun kita, masa untuk anak-anak perlu diluangkan walaupun sedikit. Buku ini juga ditulis hasil temuramah penulis (Mohammad Lili Nur Aulia) dengan anak-anak beliau. Buku ini adalah keluaran Alam Raya Enterprise dan berharga RM13 jika tiada diskaun.~N~

10 Nasihat Al-Imam Hasan Al-Banna (click pada gambar utk besarkan & save)

Monday, January 5, 2009

10 Sahabat Dijanjikan Syurga


salam

1) Abu Bakar As Siddiq
2) Umar bin Al Khattab
3) Uthman bin Affan
4) Ali bin Abi Thalib
5) Talhah bin Ubaidullah
6) Zubair bin Al Awwam
7) Abdul Rahman bin ‘Auf
8) Saad bin Abi Waqqas
9) Said bin Zaid
10) Abu Ubaidah bin Al Jarrah

Inilah 10 sahabat Rasulullah S.A.W. yang mana sejak hidup di dunia lagi mereka telah dijanjikan Syurga oleh Allah. Kita (termasuk aku) sering kali mencari biodata tentang orang terkaya di dunia, orang yang paling berpengaruh di dunia dan macam-macam lagi tapi jarang mengambil tahu tentang biodata para sahabat yang sememangnya mempunyai akhlak yang terpuji. Sedarlah kita bahawa orang-orang barat yang kita kagumi sebelum ini hanya kita boleh contohi untuk kehidupan dunia sahaja tetapi para sahabat ini bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat juga.

Nama-nama sahabat ni juga ada yang baru aku dengar buat pertama kali. Tapi Alhamdulillah sekurang-kurangnya baru tahu daripada langsung tak tahu dan tak nak ambil tahu lagi teruk. Mungkin pernah belajar dalam subjek pendidikan Islam masa sekolah dulu tapi lupa. Biasalah kebanyakan kita belajar di sekolah hanya sekadar untuk exam sahaja. Lepas exam habis semua hilang termasuk aku.

Buku ni aku beli waktu Pesta buku Selangor berharga RM15 keluaran Klang Book Centre. Bukunya agak ringkas. Cuma bagi aku teknik penceritaan buku ni perlu dimantapkan lagi agar pembaca lebih tertarik untuk membaca. Ni aku ceritakan serba sedikit tentang 10 sahabat ni.

Saidina Abu Bakar as Siddiq merupakan orang lelaki yang paling dicintai oleh Rasulullah. Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawa Abu Bakar adalah manusia yang terbaik selepas para nabi. Iman Abu Bakar jika ditimbangkan dengan iman semua mereka yang beriman yang hidup di muka bumi ini, nescaya imannya lebih berat. Abu bakar juga akan menjadi orang pertama dari umat Nabi Muhammad yang akan memasuki syurga.

Saidina Umar Al Khattab adalah manusia yang sangat terkenal dengan kebenaran dan ketegasananya. Beliau sangat berani dan tidak mengenal erti gentar hinggakan musuhnya sendiri berasa gentar apabila mendengar namanya sahaja. Umar adalah antara sahabat yang Rasulullah pernah mendoakan untuk keislamannya. Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasullah pernah bersabda:“sebelum kamu terdapat ahli hikmah dikalangan umat terdahulu. Jika terdapat seseorang dikalangan umatku, ia pastilah Umar“.

Saidina Uthman bin Affan adalah seorang yang kaya dan sangat lemah lembut. , Uthman mempunyai sifat pemalu dan sopan santun sehingga para malaikat juga mencemburui sifat pemalunya. Rasulullah sangat berhati-hati dengan pakaiannya apabila ingin bertemu dengan beliau kerana jika tidak berbuat seperti itu, Uthman tidak akan bercakap sepatah pun kerana sifat malunya. Beliau merupakan orang pertama yang menyusun Al Quran. Talhah melaporkan bahawa Rasulullah bersabda “setiap Rasulullah mempunyai teman di dalam syurga dan teman rapatku di syurga adalah Uthman bin Affan“.

Saidina Ali adalah sepupu rasulullah dan suami kepada Fatimah. Rasulullah pernah bersabda “Barangsiapa yang mencerca Ali Radialllahu Anhu, ia mencerca daku“. Rasulullah juga pernah berdoa agar tidak dicabut nyawanya melainkan belaiutelah melihat Ali. Beliau menurut Rasulullah adalah ’Babul Ilm’ (pintu ilmu). Beliau menghafaz alquran dalam hatinya dan mengetahui tepat bila, dimana, dan dalam keadaan apakah setiap ayat Al Quran diturunkan.

