Monday, April 4, 2011

Budak tak pandai berbohong

Salam

Seorang budak dalam lingkungan 7-8 tahun, berdiri dan bermain-main depan kaunter farmasi semasa lunch hour. Pada dahi dia ada kesan luka dan masih lagi ada jahitan pada luka itu..

Aku: Adik, kenapa kepala kena jahit tu?
Budak: Kena pinggan kaca..
Aku: Siapa lah pulak yang baling pinggan kaca sampai kena kepala tu..?
Budak: Ayah..
Aku: Astaghfirullah..#!@#$%^&+_)( speechless


Saturday, March 26, 2011

Medan part 2

Pemandangan tasik toba dari hotel

Salam

bersambung kita dalam program penceritaan jalan-jalan rehatkan otak ke Medan. Seawal pagi pukul 730 kami sudah check out dari hotel n breakfast di situ juga. terus kami mengejar bot yang pertama ke pulau Samosir.

Tu dia bot yang nak bawa kami ke pulau Samosir

Pulau Samosir merupakan pulau yang terdapat di tasik toba. Disinilah tempat sejarah pemerintahan kaum Batak. Pulau samosir ni luasnya lagi besar daripada Singapura. bayangkanlah betapa besarnya tasik tona ini. Kami menaiki bot dalam pukul 8 pagi. tapi apa yang bagusnya, bot ini sangat menepati masa. kalau kata pukul 8, kalau tak ada orang pun yang naik bot tu, bot tu tetap akan jalan. paling baik pun tunggu 1 minit je. kalau lambat tunggulah bot lain lagi 1 jam.

Ketenangan Air tasik Toba pemandangan bukit bukau yang memukau

Pemandangan sepanjang perjalanan, mashaAllah superb marvelous. Sangat cantik. Kalau tengok gambar pun dah cantik inikan pula tengok dengan mata kepala sendiri.air sangat tenang, pokok-pokok tersusun dengan teratur, rumput-rumput tumbuh dilereng-lereng bukit dan bukit-bukau seperti diatur dengan kecantikan alam semula jadi yang mustahil terjadi dengan sendirinya. Sudah tentu ada yang menjadikannya secantik itu.

Bersama gg berlatar belakangkan tasik toba

perjalanan dalam bot mengambil masa lebih kurang 45 minit. tapi duk asyik tengok laut dan pemandangan yang indah tak sedar dah 45 minit masa berlalu. Sebelum sampai di pulau Samosir, tourist guide kami awal-awal dah bagitahu yang dekat situ, ada 500 macam kedai dan 500 macam harga. kalau boleh beli sikit-sikit je sebab kadang-kadang harga dia mahal sikit.


Jeti di pulau Samosir

Pemandangan dari tepi rumah tradisional orang batak

Makanya, setelah sampai, kami berjalan dengan lajunya mengikut tourist guide terus ke rumah traditional batak dan pergi ke kubur pemerintah mereka. Nasib baik juga kami pergi pagi sebab kedai-kedai baru buka. kurang sikit orang berniaga tarik-tarik tangan tu sebab kedai baru nak buka. Tapi tetap ada. Agak menakutkan jugalah sebab cara mereka berniaga agak kasarlah juga. kita yang nak beli pun macam takut. Kami beli beberapa barang saja, takut nanti tak jumpa. lepas tu cepat-cepat pergi jeti, nak elak orang-orang sini.


Ni salah satu rumah traditional orang Batak..dalam tu ada orang tinggal tu..

Etika nak masuk perkuburan pemerintah Batak

Kami diwajibkan memakai selendang sewaktu melawat kubur ni..

Ni budak blonde salah seorang yang berniaga di sana..

Di jeti sementara menunggu bot pulang, ada juga orang berniaga yang macam merayu-rayu tu. mula-mula merayu-rayu buat muka kesian, pastu dah jadi macam paksa. Apalah punya cara perniagaan macam ni. bot sampai terus naik dan jalan je. malas nak tengok belakang lagi. tengok bukit-bukau lagi bagus.


