Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Friday, October 28, 2011

Bawalah Ia Bersama..


Salam

Aku merupakan insan terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang merupakan batch pertama atau batch 'pioneer'. Makanya bila jadi batch 'pioneer' semua yang kami buat adalah menjadi kayu ukur atau pun sebagai bahan uji kaji. Semua benda masih serabut dan sangat banyak kekurangan.

Walaupun aku pernah bersekolah 'multiracial' sewaktu lower form dulu, tapi aku tidak tinggal bermalam bersama-sama bangsa lain. Cuma sekolah harian biasa, pagi pergi dan petang balik. Bagi aku, mungkin objektif PLKN untuk memupuk perpaduan adalah agak berjaya tapi banyak aspek yang gagal disamping kerajaan mengalami kerugian akibat kerosakan banyak harta benda serta wujud juga pergaduhan dalaman antara bangsa di dalam kem itu sendiri.

Ada satu perkara yang amat terkesan sewaktu aku berada di PLKN. MEMBAWA ALQURAN KEMANA SAHAJA KITA BERMASTAUTIN. Adakah kita akan membawa kitab suci kita, Al-Quran bersama-sama jika kita pergi kursus atau kem atau mesyuarat yang mengambil masa lebih 3 hari? Kalau dalam 10 orang ada tak 1 orang? aku pun tanya pada diri sendiri. sebab diri ini pun selalu lupa dan alpa.

Sebelum pergi PLKN, perspektif aku, kat surau mesti ada al-Quran. Guna je yang surau punya kalau nak baca. Tapi malangnya, kem yang aku pergi kem yang baru, di surau cuma ada 1 atau 2 sahaja al-quran yang terpaksa bergilir-gilir untuk membaca. Sebab apa kena bergilir-gilir? sebab mungkin semua orang berfikir sama dengan aku dan mungkin ada menganggap membawa al-Quran akan membebankan dan menambah jisim beg.

Apa yang paling terkesan, bila melihat kebanyakkan rakan-rakan yang beragama kristien membawa kitab mereka sewaktu di kem. mereka membaca kitabnya sewaktu tiada aktiviti dijalankan. sebab apa mereka bawa? sebab mereka telah ditanamkan dalam diri mereka untuk membawa kitab ke mana sahaja. walaupun bilangan mereka kurang daripada orang Islam, tapi dari segi nisbah mereka yang membawa kitab injil dan kita yang membawa Al-Quran, sudah tentulah kita kalah.

Sebab apa kita selalu tidak bawa al-Quran? sebab kita tak rasa kepentingan al-Quran tu dalam diri kita. Tak menjadikan membaca Al quran itu sebagai amalan harian kita. hidup kita jauh dengan keyakinan dan kebergantungan kepada Allah. ada yang bawa Al-Quran tu pun dengan harapan untuk elak hantu ataupun jin. Bukan untuk dibaca. Letak Al-Quran dalam kereta untuk elak kemalangan. tapi malangnya al-Quran tidak dibaca dan diamalkan.

Oleh itu, aku yang banyak dosa ini menyarankan, latihlah diri kita untuk membawa al-Quran ke mana sahaja kita pergi untuk jangka masa yang lama. atau sekurang-kurangnya kitab kecil yang memuatkan surah-surah lazim atau setidak-tidaknya surah Yasiin. Tapi janganlah hanya membawa, baca dan amalkanlah juga Ia. Bagi yang berkeluarga, latihlah anak kita untuk menjadikan al Quran sebagai sesuatu yang penting serta bergantung terhadapnya. Bacalah al Quran sehingga diri terasa kosong bila tidak membacanya.

dari Abu Umamah al-Bahili RA, ia berkata, 'Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bacalah al-Qur`an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat bagi ahlinya (yaitu orang yang membacanya, mempelajari dan mengamalkannya)." HR. Muslim.


Wednesday, August 10, 2011

Doa Dhuha


Salam

Pernah kah kita sembahyang dhuha? jika tidak, marilah kita amalkan, jika jarang mari kita kerapkan. Sembahyang dhuha antara solat sunat yang digalakkan untuk kita amalkan. Solat dhuha dapat memurahkan rezeki. Rezeki bukanlah duit sahaja, rezeki disini termasuklah ketenangan, kebahagiaan, kesihatan dll. Yang aku tertarik dekat sini adalah doa selepas solat dhuha ini, sungguh mengagumkan.