Talhah adalah seorang yang sangat pemurah. Rasulullah pernah bersabda bahawa Talhah dan Zubair akan menjadi jiranku di dalam syurga. Zubair bin Al Awwan merupakan sahabat yang terkaya dari semua sahabat. Nabi juga pernah bersabda “setiap nabi mempunyai sahabat yang ikhlas, bagiku adalah Zubair“.

Abdul Rahman bin Auf adalah sahabat yang kaya dan pemurah. Nabi pernah bersabda kepada isterinya, “barangsiapa yang melayan kamu dengan pemurahnya selepas ketiadaanku adalah yang ikhlas dan baik hati. Ya Allah, berikanlah kepada Abdul Rahman bin Auf minuman Salsabil di dalam Syurga“. Saad bin Abi Waqqas adalah orang Arab pertama untuk memanah di jalan Allah. Rasulullah bersabda “Ya Allah! Terimalah doa Saad apabila beliau berdoa kepadaMu“.

Said bin Zaid adalah sahabat yang berani dan seorang ahli tauhid. Doa beliau adalah antara yang dimakbulkan Allah. Abu Ubaidah bin Al Jarrah pada pandangan Rasulullah adalah sahabat yang benar-benar amanah. Rasulullah bersabda “setiap orang mempunyai orang yang setia dan orang yang paling setia bagi ummah ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah“.~N~

Friday, December 12, 2008

Ketika cinta Bertasbih



Salam,

Alhamdulillah..dengan kuasaNya dapatlah aku mengkhatamkan novel Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2. Cuti yang membosankan ni membuatkan aku boleh memecut membaca novel ni memandangkan cerita di tv pun banyak yang aku tak tahu pokok pangkalnya dan membuatkan aku malas untuk menonton.

Seperti sebelum ni, aku ada cerita serba sedikit tentang novel ni. Dan pada kesempatan ini aku menggalakkan dan mengajurkan kepada semua kawan-kawan untuk dapatkan dan membaca novel ni. Bagi aku, tujuan penulis (Habiburrahman) yang ingin membangukan jiwa melalui penulisan novelnya tercapai. Ini kerana penulis bukan sahaja hanya mengolah dan membunga-bungakan ayatnya, malah pada pandangan aku, penulis amat banyak membuat research dan bacaan umum yang dimuatkan dalam novelnya bagi menambah ilmu para pembacanya.

Buku Ketika Cinta Bertasbih 1 (KCB1) lebih banyak menceritakan tentang kehidupan Azzam dan rakannya di Mesir. Ketika Cinta Bertasbih 2 (KCB2) pula menceritakan kehidupan Azzam setelah pulang dari Mesir dan tentang keluarganya di Indonesia. Azzam merupakan watak utama dalam novel ni. Pada pandangan aku penulis telah berjaya menghidupkan watak Azzam dan watak-watak lain dengan menjelaskan ciri-cirinya secara terperinci yang membolehkan kita menggambarkan dengan jelas watak tersebut. Novel ini amat menarik kerana amat sedikit watak antagonist dan dipenuhi dengan kehidupan Islamik yang semakin jarang kelihatan pada masa kini.

Novel ini berkisahkan tentang seorang pemuda bernama Azzam yang sedang belajar di Universiti Al-Azhar Mesir. Pada asalnya Azzam seorang pemuda yang bijak dan kemudian terpaksa mengorbankan masa pembelajarannya dengan berniaga tempe dan bakso demi menyara kehidupan ibu dan 3 orang adiknya di Indonesia setelah kematian bapanya. Dia terpaksa menghabiskan ijazahnya dalam masa 9 tahun dan dalam pada waktu itu dia tidak pernah pulang ke kampung halamannya dan tidak pernah melihat pembesaran adik-adiknya.

Disamping menjadi peniaga dan pelajar, Azzam juga dianggap sebagai abang oleh rakan-rakannya yang sering dijadikan rujukan dan sikapnya banyak dijadikan contoh bagi rakan-rakannya yang lain. Dalam kesibukannya, Azzam tetap ingin mencari calon isterinya yang mana ciri utamanya adalah solehah, taat pada Allah, oran tuanya dan mampu mentaati suami. Dalam mencari jodohnya, Azzam banyak berpandukan ajaran Al-quran dan hadis dan lebih banyak berserah kepada Allah serta yakin terhadapNya kerana jodoh itu ditanganNya.