Cantiknya..MasyaAllah

selepas itu, kami sampai ke parapat semula dan makan tengah hari kemudian meneruskan perjalanan ke Brastagi. Jarak tak berapa sure, cuma ambil masa lebih kurang 4 jam + singgah-singgah. Jalan sangatlah kecil dan bengkang bengkok. tapi dalam perjalanan tu nampaklah rumah-rumah orang batak, budaya mereka dan kegiatan seharian mereka. tapi sepanjang perjalanan masih lagi nampak lake toba yang sangat cantik itu dari pelbagai sudut lain. mmm...masa mencemburui aku untuk bercerita.kita bersambunglah untuk part 3 nanti..tunggu..wassalam

Thursday, March 17, 2011

Medan part 1

Perjalanan kami bertiga ke Medan Indonesia.

Salam

Hari ni nak bercerita pasal jalan-jalan rehatkan otak ke Medan Indonesia. Sila sediakan asam kalau nak muntah dengan ayat yang membosankan atau menggelikan.

Tiket ke Medan Indonesia telah dibeli sejak tahun lalu. Zaman AirAsia buat 0 fare dulu-dulu (bilalah nak buat lagi ni? macam dah lama tak buat). Asalnya bercadang nak pergi ke Vietnam ataupun ke Kemboja tapi malangnya atas sebab-sebab teknikal tiket ke situ gagal untuk disambar (muzamir ni semua ko yang punca..haha). Tiket yang kami beli berharga Rm80+ tambang pergi balik.

Tapi syukurlah dapat juga berjalan dan bermusafir tengok budaya, adat orang dan yang paling penting dapat tengok kejadian alam yang mempersonakan hasil ciptaan Allah yang Maha Besar dan Bijaksana. Medan merupakan bandar ke-3 terbesar di Indonesia. Syukur juga pergi Medan sebab kurang sikit keluar duit shopping jika nak dibandingkan dengan jalan sekitar Jakarta-Bandung.

Flight kami delay 1 jam (as expected) yang sepatutnya bertolak pukul 1130 pagi tapi akhirnya 1230 baru jalan dan tiba di Medan pada pukul 1235. haha. 5 minit je perjalanan. mustahillahkan. Waktu Medan sebenarnya agak lewat 1 jam berbanding Malaysia. Kami tiba di Polonia Airport, Medan dan disambut oleh tourist guide. kami menggunakan pakej Nusatra travel yang menjanjikan pakej pelancongan islamik. Secara keseluruhannya berpuas hatilah.

Ni makanan minang restoran pertama yang kami pergi

Setibanya kami disana, terus dibawa ke restoran makanan Minang. mula-mula tu agak bataklah juga. tapi, bila hampir keseluruhan makanan kami adalah masakan minang, rasanya macam nak terloya dan termuak pun ada. Kemudian, kami terus dibawa ke Danau Toba. Jarak perjalanan kurang pasti tapi mengambil masa hampir 4jam ++. Di Medan kebanyakkan mereka adalah muslim dan masjid atau surau senang untuk didapati seperti di Malaysia juga.

Layan je nama jalan ni..

Tapi bila semakin menjauhi Medan dan menghampiri kawasan danau toba@lake toba@tasik toba, kebanyakkan mereka dalah dari golongan batak yang beragama kristian. perjalanan ke Danau toba seakan-akan jalan aku balik ke Ranau dari Kota Kinabalu. Sepanjang perjalanan banyak panorama-panorama (ayat skema sekejap) menarik dapat dilihat antaranya:

1) Cara pemanduan orang sana agak berbahaya, tapi semuanya cekap dan mereka ada tolak ansur dalam pemanduan. maka kemalangan dapat dikurangkan. Hon memainkan peranan penting semasa pemanduan mereka. kalau di Malaysia tekan hon banyak kali, confirm macam-macam isyarat tangan keluar dan sumpah seranah dari pemandu lain.

Kereta rasmi kami sepanjang berada disana..toyota kijang

2) masih lagi cara pemanduan. Yang ni tak boleh contohi. Apabila ada ambulans yang membunyikan siren. tiada kereta pun ke tepi. mereka buat tak tahu je. bawa macam biasa. macam siren tu hampir boleh dikatakan sia-sia jelah. buat habis bateri ambulans je.

3) Kebanyakkan stesen minyak di Indonesia adalah Pertamina. sangat banyak di tepi jalan. Ada juga stesen minyak petronas. tapi di bandar-bandar besar.