Mari sama-sama kita amalkan solat sunat dhuha, dan amalkan bacaan doa solat sunat dhuha ini.


download mp3

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.



Sunday, March 13, 2011

Berilah kekuatan

Salam

Kepada sesiapa yang sedang ditimpa kesusahan, kesedihan dan ujian dari Allah.Please be strong. Mudah-mudahan ayat alquran ini menjadi kekuatan untuk kita terus bersabar dan bertahan atas semua ujian. Marilah kita sama-sama amalkan dan jadikan doa seharian kita..ayat quran ni selalu kita baca dan ramai yang hafal cuma kadang-kadang kita tak tau maksudnya...



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir” (Al Baqarah Ayat: 286)


Wednesday, May 19, 2010

Kisah si Pipit


Salam

Ketika Nabi Ibrahim AS dibakar oleh Namrud, seekor burung pipit terbang ke sungai lalu memenuhkan paruhnya dengan air. Air itu diterbangkan dan dicurahkan ke atas api yang sedang membakar Nabi Ibrahim. Berulang kali si pipit mengulangi perbuatannya. Hinggalah ia ditanya, "Wahai pipit, mana mungkin beberapa titis air yang kamu bawa itu akan memadamkan api yang sedang membakar Ibrahim!"

Pipit menjawab, "Ya, aku tahu air itu tidak dapat memadamkan api yang sebegitu besar. Tetapi perbuatanku ini akan melepaskan aku daripada dipersoalkan diakhirat kelak."

Mari kita renungkan kisah pipit diatas..Wassalam ~N~

Monday, June 8, 2009

Mutiara kata


Pada yang empunya harta yang melimpah
hulurkanlah zakat dan sedekah
Pada yang sihat dan kuat
berilah tenaga dan keringat
Pada yang berbakat dan cengekiawan
pemurahlah dengan hikmah dan pengajaran
Pada yang miskin dan kesempitan
bersedekahlah dengan senyuman
Semua kita harus pemurah
memberi bukan untuk bermegah
Tetapi itulah perintah Tuhan
semai kebaikan dan tuailah keredhaan


sumber:kulit belakang majalah solusi #8

Wednesday, March 25, 2009

Karamah Mujahideen di Perang Gaza



Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera
Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari
udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula
infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza
bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut.

Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang
membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar
Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid
Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin,
Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru
ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang
sampai kepada saya :
1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada
bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel.
Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka.
Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah
ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung
tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut.
Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil
oleh tentera Yahudi.
2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera
Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat
mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak
dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh
dengan mudah.
3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang
dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi
(sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak
ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya
melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket
bajunya.
4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua
belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila
ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan
apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut
masih ada di tempat pelancarnya.
5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa
matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian
putih dan melemparkan pasir ke matanya.
6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang
mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai
pakaian ala tentera seperti biasa.
7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa
kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam
Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang
lelaki.
8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih
ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.
Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah
swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan
yang lebih ramai.


Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama
serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya,
Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad
Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain
kafannya masih putih bersih. Beliau adalah salah seorang pengasas dan
pemimpin HAMAS.


"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk
dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia
adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi
segala sesuatu. " (Fussilat:52) .


Ustaz Abdul Halim (IniJalanku)
(copy from email)

Thursday, March 5, 2009

Larangan Memberi Hormat Dengan Cara Berdiri

Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Salam bersabda,

"Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan
dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia
dengan tempat duduknya di Neraka." (Hadis Riwayat
Ahmad, hadis sahih)


Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu berkata,

"Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para
sahabat daripada Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa
Salam. Tetapi, bila mereka melihat Rasulullah Shallallaahu
'alaihi wa Salam (hadir), mereka tidak berdiri untuk
beliau. Ini adalah kerana mereka mengetahui bahawa beliau
membenci perkara tersebut." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi,
hadis sahih)

Yang dimaksudkan dengan berdiri di dalam hadis ini adalah
berdiri dengan tujuan untuk mengagungkan seseorang. Iaitu
dengan cara berdiri di (dari) tempat duduknya dan dia tidak
berganjak dari tempat duduk asalnya. Iaitu sekadar berdiri
sebagai tanda hormat.

