Saturday, March 26, 2011

Medan part 2

Pemandangan tasik toba dari hotel

Salam

bersambung kita dalam program penceritaan jalan-jalan rehatkan otak ke Medan. Seawal pagi pukul 730 kami sudah check out dari hotel n breakfast di situ juga. terus kami mengejar bot yang pertama ke pulau Samosir.

Tu dia bot yang nak bawa kami ke pulau Samosir

Pulau Samosir merupakan pulau yang terdapat di tasik toba. Disinilah tempat sejarah pemerintahan kaum Batak. Pulau samosir ni luasnya lagi besar daripada Singapura. bayangkanlah betapa besarnya tasik tona ini. Kami menaiki bot dalam pukul 8 pagi. tapi apa yang bagusnya, bot ini sangat menepati masa. kalau kata pukul 8, kalau tak ada orang pun yang naik bot tu, bot tu tetap akan jalan. paling baik pun tunggu 1 minit je. kalau lambat tunggulah bot lain lagi 1 jam.

Ketenangan Air tasik Toba pemandangan bukit bukau yang memukau

Pemandangan sepanjang perjalanan, mashaAllah superb marvelous. Sangat cantik. Kalau tengok gambar pun dah cantik inikan pula tengok dengan mata kepala sendiri.air sangat tenang, pokok-pokok tersusun dengan teratur, rumput-rumput tumbuh dilereng-lereng bukit dan bukit-bukau seperti diatur dengan kecantikan alam semula jadi yang mustahil terjadi dengan sendirinya. Sudah tentu ada yang menjadikannya secantik itu.

Bersama gg berlatar belakangkan tasik toba

perjalanan dalam bot mengambil masa lebih kurang 45 minit. tapi duk asyik tengok laut dan pemandangan yang indah tak sedar dah 45 minit masa berlalu. Sebelum sampai di pulau Samosir, tourist guide kami awal-awal dah bagitahu yang dekat situ, ada 500 macam kedai dan 500 macam harga. kalau boleh beli sikit-sikit je sebab kadang-kadang harga dia mahal sikit.


Jeti di pulau Samosir

Pemandangan dari tepi rumah tradisional orang batak

Makanya, setelah sampai, kami berjalan dengan lajunya mengikut tourist guide terus ke rumah traditional batak dan pergi ke kubur pemerintah mereka. Nasib baik juga kami pergi pagi sebab kedai-kedai baru buka. kurang sikit orang berniaga tarik-tarik tangan tu sebab kedai baru nak buka. Tapi tetap ada. Agak menakutkan jugalah sebab cara mereka berniaga agak kasarlah juga. kita yang nak beli pun macam takut. Kami beli beberapa barang saja, takut nanti tak jumpa. lepas tu cepat-cepat pergi jeti, nak elak orang-orang sini.


Ni salah satu rumah traditional orang Batak..dalam tu ada orang tinggal tu..

Etika nak masuk perkuburan pemerintah Batak

Kami diwajibkan memakai selendang sewaktu melawat kubur ni..

Ni budak blonde salah seorang yang berniaga di sana..

Di jeti sementara menunggu bot pulang, ada juga orang berniaga yang macam merayu-rayu tu. mula-mula merayu-rayu buat muka kesian, pastu dah jadi macam paksa. Apalah punya cara perniagaan macam ni. bot sampai terus naik dan jalan je. malas nak tengok belakang lagi. tengok bukit-bukau lagi bagus.


Cantiknya..MasyaAllah

selepas itu, kami sampai ke parapat semula dan makan tengah hari kemudian meneruskan perjalanan ke Brastagi. Jarak tak berapa sure, cuma ambil masa lebih kurang 4 jam + singgah-singgah. Jalan sangatlah kecil dan bengkang bengkok. tapi dalam perjalanan tu nampaklah rumah-rumah orang batak, budaya mereka dan kegiatan seharian mereka. tapi sepanjang perjalanan masih lagi nampak lake toba yang sangat cantik itu dari pelbagai sudut lain. mmm...masa mencemburui aku untuk bercerita.kita bersambunglah untuk part 3 nanti..tunggu..wassalam

Thursday, March 17, 2011

Medan part 1

Perjalanan kami bertiga ke Medan Indonesia.

Salam

Hari ni nak bercerita pasal jalan-jalan rehatkan otak ke Medan Indonesia. Sila sediakan asam kalau nak muntah dengan ayat yang membosankan atau menggelikan.

Tiket ke Medan Indonesia telah dibeli sejak tahun lalu. Zaman AirAsia buat 0 fare dulu-dulu (bilalah nak buat lagi ni? macam dah lama tak buat). Asalnya bercadang nak pergi ke Vietnam ataupun ke Kemboja tapi malangnya atas sebab-sebab teknikal tiket ke situ gagal untuk disambar (muzamir ni semua ko yang punca..haha). Tiket yang kami beli berharga Rm80+ tambang pergi balik.

Tapi syukurlah dapat juga berjalan dan bermusafir tengok budaya, adat orang dan yang paling penting dapat tengok kejadian alam yang mempersonakan hasil ciptaan Allah yang Maha Besar dan Bijaksana. Medan merupakan bandar ke-3 terbesar di Indonesia. Syukur juga pergi Medan sebab kurang sikit keluar duit shopping jika nak dibandingkan dengan jalan sekitar Jakarta-Bandung.

Flight kami delay 1 jam (as expected) yang sepatutnya bertolak pukul 1130 pagi tapi akhirnya 1230 baru jalan dan tiba di Medan pada pukul 1235. haha. 5 minit je perjalanan. mustahillahkan. Waktu Medan sebenarnya agak lewat 1 jam berbanding Malaysia. Kami tiba di Polonia Airport, Medan dan disambut oleh tourist guide. kami menggunakan pakej Nusatra travel yang menjanjikan pakej pelancongan islamik. Secara keseluruhannya berpuas hatilah.