Stesen minyak rasmi Indonesia..Pertamina

4) Ada juga di tepi jalan, wanita-wanita meminta derma bagi membina masjid. Bak kata tourist guide kami, kutipan derma akan berterusan dan setelah masjid siap, tiada lagi kutipan derma berlangsung.
Dalam box tu adalah duit hasil kutipan ditepi jalan untuk pembinaan masjid

5) Orang sini sanggup buat apa saja asalkan mereka dapat duit untuk terus hidup. Ada yang jual kerepek, jersi, pisang di tepi jalan. ada juga jual surat khabar, tisu, gula-gula, mineral water melalui tingkap kereta sementara menunggu lampu isyarat hijau. Ada ambil tips @ upah yang sememangnya kalau tiada mereka pun kita boleh buat sendiri atau ambil upah benda yang tak munasabah.

Kerepek pun ada jual tepi jalan

Jersi perempuan pun ada dekat sini..jual tepi jalan lagi tu

6) Orang Batak ni buat kubur di depan rumah ataupun di tengah-tengah sawah. ini bagi memastikan anak cucu mereka tidak jual tanah lepas mereka dah mati.

7) Banyak restoran yang menjual B1 dan B2 di tepi jalan. B1 adalah anjing panggang dan B2 adalah babi panggang. so bagi orang yang suka mencuba makanan baru tu, jangan nak menggatal konon-konon nak rasa benda-benda ni. Anjing pun diorang makan? (Tiba-tiba terfikir, Kenapalah takde orang batak kat Sabah ni, kalau tak boleh kurang sikit bilangan anjing dekat sini..) Bak kata tourist guide kami, orang batak ni, semua yang berkaki 4 ni diorang makan kecuali...MEJA. itu pun sebab keras, kalau tak selamat dah diorang belasah..haha
B1 B2 bunyi macam sedap..tapi..

8) Jika ada majlis perkahwinan atau kematian, akan ada ucapan-ucapan ditepi jalan yang diperbuat dari susunan bunga-bunga warna warni yang membentuk tulisan dan ditampal di board.
Sign board majlis perkahwinan

Semasa dalam perjalanan kami sempat juga singgah di satu kedai yang menjual makanan agak luar biasa atau lain dari yang lain katanya. ianya hanya dijual di sini sahaja. nama kedainya Paten. dia menjual teng-teng, ping-ping, tang-tang, ting-ting dll. ingatkan ape..rupanya kacang tumbuk @ bepang dan rakan-rakan. agak sedap tapi bagi aku harga dia macam mahal sikit. tapi sekali je datang sinikan, jadinya belilah buat cenderahati orang yang menunggu dekat rumah.

Dah penat taip ni. Diringkaskan cerita, kami sampai di Parapat (bandar di Lake Toba) pada pukul 7 petang dan waktu tu dah maghrib dan pemandangan tasik toba yang cantik itu terpaksa kami simpan untuk tatapan esok hari. malam tu tiada aktiviti jalankan memandangkan semua pengsan kepenatan. Sekian...bersambung...

Pemandangan waktu malam tasik toba dari tingkap hotel..

Sunday, March 13, 2011

Berilah kekuatan

Salam

Kepada sesiapa yang sedang ditimpa kesusahan, kesedihan dan ujian dari Allah.Please be strong. Mudah-mudahan ayat alquran ini menjadi kekuatan untuk kita terus bersabar dan bertahan atas semua ujian. Marilah kita sama-sama amalkan dan jadikan doa seharian kita..ayat quran ni selalu kita baca dan ramai yang hafal cuma kadang-kadang kita tak tau maksudnya...



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir” (Al Baqarah Ayat: 286)


Friday, February 25, 2011

Melancong dan buku..

Salam

Asyik-asyik melancong je kerja aku..banyak sangat duit ke? biasalah lepas melancong mesti lah terus jatus miskin. Tapi biarpun duit habis yang penting dapat kepuasan semasa melancong dan dapat tengok kebesaran ciptaan Allah.

kemana perginya aku ye? Biasalah orang Malaysia, tak lari jauh. mestilah melawat negara jiran dahulu iaitu Indonesia. Aku tak pergi Jakarta, Bandung mahupun Jogjakarta tetapi aku pergi ke Medan dekat je dengan KL ni. Post kali ni aku tak nak bercerita tentang kisah percutian aku ke Medan, mungkin post-post lepas ni InsyaAllah kalau aku rajin.