Adapun berdiri dan bergegas (menuju kepada seseorang)
dengan sebab untuk menyambut tetamu atau memberi pertolongan
kepada orang yang hadir, maka itu tidak termasuk di dalam
ancaman daripada hadis di atas.

Hadis di atas menunjukkan bahawa seseorang muslim yang suka
dihormati dengan berdiri, ketika dia masuk ke sesuatu
majlis, maka dia diancam dengan ancaman Neraka.

"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu
di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara
kamu." (Al-Hujurat: 13)

Mungkin ada yang berkata, "Jika kita tidak berdiri
untuk orang yang masuk ke dalam majlis, mungkin dalam
hatinya terdetik sesuatu prasangka kepada kita yang
duduk."

Kita menjawab, "Kita menjelaskan kepada orang yang
datang itu, bahawa kecintaan kita padanya terletak di hati..
Dan kita meneladani Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa
Salam yang membenci berdiri sebagai tanda penghormatan. Juga
meneladani para sahabat yang tidak berdiri untuk beliau. Dan
kita tidak mengkehendaki orang yang datang itu masuk
Neraka."

Maka, dengan itu, janganlah kita zahirkan cara penghormatan
yang boleh mengakibatkan mereka yang diberi penghormatan itu
diancam dengan Neraka sebagaimana hadis Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa Salam,

"Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan
dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia
dengan tempat duduknya di Neraka." (Hadis Riwayat
Ahmad, hadis sahih)

Disunting dari buku: Golongan Yang Selamat, Syaikh Muhammad
Jamil Zainu.

Saturday, November 8, 2008

Soket ilmu

“Laila! lama sungguh tak jumpa kau” ujar kak Nab semasa bersalam dengan Laila sambil berpelukan.

“Aah lah kak Nab, kalo tak ada raya macam ni entah jumpa tah tidak kita ni” balas Laila.

“Eh! Ni anak ko Naim ye?, yang sebaya dengan anak aku Sham tu ke?. dah besar panjang budak ni. Dulu kecik je”, tanya kak Nab sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah Naim.

“Ha yelah. Dulu kecik je, sekarang lagi besar daripada emaknya. Si Sham tak ikut ke? ”soal Laila.

“Alah biaselah budak sekarang bukannya nak ikut kita pergi ziarah rumah orang ni” jawab laila. “ko buat ape sekarang ni Naim? ” soal Laila lagi.

“Owh..sekrang saya dah tahun akhir mak cik amik jurusan kimia kat Universiti Malaya”, jawab Naim dalam nada bangga.

“Ha tu lah..Naim ni kalau belajar memang bersungguh-sungguh. Setiap semester dapat anugerah dekan. Lecturer dia suma kenal dia. Ni dengar cerita lecturer dia nak recommend kan untuk sambung master kat US. Silap-silap terus sampai PhD”, tambah Laila sambil membangga-banggakan anaknya.

“Sham buat ape pulak cik?”, Tanya Naim tentang pesaingnya sewaktu sekolah dulu.

“Sham tu, baru habis sijil kat politeknik. Mane taknya, belajar kat sini, berhenti..hantar pula kat sana berhenti juga..tak taulah ape nak jadi kat budak tu”, sayup jawapan yang diberikan Kak Nab.

Bisik Naim dalam hatinya, “Ai bukan ke mase sekolah rendah dulu si Sham ni bukan main pandai. Asyik masuk kelas pertama je. Kalau macam tu, antara budak sekolah rendah dulu, aku ni antara orang paling berjayalah..tunggulah habis belajar nanti, aku lah yang bawak kereta paling mahal sekali”

Sifat takbur dan riya’ adalah penyakit hati dan merupakan antara sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri kita. Terasa diri sendiri paling pandai dan berbangga-bangga dengan kepandaian merupakan antara sifat buruk yang wujud apabila kita dikurniakan Allah dengan kebijaksanaan. Ingatlah kita bahawa tidak akan masuk syurga jika ada perasaan riya’ dalam diri kita walau sebesar zarah pun.