Eliana yang merupakan wanita yang bijaksana, kaya dan menjadi ikon masyarakat Mesir dan Indonesia yang mendapat pendidikan barat dimana dalam diam mengkagumi akhlak Azzam dan ingin berubah menjadi wanita solehah. Anna Althafunnisa merupakan wanita solehah yang amat tinggi ilmu agamanya dan merupakan anak kepada seorang kiyai terkenal di Indonesia. Anna sangat merendah diri dan kecantikan luaran dan dalamannya menjadikan dia sebagai wanita impian kebanyakkan pelajar-pelajar lelaki Al-Azhar untuk dijadikan isteri. Vivi pula merupakan seorang doktor yang dikenali Azzam sewaktu berada di tanah air merupakan seorang wanita yang solehah dan bagus budi pekertinya dan mengimpikan suami yang soleh yang dapat membimbingnya dunia dan akhirat seperti Azzam.
Terdapat juga wanita-wanita lain selain 3 yang disebut yang menjadi calon isteri kepada Azzam. Wanita-wanita itu adalah calon isteri kepada Azzam yang mana ada yang memang diimpikan Azzam, ada yang memang meminati Azzam, dan juga ada yang dicarikan oleh ahli keluarga dan teatangga Azzam. Yang mana satu menjadi pilihan Azzam untuk dijadikan isteri? Kenalah baca sendiri. Kekuatan novel ini pada aku adalah tentang hubungan kekeluargaan yang ditunjukkan dalam novel ini boleh membuatkan kita menitiskan air mata. Selain itu, kehidupan islamik yang ditunjukkan oleh keluarga, sahabat dan tetangga Azzam membuatkan kita bermuhasabah diri tentang kehidupan kita alami sekarang yang banyak lari dari landasan yang betul.

Novel Ketika Cinta Bertasbih adalah hasil karya Habiburrahman El Shirazy dan telah diterbitkan di Malaysia oleh Al-Hidayah publication. KCB1 mempunyai 484 muka surat dan berharga RM21.90 manakala KCB2 mempunyai 626 muka surat berharga RM25.90 kalau tiada diskaun. Pada pandangan aku dan aku jamin, tak rugi jika kita membaca dan memiliki novel ni.

Pengajaran utama yang aku dapat lepas baca novel ni:
1. Hubungan kekeluargaan yang erat membuatkan setiap ahli keluarga sanggup mengorbankan apa yang dicita-citakan untuk kepentingan ahli keluarga yang lain.
2. Redha dengan setiap ketentuan Allah dan percaya Allah telah menyediakan keindahan selepas setiap ujian itu.
3. Jadilah manusia yang bukan sahaja berjaya di dunia malah turut berjaya di akhirat.
4. Berani berubah untuk terus maju serta tidak perlu malu dengan kelemahan dan kekurangan diri sendiri dan tidak perlu sombong atas setiap kesenangan. Dan banyak lagi.~N~

Friday, November 14, 2008

Haji Muda..

salam..



"Haji dan umrah sebaik-baiknya mampu merobek keegoaan, membina tsunami keinsafan dan menghampar perjalanan insan meniti renjisan kedamaian". Ridzwan Bakar


Alhamdulillah...segala puji bagi Allah sebab diberi kesempatan untuk membaca buku yang bertajuk 'haji muda'.hasil pengalaman menunaikan haji membolehkan saudara Ridzwan Bakar menulis buku ini untuk dikongsi bersama..buku travelog yang bercorak santai seperti ni mula menarik minat aku dan mungkin orang lain diluar sana..

Buku ini menyelitkan banyak pengajaran disebalik setiap pengalaman. dibahagikan kepada 4 topic besar dan diikuti dengan beberapa subtopic bagi setiap bab. bermula dengan pengalaman sebelum berangkat,berada di Madinah munawwarah, cabaran di Mekah serta haji dan cabaran pascahaji.

Haji muda ini menceritakan bagaimana penulis terpaksa berkorban meninggalkan anak-anak yang masih kecil untuk mencari redha Allah. Antara yang paling menarik perhatian aku tentang mengapa perlu bertaubat. perkataan yang paling membuatkan aku tersentak adalah 'Adakah amalan aku sejak baligh diterima Allah?' Astagfirullah..

Buku ini sesuai untuk orang macam aku sebab pengalaman penulis yang kurang pengalaman sewaktu pergi haji menarik minat kita agar mengutip ilmu semaksimum mungkin sebelum menunaikan haji. selain itu, ape yang penting sewaktu berada di tanah haram ialah berfikiran positif dan menjadikan Allah sahaja sebagai tempat bergantung.