Ni dia cop bukti aku pergi ke Medan..

Cuma kali ni aku bercerita tentang kepuasan aku pergi ke Indon dan dapatkan banyak buku. gayanya KLIBF (Kuala Lumpur International Book Fest) aku tak banyak belilah, sebab dah banyak shopping waktu dekat Indon. Buku dekat Medan ni agak murah-murah dan lebih banyak buku berkualiti berbanding Malaysia. Cuma bagi kita agak sukar sedikit sebab susunan ayat dia tidak berapa sama dengan bahasa Malaysia dan ada perkataan yang tak faham.

ni antara buku yang aku beli:


1) Hilal AlQuran (Tafsir + Tajwid), Rp98000
2) Muhammad oleh Martin Lings, Rp69000
3) Menjemput maut bersama Rasulullah oleh Ust Syarif Hidayat, Rp28500


4) Atlas Perjalanan Hidup Nabi Muhammad oleh Sami bin Abdullah al-Maghluts, Rp 279000
5) Buku Pintar Akhlak oleh Dr Amr Khaled, Rp69000
6) Al Hikam oleh Ibn 'Athaillah, Rp44000

Harga semua buku tu dalam rupiah, sila convert sendiri jika nak tahu harga sebenar. Antara semua buku tu, buku yang paling aku berpuas hati adalah yang no 6) tu. sebab, buku tu walaupun aku beli tak dapat diskaun, tapi harga dia dekat Malaysia adalah ~rm200 dan yang paling murah aku pernah tengok dia jual Rm 140. memang berbaloi-baloi.

Lagi satu nak cerita, keluar tajuk kejap. Aku baru dapat buku free dari Bank Islam. Tajuknya Let us be Muslim karangan Sayyid Abdul A'la Mawdudi. Sebab apa aku dapat free? sebab aku apply credit card Bank Islam under Alumni UiTM. bagus jugak Bank Islam dan Uitm ni bergabung sebab keuntungan dari penggunaan kad kredit ini akan disalurkan juga untuk membantu pelajar Uitm yang tidak berkemampuan. Sambil men'swab' sambil menderma.

Ni dia buku yang aku dapat percuma dari Bank Islam

Berbalik kepada Medan tadi, ni je yang aku nak bagitau, pemandangan di sekitar Tasik toba @ Danau Toba @ Lake toba memang superb marvelous, Subhanallah. Kepada sesiapa yang bercadang nak pergi Medan jangan fikir shopping je, sila pergi ke sini untuk melihat kebesaran Allah. Kepada yang lain, sila tunggu untuk coretan aku mengenai pengembaraan aku ke Medan selepas ini. Sekian.

Ni dia salah satu view lake toba..

Sunday, February 13, 2011

Tahukah anda?

Salam

Tahukah anda bahawa di Ranau hanya dapat TV1 & TV2 jika tidak pasang astro?

Tahukah anda di Ranau cuma dapat siaran radio Sabah fm, Klasik fm, muzik fm dan beberapa radio cina sahaja?

Tahukah anda di Ranau cuma ada restoran fastfood KFC sahaja?

Tahukah anda makanan di Ranau tidak sesedap makanan yang di semenanjung?

Tahukah anda orang di Ranau dan Sabah tidak makan makanan yang pedas?

Tahukah anda orang di Ranau adalah orang dusun yang baik-baik?

Tahukah anda kebanyakan penduduk Ranau adalah pekebun sayur?

Tahukah anda Gunung kinabalu yang cantik tu boleh tengok dari tingkap rumah saya?

Tahukah anda aku patut bersyukur sebab tempat-tempat kawan aku yang lain lagi teruk?

Tahukah anda yang membaca artikel ni anda patut bersyukur dengan segala apa yang kamu ada?

Pemandangan gunung kinabalu daripada hospital ranau..

Thursday, January 27, 2011

Bermusafir & Bersillaturrahim..

