Monday, February 23, 2009

Perghh..

salam..

Sem 8 ni adalah sem paling busy. walaupun ramai yang stress tapi aku rase aku masih boleh bertahan lagi..stress tetap ade tapi taklah teruk sangat. mungkin sem lepas (sem7) telah menjadi kekuatan untuk aku menempuh sem 8 ni dengan daya tahan yg tinggi. sem lepas bagi aku lebih mencabar dari sem ni sampai aku terasa bukan saja stress tapi dah samapai tahap depress. akhirnya hikmah bersusah payah sem lepas, Allah telah tunjukkan kat aku sem ni.. Alhamdulillah

Sem 8 memang tak dapat disangkal lagi ke'busy'annya. isnin kelas dari pukul 830 sampai 5(rehat utk 1 jam je..). selasa & rabu seperti biasa, pergi hospital. khamis rehat sikit..kelas 1 jam je. then jumaat kelas dari pukul 830 sampi kul 5.

seperti biasa sebusy2 aku pun, balik umah tak dapat dielakkan. balik tetap balik. tapi untuk sabtu dan ahad, aku terpaksa sacrifice kan satu hari je untuk family. lagi satu hari kene siapkan slide dan report. sory ye mak @ abah, sometime terpaksa refuse.dosa ke aku?

dalam 1 minggu, at least 2 slide kene buat untuk presentation hari isnin & jumaat. slide sikit je tapi untuk membuat slide yang sikit tulah yang kene baca guidelines dan journal2 yang makan banyak masa.tapi yang buat sakit hati tu bila kene buat SOAP. bukan sebab susah sangat, tp sometimes dia punye trigger tu pakssa kita DIAGNOSE. kepada lecturer2 aku yang dicintai yang membuat soalan2 ni, sedarlah..anda semua trained kitorg to be a great doctor not to be a great pharmacist. DIAGNOSE is not our job!!

Mudah2an Allah memudahkan aku & rakan2 menempuh Sem terakhir ini dengan jayanya..Aminn

Saturday, February 14, 2009

Cinta di rumah Hasan Al Banna


“Aku ingin menyampaikan dakwah ini hingga kepada janin di perut ibunya”.

Itulah ungkapan oleh Imam Hasan Al Banna yang menunjukkan semangatnya yang tinggi untuk menyebarkan dakwah. Imam Hasan Al Banna merupakan pengasas gerakan dakwah Al-Ikhwanul al-Muslimun yang mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan dunia Islam.

Umur Imam Hasan Al Banna tidaklah begitu panjang sehingga waktu dia meninggal, anak sulungnya baru berusia 17 tahun dan mempunyai anak yang masih dalam kandungan. Namun, umur yang singkat itu sudah cukup untuk Imam Hasan Al Banna menyebarkan dakwahnya dengan meluas serta membesarkan anaknya dengan penuh nilai kasih sayang.

Ketokohan Imam Hasan Al Banna dalam mendidik anaknya harus dijadikan teladan untuk para ibubapa sekarang. Ini kerana disebalik kesibukan beliau menyebarkan dakwah, tidak pernah sekali beliau mengabaikan tanggungjawab beliau terhadap keluarga. Cara didikan beliau adalah seperti yang telah diwariskan oleh nabi Muhammad S.A.W. Jika membaca buku ini kita boleh kagum dengan cara didikan Imam Hasan Al Banna, bagaimana pula jika kita ketahui cara didikan nabi Muhammad.

Dalam mendidik anaknya, Imam Hasan Al Banna tidak pernah memarahi dan juga menggunakan kekerasan bahkan beliau lebih mengutamakan teknik psychology. Apa yang perlu ditanamkan adalah kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Anak-anak akan lebih cenderung melakukan kebaikan apabila dia mengetahui ada seseorang yang sangat menyayanginya dan berasa malu untuk membuat kesalahan kerana teringat terhadap orang yang dicintainya.

“Jika engkau ingin mengenali seseorang, kenalilah daripada buku-buku diperpustakaanya”.ungkapan yang dikeluarkan oleh Imam Hasan Al Banna Beliau juga menasihatkan agar setiap rumah mempunyai perpustakaannya sendiri. Ini menunjukkan betapa pentingnya sikap menuntut ilmu dan membaca buku dalam kehidupan kita.

Buku yang ringkas dan padat ini lebih menceritakan tentang kehidupan tokoh ini di rumah berbanding kegiatan dakwahnya. Aku nasihatkan agar sesiapa yang bakal mendirikan rumah tangga atau yang telah berumah tangga supaya baca buku ni. Keperibadian Imam Hasan Al Banna menunjukkan sesibuk manapun kita, masa untuk anak-anak perlu diluangkan walaupun sedikit. Buku ini juga ditulis hasil temuramah penulis (Mohammad Lili Nur Aulia) dengan anak-anak beliau. Buku ini adalah keluaran Alam Raya Enterprise dan berharga RM13 jika tiada diskaun.~N~

10 Nasihat Al-Imam Hasan Al-Banna (click pada gambar utk besarkan & save)

Sunday, February 8, 2009

Less Sugar..



Salam

Aku sekarang memang sedang cuba mengubah cara hidup aku atau dalam englishnya ‘lifestyle modification’. Nak ubah dari segi ape ye? Bukannya nak buang tebiat. Tapi nak mengubah untuk mengamalkan cara hidup lebih SIHAT. Tak semestinya orang kurus tu SIHAT dan tak semestinya orang gemuk tu tak sihat. Apa yang penting waktu hidup ni tak kiralah gemuk atau kurus adalah SIHAT.

Keluarga aku ni memang dah ada kencing manis. Tu yang buat aku tak senang tidur tu. ye ke? Kiranya diabetes ni penurunan genetik (genetic inheritance) lah kat aku ni. Sebagai bakal ‘healthcare provider’, kerja aku mestilah memberi nasihat kepada orang ramai supaya jaga kesihatan. Orang nak percaya ke kalau kita nak nasihat orang tapi diri sendiri asyik keluar masuk hospital atau kaki kena potong sebab kencing manis?

Langkah awal yang aku nak buat biasalah, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. ‘Prevention is better than cure’. So bila terasa nak minum air manis tu, belilah air kotak atau air tin kat kedai. Tapi air kotak yang biasanya aku pilih mesti ada perkataan less sugar. Orang kata less sugar tu tak sedap. Aku peduli ape, yang penting aku SIHAT. Tujuan sebenarnya aku tulis entry ni adalah aku pelik satu perkara. Persoalan ni biasa bermain kat kepala aku:

KENAPA AIR LESS SUGAR LAGI MAHAL DARIPADA AIR YANG BULK SUGAR?

Kalau ada sesiapa tau jawapan kepada persoalan ni tolong lah bagitau. Dah penat fikir. Secara logiknya dah tentulah lagi banyak gula lagi banyak kos yang keluar tapi sebaliknya. Pelik tak? Susah betul nak hidup SIHAT ni.~N~