Menilai kepandaian seseorang melalui nilai gred atau ‘pointer’ menjadi perkara lumrah dalam hidup masyarakat kita. Ada juga yang menilai ilmu seseorang itu berdasarkan kehebatan universiti tempat mereka belajar. Adakah Allah akan tanya ‘pointer’ atau universiti mana tempat kita belajar di dalam kubur serta di akhirat kelak? Atau dengan ‘pointer’ yang tinggi dan universiti hebat dapat dijadikan tiket untuk kita masuk ke syurga di akhirat nanti. Ingatlah, apa yang Allah akan tanya nanti adalah sejauh manakah ilmu yang diberikan itu digunakan serta dimanfaatkan sepenuhnya untuk kegunaan semua.

Tujuan utama hidup kita di dunia adalah untuk mencari keberkatan dan keredhaan Allah. Sesungguhnya untuk mendapat ilmu yang berkat kita perlulah mengamalkan panduan yang telah digariskan Allah. Sebagai contoh, Rasulullah bersabda “sekali seseorang itu menghadiri majlis ilmu maka Allah akan buka baginya sepuluh pintu syurga untuknya”. Adakah dengan ponteng kuliah dan belajar di rumah semata-mata untuk mendapat ‘pointer’ yang tinggi akan mendapat keberkatan Allah?. Atau belajar sampai lewat malam sehingga terlajak sembahyang subuh itu boleh mendapat redhaNya?. Sama-sama kita renungkan.

Mari kita muhasabah diri kita semula, sejauh mana cara kita dalam menuntut ilmu itu betul mengikut syariat . Ilmu Allah itu luas. Maka carilah ia sebanyak-banyaknya. Firman Allah dalam surah Luqman ayat 27 yang bermaksud:

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis kalimah-kalimah Allah ditulis.


Lagi banyak ilmu dicari sepatutnya lagi kerdil terasa diri ini bila berada disisiNya. Bukannya dengan ilmu yang banyak menjadikan diri kita ego, bongkak dan sombong.

Bila kita telah diberikan kebijaksanaan dan berada di atas janganlah sesekali memandang rendah orang di bawah. Siapa tahu orang yang berada dibawah itu lebih mulia disisi Allah tempatnya. Mungkin pernah terdetik dihati kita seperti “siapa dia nak tegur aku? SPM pun tak lepas pandai nak nasihat orang”. Setiap manusia yang dijadikan Allah mempunyai bakat dan keistimewaan masing-masing. Biarlah orang itu seorang tukang cuci, tukang kayu atau penarik beca sekalipun mereka perlulah kita hormati. Andai kata Allah jadikan semuanya doktor, siapa pula nak jadi jadi bomba, siapa pula nak tangkap penjenayah dan siapa pula yang nak betulkan kereta jika rosak.

Oleh itu, jika Allah kurniakan kepandaian itu kepada kita, panjatkanlah banyak-banyak kesyukuran kita kepadanNya. Jadikanlah kepandaian itu sebagai nikmat Allah untuk mendekatkan diri kita kepadaNya. Ilmu bukanlah senjata untuk kita bermegah-megah atau memandang rendah kebolehan orang lain. Tingkatkanlah ilmu kita setinggi-tingginya kerana orang yang berilmu itu dipandang mulia disisi Allah.

p/s: Jangan jadikan artikel ini sebagai alasan untuk tidak “score” dalam exam. Jadikan artikel ini sebagai ‘boost’ kita untuk berjaya + mendapat keberkatan Allah. InsyaAllah..Amiin.~N~

Tuesday, September 23, 2008

Lailatul Qadr...

salam..

dah lame tak post kat blog..sebab busy sgt2..sampai rase nak bernafas pun lupa..almaklumlah research pun tak siap lg..thesis kene hantar lagi sebulan..satu patah perkataan pun tak taip lg..dicampur lg dgn problem assignment kat hospital..macam depress kejap..semuanye dugaan final year..