Salam

berjalan bermusafirlah melihat keagungan Allah
meninjau menitilah rahsia ciptaan Allah
ziarahilah makam kekasih Allah
kenangilah Rasulullah
bangunkan jiwa jihad Islami
semangat syuhada' Ilahi

marilah bermusafir laksanakan tuntutan jiwa
bermusafir berkelana
luaskan pandangan saujana
bermusafir berkelana, kenallah Tuhan maha Pencipta
Allahu Rabbi 3x

.....hingga akhir



teringat aku lagu nyanyian nada murni ni. memberikan aku kekuatan untuk berjalan-jalan merantau dinegeri di bawah bayu ni. memandangkan aku tak boleh nak balik kampung setiap minggu, aku akan merancang untuk berjalan tengok-tengok Sabah ni.

minggu lepas aku telah bermusafir yang boleh dikirakan jauhlah juga.

Ranau-Kinabatangan-Sandakan-Beluran-Ranau

Jumlah jarak perjalanan untuk 2 1/2 hari = ~800km

Bertolak dari Ranau dengan menaiki kereta yang meter minyaknya tak berfungsi seorang diri terus ke kinabatangan. Jauh tu. walaupun jalan tidak banyak kereta, tapi jalannya tidaklah secantik mana. tu yang agak sukar untuk memecut sebab tidak boleh nak agak keadaan jalan. agak beberapa kali juga lah bawah kereta aku terseret. fuhh. masa perjalan 3jam+. Di kinabatangan tinggal dirumah hanip+jat. lawak tengok rumah diorang. speechless.haha. hospital kinabatangan agak 2/3 kali lah lagi besar dari hosp Ranau. Ranau-Kinabatangan: ~200km

Keesokan harinya, bertolak ke Sandakan. agak lewatlah. terus pergi rumah saudara yang aku tak berapa kenal nak bersillaturrahim. saudara ni ntah macam mana ntah boleh berkait dengan bapa aku. aku pergi jelah sebab dia dah jemput datang rumah dia dari sebelum aku datang Sabah lagi. borak punya borak, tetiba dia mula buka topic yang tak best. topic: terpaksa dirahsiakan. tapi yang paling best adalah makanan dia. dah lama aku tak rasa makanan semenajung, bantai cukup2. semua orang tambah walau tak dijemput.haha
Kinabatangan-Sandakan: 100km.

pastu aku pergilah jalan-jalan dekat bandar Sandakan. berpusing-pusinglah aku menengok tempat menarik yang tak berapa nak menarik sekitar sandakan ni. bandar yang agak lama dan sepertinya majoriti adalah kaum cina. orang kata bandar sandakan ni bestnya seafood. memang banyak seafood tapi nak jumpa yang muslim punya kedai yang sedap hampir tiada. so, kesimpulannya bandar sandakan bagi aku biasa-biasa jer. cuma pemandangan dia yang menarik. sangat-sangat cantik sebab bersebelahan dengan laut.

habis jalan sandakan, kami balik semula ke Kinabatangan. tak sempat nak tengok orang hutan dan monyet probosis yang hanya terdapat di borneo je ni. pergh..balik terus pengsan. esok pagi-pagi lepas sembahyang subuh, borak-borak tetiba si hanip ni ajak pi beluran. aku memang tau yang beluran ni memang famous dengan udangnya. terus start enjin kereta jalan terus. sampai sana, terus pergi pasar nak tengok udang galah. harga udang galah dekat sini dalam rm13-16 sekilo bagi saiz sederhana. yang besar tu dalam rm20+. murah tak? kerang dia pun yang besar gila tu, memang aku tak pernah tengok kat semenanjung lah.tapi kerang ni aku pernah tengok kat pasar di kota kinabalu. belilah kami udang dan kerang. best2..lepas pergi pasar terus balik kinabatangan. Kinabatangan-Beluran: 60km++

Selepas itu, Rehat + tidor balik hilangkan penat. recharge balik tenaga. sebab nak start drive balik semula ke Ranau. waktu tu macam malas betul nak drive memikirkan jarak perjalanan. tapi terpaksalah balik juga memandangkan esoknya kena kerja. walaupun tak pergi tempat menarik, tapi berpuas hati dapat berjalan tengok-tengok tempat orang..

kalau aku dekat sememnajung ni, jangan harap aku nak berjalan sorang-sorang sejauh ni dan plan last minute macam ni..
next trip..tungguuuu..wassalam..

p/s: tiada gambar disisipkan pada entry kali ni..penulis masa ni dalam mood malas bergambar..haha