Tips-tips yang diberikan sangat bermanfaat diselitkan bermula dari bagaimana hendak mendaftar haji, kenapa perlu pergi haji sewaktu muda dan tips bagaimana handak istiqamah ada dalam buku ni. Tips paling menarik adalah tips mencium hajarul aswad menggunakan formula RIDZ(iaitu relaks dan istiqamah dalam zero dan mungkin juga berdasarkan nama penulis).

Buku ni mempunyai 180 muka surat dengan harga berpatutan rm19.Aku sarankan kepada semua untuk baca buku ni lebih-lebih lagi orang muda. Haji rukun Islam kelima, Haji bukan untuk orang tua, haji untuk orang berkemampuan tak kira muda atau tua. aku sarankan diri aku dan orang lain supaya menanamkan keazaman untuk membuat haji dari sekarang.InsyaAllah~N~

Thursday, September 4, 2008

Dari Beirut ke Jerusalem


salam..

ni buku terbaru yg aku habis baca..buku kisah benar tulisan Dr Ang Swee Chai..satu buku yang amat menakjubkan n aku vote 5 bintang utk buku ni..mula2 macam tak berminat utk baca..setelah di trigger oleh classmate utk bacanye br lah aku baca..sbb akunye perception: buku yg berkaitaan org Palestin kenapa pulak orang cina yg tulis..mesti dia ada terpesong2 sikit crite pasal rakyat Palestin n Islam..

Dr Swee merupakan anak kelahiran Malaysia yg dibesarkan di Singapura dan menetap di Britain..beragama kristian dan beliau merupakan seorang pakar ortopedik yg pernah bertugas di beirut sewaktu peristiwa serangan di kem Sabra dan Shatila 1982..beliau sanggup mengumpul dana bg membantu org palestin dan menubuhkan persatuan yg membela nasib rakyat Palestin..beliau juga diancam bunuh oleh musuh kerana bersahabat dengan rakyat Palestin..

apa yg menariknya buku ni, ia di tulis berdasarkan persepsi org bukan Islam yg pada mulanya beranggapan bahawa org Islam sbg pengganas dan yakin ape yg Yahudi dan Kristian buat keatas umat Islam Palestin adalah betul dan tidak menyalahi undang2..setelah berada di Beirut bersama2 org Palestin, pandangan ini semuanya berubah dan menyedari bahawa org Palestin dizalimi, dibunuh serta di seksa seperti binatang..

apa yang menyedihkan sekali adalah peristiwa di Kem Sabra dan Shatila..dimana setelah pejuang pembebasan Palestin(PLO) yg merupakan ketua keluarga dan pejuang2 palestine ini dihantar pulang serta meninggalkan kem..askar Israel telah datang untuk menyerang penduduk2 kem yg majoritinya adalah kaum wanita dan kanak2 tanpa belas kasihan..sehingga pesakit yg berada dihospital juga dibunuh..mereka membunuh semua yg bergelar rakyat Palestin dan ada juga kaum wanita diseksa serta dirogol..padahal waktu itu rakyat palestin baru sahaja ingin memulakan hidup baru setelah tamatnya perang..

banyak cerita dalam buku ni membuatkan hati tersentuh dan sebak..aku sarankan kepada rakan2 yg merasakan diri mereka adalah saudara kepada umat Islam di Palestin tolong bacalah buku ni..banyak pengajaran yg dapat kita perolehi dan blh memotivasikan diri kita..dan setelah membaca buku ni marilah kita doakan agar Dr Swee diberikan hidayah oleh Allah atas keperihatinan beliau..

pengajaran yg diperolehi:
1. bantulah orang lain yg memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa agama dan warna kulit..tanamkan perasaan simpati keatas musibah orang lain dan buangkan semua perasaan benci, geli, jijik dll..kerana semua manusia dalah makhluk ciptaan Allah..ini ditunjukkan oleh Dr Swee yg sanggup bersusah payah utk memperjuangkan hak rakyat Palestin

2. hormatilah tetamu..ini dapat dilihat dimana sikap org Palestin yg sgt menghormati tetamu dan gemar memberikan hadiah & cenderahati yg terbaik yg mereka ada kepada tetamu..