malam tadi sembahyang terawikh kat masjid Shah Alam..mmg bulan Ramadhan ni slalu terawikh kat situ..rase hati tenang je..lg pun jemaah ramai..syukur Alahamdulillah sebab dapat bermakmumkan dengan finalis Akademi Alquran 1 iaitu Ust Shukri Ali..Masyallah sedap nye bacaan..dgr bacaan dia mengingatkan aku kat sorang imam Masjidil Haram iaitu..Syeikh Abdul Rahman As-Sudais..memang sama n suara pun same..tiba2 terasa terpanggil2 untuk melawat rumah Allah yg mulia tu lg skali..ya Allah rindunya bila terpikir balik...mudah2an kita dimurahkan rezeki untuk melawat dan beribadat kat sana..aminn..ni ada video mcm mane Syeikh Abdul Rahman As-Sudais ni baca:



skrang dah sampai pun malam ke 10 terakhir bulan Ramadhan..terasa sedih pulak bila ramadhan berlalu nak meninggalkan kita..so, 10 hari terakhir ni merupakan kemuncak untuk bulan ramadhan..dimana terdapatnye malam lailatul qadr..iaitu malam yg lebih baik dr seribu bulan..seribu bulan??..lame tu kita ni hidup tah sampai tah tidak seribu bulan..

lailatul qadr ni hanya dikurniakan kepada umat nabi Muhammad sahaja..sebab umat nabi Muhammad ni umurnya pendek tak sama macam umat2 nabi terdahulu..kita patut bersyukur jadi umat nabi Muhammad sebab Beliau sahaja yg blh bg Syafaat kat akhirat kelak dan dikurniakan dengan malam lailatul qadr..kenapa? sebab kalo kita hidup beratus2 tahun macam umat terdahulu, confirm ke kita ni tak buat dosa n tak tersesat..so, dengan adanye malam lailatul qadr, kita hanye perlu pulun 10 malam terakhir ni dengan buat ibadat bersungguh2..ibadat 10 malam terakhir ramadhan=30000 hari beribadat..larat ke kita nak beribadat sampai 30000 hari..so, ape tunggu lagi?teruskan beribadat..jgn duk sibuk pikir raye..raye tu mmg akan raye..yg lailatul qadr ni tak tentu lg dapat..

Ya Allah..kau temukanlah kami dengan Lailatul Qadr serta tingkat dan beriklah kami Istiqamah dalam beribadat kepadaMU..aminn..~N~

Friday, August 29, 2008

8 Tips Sambut Ramadhan



Oleh: Ulis Tofa, Lc
--------------------------------------------------------------------------------



dakwatuna.com - Ramadhan yang penuh kelimpahan kebaikan dan keutamaan, akan dapat dirasakan dan diraih ketika ilmu tentang Ramadhan dipahami dengan baik.

Bayangkan, para generasi awal Islam sangat merindukan bertemu dengan bulan suci ini. Mereka berdo’a selama enam bulan sebelum kedatangannya agar mereka dipanjangkan umurnya sehingga bertemu dengan Ramadhan. Saat Ramadhan tiba, mereka sungguh-sungguh meraih kebaikan dan keuataman Ramadhan. Dan ketika mereka berpisah dengan Ramadhan, mereka berdo’a selama enam bulan setelahnya, agar kesungguhannya diterima Allah swt. Kerinduan itu ada pada diri mereka, karena mereka sadar dan paham betul keutamaan dan keistimewaan Ramadhan.

Bagaimana menyambut bulan Ramadhan? Berikut kami hadirkan “8 Tips Sambut Ramadhan” :


1. Berdoa agar Allah swt. memberikan umur panjang kepada kita sehingga kita berjumpa dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sehat. Dengan keadaan sehat, kita bisa melaksanakan ibadah secara maksimal: Puasa, shalat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan. Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (HR. Ahmad dan Tabrani)

2. Pujilah Allah swt. karena Ramadhan telah diberikan kembali kepada kita. Imam An Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata: ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah swt. kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan.

3. Bergembira dengan datangannya bulan Ramadhan. Rasulullah saw. selalu memberikan kabar gembira kepada para sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadhan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

4. Rencanakan agenda kegiatan harian untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat, karena itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang bisa membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah swt.

5. Kuatkan azam, bulatkan tekad untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah swt., maka Allah swt. akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktifitas-aktifitas kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” Muhamad:21.

6. Pahami fiqh Ramadhan. Setiap mukmin wajib hukumnya beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar amaliyah Ramadhan kita benar dan diterima oleh Allah swt. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahu.” Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7. Kondisikan qalbu dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs –pemberishan jiwa-. Hadiri majelis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental, dan jiwa kita siap untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah swt. di bulan Ramadhan.