Ni makanan minang restoran pertama yang kami pergi

Setibanya kami disana, terus dibawa ke restoran makanan Minang. mula-mula tu agak bataklah juga. tapi, bila hampir keseluruhan makanan kami adalah masakan minang, rasanya macam nak terloya dan termuak pun ada. Kemudian, kami terus dibawa ke Danau Toba. Jarak perjalanan kurang pasti tapi mengambil masa hampir 4jam ++. Di Medan kebanyakkan mereka adalah muslim dan masjid atau surau senang untuk didapati seperti di Malaysia juga.

Layan je nama jalan ni..

Tapi bila semakin menjauhi Medan dan menghampiri kawasan danau toba@lake toba@tasik toba, kebanyakkan mereka dalah dari golongan batak yang beragama kristian. perjalanan ke Danau toba seakan-akan jalan aku balik ke Ranau dari Kota Kinabalu. Sepanjang perjalanan banyak panorama-panorama (ayat skema sekejap) menarik dapat dilihat antaranya:

1) Cara pemanduan orang sana agak berbahaya, tapi semuanya cekap dan mereka ada tolak ansur dalam pemanduan. maka kemalangan dapat dikurangkan. Hon memainkan peranan penting semasa pemanduan mereka. kalau di Malaysia tekan hon banyak kali, confirm macam-macam isyarat tangan keluar dan sumpah seranah dari pemandu lain.

Kereta rasmi kami sepanjang berada disana..toyota kijang

2) masih lagi cara pemanduan. Yang ni tak boleh contohi. Apabila ada ambulans yang membunyikan siren. tiada kereta pun ke tepi. mereka buat tak tahu je. bawa macam biasa. macam siren tu hampir boleh dikatakan sia-sia jelah. buat habis bateri ambulans je.

3) Kebanyakkan stesen minyak di Indonesia adalah Pertamina. sangat banyak di tepi jalan. Ada juga stesen minyak petronas. tapi di bandar-bandar besar.

Stesen minyak rasmi Indonesia..Pertamina

4) Ada juga di tepi jalan, wanita-wanita meminta derma bagi membina masjid. Bak kata tourist guide kami, kutipan derma akan berterusan dan setelah masjid siap, tiada lagi kutipan derma berlangsung.
Dalam box tu adalah duit hasil kutipan ditepi jalan untuk pembinaan masjid

5) Orang sini sanggup buat apa saja asalkan mereka dapat duit untuk terus hidup. Ada yang jual kerepek, jersi, pisang di tepi jalan. ada juga jual surat khabar, tisu, gula-gula, mineral water melalui tingkap kereta sementara menunggu lampu isyarat hijau. Ada ambil tips @ upah yang sememangnya kalau tiada mereka pun kita boleh buat sendiri atau ambil upah benda yang tak munasabah.

Kerepek pun ada jual tepi jalan

Jersi perempuan pun ada dekat sini..jual tepi jalan lagi tu

6) Orang Batak ni buat kubur di depan rumah ataupun di tengah-tengah sawah. ini bagi memastikan anak cucu mereka tidak jual tanah lepas mereka dah mati.

7) Banyak restoran yang menjual B1 dan B2 di tepi jalan. B1 adalah anjing panggang dan B2 adalah babi panggang. so bagi orang yang suka mencuba makanan baru tu, jangan nak menggatal konon-konon nak rasa benda-benda ni. Anjing pun diorang makan? (Tiba-tiba terfikir, Kenapalah takde orang batak kat Sabah ni, kalau tak boleh kurang sikit bilangan anjing dekat sini..) Bak kata tourist guide kami, orang batak ni, semua yang berkaki 4 ni diorang makan kecuali...MEJA. itu pun sebab keras, kalau tak selamat dah diorang belasah..haha
B1 B2 bunyi macam sedap..tapi..

8) Jika ada majlis perkahwinan atau kematian, akan ada ucapan-ucapan ditepi jalan yang diperbuat dari susunan bunga-bunga warna warni yang membentuk tulisan dan ditampal di board.
Sign board majlis perkahwinan

Semasa dalam perjalanan kami sempat juga singgah di satu kedai yang menjual makanan agak luar biasa atau lain dari yang lain katanya. ianya hanya dijual di sini sahaja. nama kedainya Paten. dia menjual teng-teng, ping-ping, tang-tang, ting-ting dll. ingatkan ape..rupanya kacang tumbuk @ bepang dan rakan-rakan. agak sedap tapi bagi aku harga dia macam mahal sikit. tapi sekali je datang sinikan, jadinya belilah buat cenderahati orang yang menunggu dekat rumah.

Dah penat taip ni. Diringkaskan cerita, kami sampai di Parapat (bandar di Lake Toba) pada pukul 7 petang dan waktu tu dah maghrib dan pemandangan tasik toba yang cantik itu terpaksa kami simpan untuk tatapan esok hari. malam tu tiada aktiviti jalankan memandangkan semua pengsan kepenatan. Sekian...bersambung...

Pemandangan waktu malam tasik toba dari tingkap hotel..

Sunday, March 13, 2011

Berilah kekuatan

Salam

Kepada sesiapa yang sedang ditimpa kesusahan, kesedihan dan ujian dari Allah.Please be strong. Mudah-mudahan ayat alquran ini menjadi kekuatan untuk kita terus bersabar dan bertahan atas semua ujian. Marilah kita sama-sama amalkan dan jadikan doa seharian kita..ayat quran ni selalu kita baca dan ramai yang hafal cuma kadang-kadang kita tak tau maksudnya...



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir” (Al Baqarah Ayat: 286)