3. tiada perasaan putus asa dalam naluri rakyat Palestine..mereka dihalau dari tanah air mereka sendiri dan menjadi pelarian di negara org..pada masa yg sama hidup mereka tidak pernah aman dimana ahli keluarga mereka dibunuh dan rumah mereka dimusnahkan..tapi mereka tidak pernah putus asa dan tetap berjuang mempertahankan hak mereka walupun kesediahan menghimpit hidup..

4. redha dengan setiap ketentuan tuhan..walaupun diuji dengan kemusnahan dan kematian..penduduk Palestin akan tabah meneruskan hisup serta redha dengan setiap ketentuanNya..ini kerana jika mereka bersedih bermakna mereka telah mengaku kalah dan memberi kemenangan kepada musuh

5. sabar dalam menempuhi dugaan..kerana setiap org yg bersabar sentiasa menemui kejayaan..

ni ada link n gambar2 yg dirakamkan oleh Dr Swee: link

mari sama2 kita doakan agar rakyat Palestin dapathidup aman damai dan Allah akan mengampunkan dosa para syuhada' yg telah berjuang untuk Palestin..Aminn ~N~

Thursday, August 21, 2008

Hikmah terapi Sedekah..


salam..
"Katakanlah kepada hamba2 Ku yang beriman, 'hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari itu tiada jual beli dan persahabatan". (surah Ibrahim:31)

Sedekah..ramai antara kita kadang2 terlupa untuk sedekah..and sometimes ter'tak ikhlas' pulak dalam sedekah..kadang terdetik kat hati kita..'nak bagi ni nnti aku kene beli yang baru, dahlah susah nak cari,mahal pulak tu,duit bukannye banyak,lagi2 student macam aku ni'..pernah tak terdetik macam tu? aku pun slalu gak..tu agaknye memang naluri manusia yg imannye macam biji sawi mcm aku...mari kita contohi sifat dermawan nabi yg tidak pernah berkata 'tidak' apabila ada orang meminta sesuatu darinya..

Nabi pernah didatangi seorang perempuan dan memberikan sejenis selimut yang disulam..pada waktu tu Rasulullah mmg amat memerlukan selimut itu lalu memakainya..tiba2 datang seorang sahabat yg memuji selimut itu lalu memintanya kepada Rasulullah..Rasulullah dengan segera membuka dan memberikan kepada sahabat tadi..sahabat2 lain memarahi sahabat itu kerana memintanye sedangkan dia tahu bahawa Rasulullah tidak akan menolak permintaan sesiapa pun..lalu sahabat itu berkata..'Demi Allah, tidak ada yang mendorongku untuk memintanya selain berharap keberkatan selimut yg dipakai oleh Raulullah dan semoga selimut ini dijadikan kain kafan ku kelak"..

Balasan dan Kesan sedekah
1. Sedekah menyucikan dan membersihkan diri
2. Sedekah adalah pelaksanaaan perintah Allah dan Rasulnya
3. Pada hari qiamat orang mukmin dilindungi oleh sedekahnya
4. Sedekah menghindari keburukan dan mencegah su'ul khatimah
5. Sedekah bukti kebenaran iman
6. Sedekah adalah penyebab seseorang dibebaskan dari Tawanan
7. Allah s.w.t akan mengganti harta sedekah
8. Pahala sedekah tidak terputus
9. Sedekah menghapuskan kesalahan

just nak cerita sikit no. 3 tu..
"pada hari qiamat manusia berpeluh sehingga peluhnya mencapai ke bumi 70 hasta dan menggenangi mereka sampai ke hidung mereka" (HR.Bukhari)
beginilah yang digambarkan Rasulullah betapa matahari berada diatas kepala manusia hingga bercucuran peluh.Dalam keadaan itu manusia amat memerlukan perlindungan. maka sedekah pun datang untuk menaungi pelakunya..

Abu A-Khair salah seorang perawi hadith, akan menyalahkan dirinya dalam sehari dia tidak bersedekah walaupun dengan kuih atau bawang.

buku ni aku beli waktu pesta buku selangor hujung bln Julai lepas...nipis je dalam 67 muka surat je..ni lah satu2 buku yang aku dapat habiskan dalam 1 hari..pecah rekod..bahasa ringkas dan mudah faham serta tulisan nye jelas..keluaran Al-Hidayah..rm4.50..murah n nipis je..mudah2an sedara semua diberi kesempatan membaca buku ni dan mengambil ikhtibar serta mengamalkannya..aminn.~N~

Thursday, July 31, 2008

Quran Berjalan..