8. Tinggalkan dosa dan maksiat. Isi Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Lembaran baru kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya taubatan nashuha. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” An-Nur:31. Lembaran baru kepada Muhammad saw., dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya. Kepada orang tua, istri-anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, “Manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”

Semoga Allah swt. memanjangkan umur kita sehingga berjumpa dengan Ramadhan. Dan selamat meraih kebaikan-kebaikannya. Amin ya Rabbana. Allahu a’lam

Saturday, August 9, 2008

4 Perkara Sebelum Tidur



Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meredhai kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...

" Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4
perkara seketika.?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an."

"Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat dihari kiamat "

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meridhloi
kamu."

"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

Tuesday, August 5, 2008

Kecik2 dah pandai Taranum!!

salam..
dengarkanlah anak2 kecil ni..kecik2 dah pandai baca quran bertaranum tu..kita yg dah besar ni tak pandai lagi nak bertaranum..tak pandai bertaranum kira ok lagi..tp janganlah sampai tak pandai langsung mengaji..kalo tak tau tu cepat2lah cari guru utk blajar mengaji..

kalo yg ada anak tu, kecik lg kene ajar anak tu blaja quran..jgn sibuk nk antar nak gi kelas muziklah..kelas melukis lah or kelas ballet..nk cari ilmu tu takpe tapi ilmu quran yg wajib tu utamakan dulu..dah pandai baca quran jangan lupa pulak amalkan quran tu..ada ust cakap..org yg tau baca quran tp tak slalu amalkannya biasanye bile suruh dia baca mesti sangkut2..kalo baca dah pass meh skali skala bukak tafsir pulak..tgk maksudnye..

so, jdkan anak kecil ni pengajaran utk kita sama2 tingkatkan ilmu kita..hayatilah..








Monday, July 21, 2008

Mutiara Ibnu Qayyum


This path may be difficult, but the final destination is certain

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah
keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai
dunia dan isinya diberikan kepada manusia
masih tidak lagi dapat membendung hajat hati
si hamba itu

Saturday, July 19, 2008

Dajjal...



http://www.tv9.com.my/Shows/Episodes.aspx?MasterID=66&ShowID=370&MenuID=2&TemplateID=2&SubMenuID=1&VideoID=5844&EpID=11453#anchorVid
kalo tak kluar video ni..just tekan Link ni.

salam...
TOLONG TENGOK!! video ni aku amik dr website tv9..crite halaqah episod 21..sape yg nk tgk full episode..gi lah tgk kat website dia..kat episod ni aku just nk tekankan kat ending dia je..tp the whole episode sgt best..

Sangat terkejut bile dgr ending ust Daniel pasal dajjal tu..lepas dah tgk tu, kita kena tingkatkan amal ibadat n byk2 bertaubat...so, mari kita tingkatkan amal ibadat sebagai persiapan kita nanti..sbb org yg tk berpegang teguh dgn Islam, akan senang2 je jadi pengikut dajjal..so, kalo dah ikut dajjal jadilah kita kafir..nauzubillah

p/s: banyakkan berzikir dan hafal n amalkan 10 ayat terawal or 10 ayat terakhir surah kahfi utk elak fitnah dajjal..moga Allah bg kekuatan utk kita amalkannye..amiin

Tuesday, July 15, 2008

Top 5 Qari yg paling aku suka

"Tenangkanlah hatimu dengan mendengarkan firman Allah yang dibaca dengan merdu dan indah oleh qari yg fasih. Dengan demikian, hatimu akan terasa sejuk dan senang, jiwamu kan tenteram, keyakinanmu akan bertambah" kata2 Al-Qarni dalam bukunya La Tahzan..

so, ini senarai qari yg paling aku suka...semua qari2 ni aku ada mp3 dia yg full quran nye..semua aku beli original...

aku nasihatkan diri aku n korang yg takde mase nk baca quran tu..marilah kita sekurang2nye dengar org lain baca quran..banyak pahala tuh..

5. Sheikh Abdul Rahman As-sudais
-sheikh ni imam Masjidil Haram..kiranye macam senior lah jugak..dah lame jadi imam..aku pernah jadi makmum dia waktu kat Mekah dulu..sangat menusuk qalbu..lagi2 kalo dengar live..



4. Sheikh Muhammad Jibrel
-suara Sheikh ni sgt sedap..setiap satu sebutan dia boleh sebak gak hati ni bile dengar..



3. Sheikh Abu Bakr as Shtri
-MashaAllah..imam ni suara dia merdu sangat..dia punya lagu waktu baca Quran tu tak dapat digambarkan dengan kata2..same2lah kita hayatinye..



2.Sheikh Saad Al Gahmdi
-sheikh ni kita slalu dengar..especially kat ikim.fm..Subahnallah..thanks Allah sebab menjadikan suara Sheikh ni macam ni punye sedap dan dapat dihayati oleh kaum muslim..



1.sheikh Mishary Rashid Al-Afasy
-tak silap aku sheikh ni imam masjid Nabawi..lembut sungguh suaranya..sangat menusuk qalbu jika dihayati betul2..sheikh ni pun ade nyanyi lagu nasyid..Subhanallah sedapnye..



ni nasyid dia..


Moga Allah ampunkan dosa semua sheikh2 ni dan berkati hidup mereka..moga Allah panjang kan umur dan beri rahmat keatasnye juga..Ammiin

Saturday, July 12, 2008

Air mata Taubat

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun.Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana beliau terlampau malu kepada Allah S.W.T. Beliau sujud di atas gunung selam 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.

Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini".

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakain hebat menangis.

Akhirnya Allah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang sungguh lazat dan hebat dari air mata taubatmu"

Wednesday, April 9, 2008

Wasiat Imam Safie

5 perkara yang dinasihatkan oleh Imam Syafie yang perlu diingati:

1. Menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya melebihi menyebut nama makhluk
2. Menyebut akhirat sebanyak-banyaknya melebihi menyebut urusan dunia
3. Menyebut dan memperingati hal-hal kematian sebanyak-banyaknya daripada urusan
kehidupan
4. Menghindari daripada menybut-nyebut kebaikan diri dan keluarga
5. menghindari dari menyebut atau menunjukkan keaiban atau keburukan diri orang lain

Monday, February 11, 2008

Pemantapan Diri

Amalan Untuk Melapangkan Dukacita

Telah bersabda Muhammad 'alaihis-salatuwassalam kepada Ali, ertinya: 'Hai Ali! utamakan dan sempurnakanlah akan wudu', maka sesungguhnya wudu' itu sebahagian daripada iman. Apabila engkau wudu' jangan berlebih-lebihan menggunakan air,dan bila selesai bersuci bacalah:' Inna anzalnaahu fi lailatil qadri'(hingga akhir surah) Ertinya: Sesungguhnya Allah telah turunkan (al-Quran) di dalam Lailatul Qadar, membacanye sepuluh kali sesudah membasuh dua tapak kaki, maka Allah akan menghilangkan rasa duka cita mu...(sumber: 114 Wasiat Rasulullah S.A.W m/s10 oleh Yusuf Nabhani)

p/s: marilah kita sama-sama kita amalkannya..

Wednesday, January 23, 2008

12 GOLONGAN DI HARI QIAMAT

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Naba’ ayat 18:- “iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok”.
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh saidina Muaz bin Jabal, katanya, “ya Rasulullah, apakah maksud ini?”
Maka Rasulullah pun menjawab soalan tersebut kerana itulah yang dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:”Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga.
Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti
hati jiran tetangga.
2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan
solat 5 waktu.
3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi ular dan kala. Inilah balasan bagi
mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan bagi mereka yang berdusta.
5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan bagi mereka yang mengaut
keuntungan dalam jual beli atas penipuan
6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang
menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan
bagi mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala di bawah dan kakinya di atas. Ini
adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
9. Mereka yang berwajah hitam,bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang
memakan harta anak yatim secara zalim.
10. Mereka yang kulitnaya penuh kudis dan penyakit-penyakit yang menjijikan. Ini adalah
balasan mereka yang berani melawan kedua ibu-bapanya.
11. Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke
perut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan bagi mereka yang minum
minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk syurga ialah:
12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim
laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta
mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.