Salam
Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk(menjadi) rahmat sekalian alam..(Al-Anbiya':107)

Alhamdulillah dapat gak aku abiskan buku Quran berjalan ni dalam masa 2 bulan cuti sem + beberapa minggu selepas cuti..bila baca tajuk dia macam pelik je..so tergerak hati nak tgk isi kandungannya..bile tengok pengarangnye terus terpikat sebab buku ni dikarang oleh Dr Aidh Abdullah AlQarni..one of my favourite authors..actually buku ni di translatekan dr bahasa arab yg bertajuk Rahmatan lil 'alamin yg bermaksud rahmat bg sekalian alam..aku beli buku ni waktu pesta buku antarabangsa kat PWTC dulu..aku beli softcover mase tu rm 35 je n dalam 590 muka surat..

"tak kenal maka tak cinta"...itu istilah yg biasa kita dengar org ckap..so, slalu kita cakap kita cintakan nabi Muhammad s.a.w..betul ke kita cintakan nabi kita sedangkan kita tak kenal dia...ni lah perkara yg berlaku pada zaman sekarang..kita sibuk baca biodata Bill Gates, Dr Mahathir, Siti Nor Haliza dll tp pernah kah kita tau biodata n perjalanan hidup nabi kita yg slalu kita bangga2kan...so, saya seru kpd diri sdr n kwn2 marilah kita membaca or try cari ilmu pasal sirah n peribadi nabi Muhammad..

buku ni berkisahkan tentang sirah nabi Muhammad dari beliau dilahirkan hingga saat nyawanya dikembalikan kpd Allah swt...lepas baca buku ni terasa jahilnye diri tentang sirah Rasulullah yg sepatutnya dicontohi serta mengamalkan dalam kehidupan harian..kita dapat lihat betapa mulianya akhlak nabi serta bagaimana cabran yg dilauli dalam menyampaikan dakwah agar umat amnusia tidak sesat didunia dan akhirat..

dalam buku ni ada cerata pasal saat kelahiran, penghijrahan rasulullah,perang uhud, perang khandak dan perang hunain serta beberapa peristiwa lain sepanjang hidup nabi..tidak ketinggalan tentang bulan kesediahan yg dilalui oleh Nabi serta saat kematianNye yg amat menyedihkan...tak lupa ada penerangan tentang mukjizat2 nabi dan bagaimana hidupnya bersama sahabat2..

ape yg menarik tentang buku karangan Dr Aidh ni, dia menceritakan sirah nabi dan diselitkan dengan ayat Quran dan hadith serta puisi2 yg indah sepanjang buku ni..selain tu, terdapat juga kesimpulan yg dibuat oleh pengarang dalam setiap bab yg diulas utk diamalkan dalam kehidupan seharian...

So, dinasihatkan bacelah buku ni atau buku2 sirah nabi Muhammad yg lain utk menambahkan rasa cinta kita kepada nabi kita Muhammmad saw n mengamalkan sunnahnya..mudah2an Allah berikan kita kekutan untuk melaksanakannya..aminn

Thursday, July 17, 2008

Buat Sampai jadi..



salam..
buku ni aku dah habis baca bln lepas..saje je nak share..ni buku dr Tuah yg ke-4 yg aku dah baca..aku suka penulisan dr Tuah..sangat santai n cara dia tulis seolah2 kita sedang borak dengan dia..

kebanyakkan yg di ceritakan dalam buku ni adalah tentang motivasi especially kepada orang melayu yg beragama Islam...dr Tuah menceritakan dalam buku ni melalui pengalaman dia sebagai pakar motivasi..especially cerita tentang perangai orang melayu skrang ni..yg paling menarik, setiap cerita akan diselitkan dengan pengajaran..dia akan menyedarkan kita tentang perangai kita sekarang yg kita sendiri tak sedar kalo buat..so byk gak lah terkene batang hidung sendiri..

satu bab yg paling aku suka dia crite pasal penyakit lupa,latah n nyanyuk (LLN)..atau dementia, alzheimer n latahzer(istilah yg dicipta oleh dr Tuah..so, yg dapat disimpulkan disini..banyaklah membaca n tuntut ilmu kalo nak elak kene penyakit ni..

kpd sesiapa y gtak baca buku ni..aku sarankan..bacelah..best sangat..harganye cuma rm10..tak rugi pun kalo beli..

p/s: mak aku cakap kalo nak elak nyanyok dah tua nnti..jangan lupa baca doa lepas wuduk tu..mari lah same2 kita amalkannya..